Monday, July 8, 2013

Balik Kampung Ekspress...



Keje yang tak pernah kami buat. Balik Kelantan 2 hari 1 malam aje pada sabtu dan ahad semalam . Itu la sebabnya me namakan Balik Kampung Ekspress . 

Memandangkan tahun ni Ramadhan yang pertama kami tanpa arwah ayah, so setelah dipujuk akhirnya chek setuju datang  untuk menjalani ibadah puasa bersama anak2nya kat sini. Syukur sangat...apa taknya kami semua risau coz dia sorang kat rumah tu. Sekurang2nya kat sini kami boleh jaga dia di depan mata. Penat?? Nak ikutkan memang la...travel 7-8 hrs perjalanan..lebih2 lagi en hubby.

Ikutkan pada mulanya plan nak naik bas aje tapi en hubby cakap dia pun 
teringin nak balik sekali.Hmm...padahal dia risau  coz me pernah mengadu tak selesa naik bas yang double seat lepas satu kejadian tu. Happen to be ticket single seat dah habis.Dalam hati bersorak..yahuuuu...suka sgt2.

Perjalanan seawal 3 pagi...even dah hampir keluar matahari still berkabus...
sejuk mata memandang
Matahari dah mula terbit apabila sampai di bumi Kelantan


On the way balik...ada kereta kancil terbabas dlm parit
Tak banyak aktiviti coz balik kejap aje,hanya sempat menziarah nenek kejap.Tolong kemas apa yg patut b4 tinggalkan rumah ,en hubby pula tolong kemas laman rumah sambil melayan si bujang.


Nampak tak jarak rumah me dgn main road tu tak sampai 10 meter pun
 Niat dihati petangnya nak ke kubur arwah ayah tapi terpaksa dibatalkan sbb hujan dan petir.A bit terkilan sebenarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...