Monday, July 22, 2013

Kuih Pena @ Pepena dan Dodol Kukus Sedap...




Semalam iftar rumah Mak Mertua,  semua masakan yg di masak sedap2 belaka. Main chef adalah mak &  K.Long ..kami anak menantu jadi helper aje la...hehe..tak leh nak tanding masakan dorang, memang super duper lazatnya.

 Antara menu malam tadi asam pedas ikan tenggiri. ikan tenggiri goreng cili kering+ bawang putih, sambal bachang, peria goreng,ayam goreng rempah, laksa penang ,kuih pena dan dodol kukus,Alhamdulillah syukur pada rezeki yg Allah berikan. 

Kat sini me nak kongsi dua resepi...satu ni tak pernah me makan malah tak pernah tengok dan  dengar pun. Namanya Kuih Pena(Pepena), slh satu makanan tradisi Pahang dan terkenal di daerah Temerloh.

Jom kita tengok resepinya

Kuih Pepena
Bahan2

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula (atau secukupnya)
Sedikit garam
5 cawan santan pekat
Air pandan 
Daun pisang
Minyak masak

Cara2
Uli tepung pulut & tepung gandum bersama air pandan dan sedikit tadi, bila adunan dah sebati, bentukkan aduan seperti bintang dan letakkan diatas daun pisang yg telah dipotong bulat.

 Prepare utk kuahnya , masakkan santan yg telah dikacau dgn tepung beras bersama sedikit garam dan gula secukup rasa hingga pekat.

Kemudian, masukkan kuih bintang tadi kedlm loyang,kemudian masukkan kedlm pengukus then boleh tuangkan kuah atas kuih tadi. Itu yang me nampak Mak Mertua buat, if ada lain cara me tak tahu le.Lebih kurang 5-10 minit & nampak santan dah pekat, boleh la angkat.


Sebelum dikukus
Sudah masak
Post kat Instagram..hehe
Thumb up...memang tip top sedap...Naqiuddin siap bawa bekal nak makan dalam kereta lagi...tapi disebabkan dia lena so dia habiskan waktu bersahur pagi tadi.

Satu lagi kuih yang first time me makan makanan tradisi Pahang, even dah almost 12 tahun bersuamikan org Pahang, Dodol Kukus 

Dodol Kukus
Bahan2
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
Santan - dari sebiji kelapa
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
1 cawan gula pasir*
Santan - perlu dimasak hingga keluar tahi minyak
Daun pisang - dilayur atas api skjp supaya lembut n tdk pecah

Cara2
Panaskan bahan '*' atas api hingga hancur dan sejukkan.Campur tepung pulut,tepung ubi dan santan..kacau hingga sebati. Masukkan air bahan '*' yg telah disejukkan tadi. Tapis adunan supaya nampak cantik dan tidak berketul.Panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak dari minyak tanah masak utk elakkan dodol melekat. Letakkan adunan tadi , bila dah masak taburkan tahi minyak diatasnya. Rasanya sama macam dodol. Bezanya sebab ada tahi minyak so rasnya lagi lemak :-)


Dodol Kukus..:-)

p/s : seronok berkumpul ramai2..especially mak..mcm tak nak lpskan ank2 dia balik ...
sbr ye mak..Raya nti kita berkumpul lgi :-)

6 comments:

nik ros said...

sedap jea tgknyer..huhu

Norma NML said...

Yup...mmg sedap..1st time try..rasanya lbih kurang kuih puteri mandi cuma bezanya dikukus dgn santan n rasa dia mmg lemak..+ lgi bau wangi daun pisang tu yg wat lgi sedap.

Misz Ayu said...

Btol ke ltk minyak tanah?

Norma NML said...

@Misz AyuDear...sorry..correction..myk masak ar..

Eisya Asma said...

Sy mohon share ye sis. .

Norma NML said...

@Eisya AsmaEisya...silakan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...