Friday, July 19, 2013

Tatapan Yang Membawa Ke Syurga..InsyaAllah..



Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pemurah...betul kan ?...kalau tak takkan hanya dengan tatapan sahaja Allah memberi kita peluang atau jalan untuk ke Syurga. 
Drp Aisyah bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda.."melihat 3 perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al Quran dan melihat lautan (riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan melihat Ka'abah (riwayat Abu Daud)". 

Tatapan/melihat wajah Ibu bapa

Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud "Redha Allah bergantung kpd redha kedua ibu bapa. Besarnya kedudukan ibu bapa kerana tanpa mereka dan dengan izin Allah s.w.t maka tiadalah kita didunia ini. Malah dalam surah al isra' ayat 23 bermaksud "dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selainNya dan berlaku baik kpd kedua ibu bapa". Sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan ibu bapa kita, tanpa mengeluh tentang penat lelah demi amanah kurniaanNya. Semua ibu bapa hanya ingin melihat anak2 berjaya didunia dan akhirat, selagi berpeluang tataplah wajah mereka sambil mengenangkan pengorbanan ibu bapa...supaya kita insaf dan sedar segala jasa dan lebih menghargai mereka. 
Chek dan arwah ayah yg sentiasa dalam ingatan me...al fatihah
Menatap Al Quran
Untuk menyedarkan kita sejauh manakah kita mengamalkan segala isi kandungan yg terdapat dalam Al Quran. Kitab yang cukup sempurna  sebagai rujukan samada dari segi perubatan mahupun sebagai panduan hidup. Semoga hati kita sentiasa terbuka bukan sahaja menatap malah supaya sentiasa membaca AL Quran.Rasulullah s.a.w bersabda " bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sbg syafa'at kpd pembacanya"(riwat Muslim)


Sumber frm Google

Melihat Lautan
Melihat lautan yg luas terbentang...subhanallah...menyedarkan kita kebesaran Allah s.w.t yg  tiada tandinganya. Supaya kita sentiasa memuji keindahan ciptaanNya. Selain itu laut dapat memberi ketenangan jiwa dengan melihat pemandangannya yg luas terbentang. 

(seriously me memang suka laut...memang rasa tenang teramat sgt...sebab tu 1st priority utk holiday me akan pilih laut )
Pic masa ke Langkawi 3 thn lpas..kami di Pantai Chenang ;)

Melihat Kaabah


Sebagai seorg Muslim, setiap orang impikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Sentiasalah berdoa dan memohon padaNya supaya suatu hari nanti kita mampu dan diizinkan untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 ini.InsyaAllah..Aaminn..


Ya Allah...semoga suatu hari nanti hambaMu ini menjejakkan kaki ke Mekah.
Tengok... betapa Islam tu mudah..mudah dalam segala2Nya. Tak payah bayar pun diberi ganjaran yang sebegitu besar. Dalam dunia sekarang yg semuanya perlukan duit, Allah masih beri kita habuan yg cukup besar dgn FOC. Allahuakbar..semoga me dan kita semua tidak lalai dan leka dgn nikmat kurniaan Mu.

p/s : Esok nk tatap muka chek lama2 sambil kenangkan saat2 kami bersama...nanti me nangis camne...malu seh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...