Monday, July 15, 2013

Heavenly Milo & Oreo Jelly aka Puding Lapis Milo Oreo



Puding ni actually my 1st trial buat last month. But masa tu just share kat Instagram. Since Ramadhan kita mesti nak ada dessert kan, so just nak share this, memang sedap...especially makan bila sejuk.Fuhh..Inilah hasilnya yg me upload kat IG last month...:-) 




Resepinye me refer from blog kkak Roz HomeKreation.


Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis




CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Dah siap dan hasilnya...


p/s : thx to Alongroz for the the recipe


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...