Friday, July 12, 2013

Cekodok Pisang aka Jeput Pise Simple



Masih lagi menggunakan bahan mentah dari kg :-), pagi tadi dok fikir nak masak apa utk sahur. Susahnya nak ambik mood selera time gitu. Malam tadi en hubby suh goreng nasi aje, so alhamdulillah...his request fullfilled..then fikir pulak ank bujang tu..Semalam pisang yg chek bawa tu dah masak, hmm..since Naqiuddin ni suka makan cekodok aka jeput..so me buat la Jeput Pise . Simple dan cepat tu yg penting.

Bahan2
8 biji pisang kapas masak 
1.5 cawan tepung gandum
Gula sekucup rasa manisnya
Sedikit garam
Sedikit air 
2 titik esen vanilla @esen pisang
3/4 sudu bikarbonat*optional tapi me tak letak
Sebiji telur*optional tapi me tak letak

Cara2
Lenyek pisang bersama gula dan garam, masukkan soda tepung sedikit demi sedikit serta air tadi. Masukkan esen vanilla dan dikacau hingga sebati. Panaskan minyak dan pastikan betul2 panas utk mengelakkan serap minyak.
Goreng hingga keemasan @ keperangan, angkat dan toskan.
*Jika letak soda, pastikan ia dimasukkkan ketika melenyek pisang. Telur masukkan selepas masukkan tepung gandum. Jika letak soda pastikan adunan diperap terlebih dahulu dlm 15 minit dan kuantiti yg dimasukkan dlm kuali ketika menggoreng sedikit takut nti ia kembang.


Jeput pise simple tanpa telur n soda :-)

Menu bersahur kami pagi tadi...

Alhamdulillah..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...