Monday, July 15, 2013

Gulai Darat Ayam Versi Kelantan




Gulai Darat Ayam ni salah satu feberet anak bujang me, if makan nasi sure bertambah2. Suka me tengok dia berselera macam tu.

Gulai Ayam Darat Versi Kelantan

Bahan2
1 kg ayam - di potong 12 bahagian
{If ayam besar potong 16 bhgn}
50 gm rempah gulai darat
{If tak ada boleh gunakan 2 paket kecil rempah kari ayam Baba's}
2 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
2cm halia*
1 cm lengkuas*
10 tangkai cili kering*
{direbus terlebih dahulu-if nk pedas boleh + qtty}
Sedikit ketumbar*
1.5 keping asam
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
3 cawan santan pekat
2 biji kentang - dipotong 4 {optional..x nak masukkan pun takpe}

Cara2
Masukkan semua bahan '*' yg telah diblend terlebih dahulu, masukkan ayam - kacau hingga sebati, masukkan santan, serbuk perasa,serbuk kunyit,garam dan asam keping. Kacau hingga mendidih, then masukkan kentang - tunggu hingga mendidih .Pastikan ayam & kentang sudah empuk baru lah diangkat. Sedia untuk di hidang.Boleh juga dimakan bersama roti dan lempeng.


The making..:-)
Done :-)
Note : Biasanya setelah ayam dan rempah2 giling sudah dimasukkan, me akan masukkan sedikit aje santan dahulu, apabila dah agak kering baru lah masukkan lebihan santan tadi. Kata chek ia utk pastikan rasa rempah tu meresap dlm isi ayam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...