Thursday, July 4, 2013

MLP...kadang2 Rifqi kdg2 Naqiuddin...



Meh nak citer..alang2 ada kengkawan yang singgah baca blog me ni dok tanya apa tu MLP ??...it means My Lil Prince...Rifqi Naqiuddin..putera kesayangan hasil cinta me dan en hubby....the one and only*setakat ini  la :-) Tapi sekarang dia dah growing big..dah 10 tahun pun umur dia....Alhamdulillah.

Rindunya saat2 dia camni...dgn keletahnya...

Sekarang dah almost jadi anak bujang..:-)

Pada asalnya sebab nama dia tu panjang tu yg me suka tulis MLP aje, tapi macam dah tak sinonim coz dia bukan little lagi kan.. Dah nak sama tinggi dengan ummi dia pun...sementelah umminya pun tak berapa nak tinggi..heee...Apapun for me he always my lil baby.

Pada asalnya masa kecil2 kami semua panggil dia Rifqi*tapi kdg2 me panggil dia adik..only me...ye la macam best aje bunyinya...kebetulan maknanya pun ok..lemah lembut & pendamping kawan...jgn slh fhm bab lemah lembut tu...lemah lembut ni byk definisinya...bukan dari segi perwatakan tapi more to tingkah laku...gentle...suka beralah dan sinonim dgn makna nama tu....seorang yg sygkan budak2 kecil & tidak kedekut bila berkawan..he can share his toys eventhough dia anak tunggal..from the way dia layan baby also me boleh nampak how he is. 

Pendamping kawan..haaa..yg ni memang tersangat sesuai sebabnya dia memang suka sgt berkawan. Kat sekolah tu dari darjah 1 hingga 6 ada aje kawan dia. Nak kata tak aktif tu kira bohong la..dah namanya pun anak lelaki kan... 

Bila dia dah masuk darjah 2, if tak silap kami start tukar panggilan dia kepada Naqiuddin.  Kalau darjah 1 dulu name tag dia 'Rifqi', now me dah tukar kepada 'Naqiuddin'. Sebolehnya kami biasakan panggil Naqiuddin tapi kdg2 tu tersebut juga Rifqi @ Iqi since dia pun memang bahasakan diri dia Iqi.Naqiuddin...means kebersihan agama . Semoga dia menjadi anak yang soleh...dan di pelihara oleh Allah s.wt dari segala anasir2 jahat dalam mengharungi hidup zaman siber ni.Semoga nama itu dapat membawa hasrat Abah dia dan akan tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...