Monday, July 8, 2013

Masak Lemak Cili Api Pisang Kapas Muda



Dulu2 selalu makan sayur ni...Masak Lemak Cili Api Pisang Kapas Muda. Sedap especially bila chek yang masak kan...yummy ..

So semalam hasil dari pisang yang chek sendiri tanam, me sempat la masak. If dulu bila chek masak kami adik beradik mesti makan bertambah. Kali ini bila me masak seronok tengok bila chek pula yg makan bertambah hasil air tangan me..hehe..alhamdulillah..

Ok jom kita tengok resepi dan hasilnya.

Bahan2 :-

Sesikat pisang kapas 
Semangkuk santan kelapa 
10 biji cili api*
sedikit kunyit hidup*
 Sedikit lada hitam*
Tiga ulas bawang merah*
Seulas bawang putih*
Sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Ikan bilis
(Bwg putih n merah optional coz resepi asal msk lemak cili api tak taruk bwg tapi me suka letak bawang..so terpulang pd citarasa masing2) 

Cara2 :-

Pisang disiang dan di celur sekejap. Blend bahan2 yg bertanda '*'.Satukan semua bahan2 yg diblend,ikan bilis dan santan kedalam periuk. Kacau sentiasa*supaya santan tidak berketul  hingga mendidih, kemudian masukkan pisang yang telah dicelur dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat dan angkat. Resepi ini boleh juga diletakkan serai jika suka.


Masak lemak cili api pisang kapas muda...:-)




2 comments:

me.liyana said...

teringat kat kg..huhu..kalau kat kg..ayah suka masak pisang ni dgn ikan masin kurau...sedapnyee

Norma NML said...

Oo..ye ke..boleh la akak cuba nnti..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...