Monday, July 29, 2013

Nasi Lemak Kukus wif Sambal Kerang & Ayam Berempah



Menu berbuka weekend yang lepas atas permintaan nak bujang me, Nasi lemak kukus Sambal Kerang. Nak dijadikan citer, masa pegi param Naqiuddin sibuk dok minta nasi lemak sambal kerang. Beli nasi lemak dibenarkan, tapi tang sambal kerang tu en hubby tak benarkan...no way... So me terpaksa janji nanti masakkan utk dia. 

Simple tapi menyelerakan tekak kami anak beranak. Naqiuddin makan 2 kali tambah..rindu dgn Nasi Lemak katanya...

Nasi Lemak Kukus

2 pot Beras
2 cawan santan 
{ 1 cwn yg pekat 1 cwn yg cair }
1 inci halia - di mayang 
3 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam
Sedikit gula - utk balancekan rasa

Cara2
Basuh beras hingga bersih, rendamkan dlm 3 jam  . Kemudian basuh sekali  lagi, toskan air dan masukkan dlm pengukus yg telah dilapik dgn daun pisang.Kukus selama 20 minit atau hingga nampak wap keluar dr tepi pengukus. Kemudian angkat, digaul dgn santan yg telah dicampur dgn grm,gula dan halia tadi hingga sebati. Masukkan daun pandan dan biarkan selama 10 minit supaya santan tadi 'mesra' dgn beras. Kemudian kukus lagi sehingga masak ..lebih  kurang 20 minit gitu.
Note : Pastikan sebelum mengukus,dibuat lubang2 pd beras dgn jari spya ia masak sekata

Sambal Kerang

1 mangkuk isi kerang
{ Kerang direbus terlebih dahulu bersama 2 btg serai n asam gelugur dan diambil isinya }
20 tangkai cili kering - direbus terlebih dahulu*
6 ulas bwg merah - kecil*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
1 ulas bawang merah besar - dihiris

Cara2
Pnskn minyak, tumis bhn2 '*' yg telah diblend serta bawang besar yg telah dihiris hingga keluar minyak,masukkan air asam jawa, garam dan gula, kacau hingga sebati . Kemudian masukkan isi kerang. Boleh masukkan air jika tk nak sambal terlau  kering. Kacau hingga sebati . Rasakan masin n manisnya. Disebabkan puasa me agak2 aje la. But alhamdulillah it just nice..:-)
Note : . Petua cuci kerang, ambil beberapa btg serai, diketuk n rendamkan bersama garam selama 10 minit, insyaAllah kerang tu akan bersih. Garam pula utk pastikan kerang tu keluarkan sisa kotoran dr isi kerang.1 lg petua - guna pelepah dauh pisang, basuh hingga lunyai pelepah tu, bilas 2- 3 kali. InsyaAllah kerang tu nampak cerah tp x de la putih melepaknya


Alhamdulillah..memenuhi permintaan si anak
Ayam Goreng Berempah
Bhn2
1/2 ekor ayam - di basuh n dibersihkan
Sedikit serbuk kari
6 btg serai - potong jdikan anggaran seinci2*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1/ sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
Serbuk kunyit*
Garam secukupnya
Sedikit gula

Cara2
Blend bahan2 '*'. Pastikan bahan yg diblend tu bergaul serata. Masukkan bhn2 yg di blend kedlm ayam, gaul bersama serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula. Gaul hingga sebati n perapkan selama 30 minit.
Ayam hendaklah digoreng dlm minyak yg agk byk serta api yg sederhana. Pastikan masa menggoreng sekali sekala dikacau supaya rempah tidak hangus. Ayam boleh diangkat bila nampak sedikit garing. Lebihan rempah boleh digoreng garing utk menghasilkan lg byk serdak.



After 2nd time tambah...comotnya pinggan tu 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...