Wednesday, July 10, 2013

Sambal Bilis dan Kacang Rangup..



Hari pertama bersahur, since 2 3 hari lepas lagi en hubby dah request & remind supaya buat sambal bilis waktu sahur, katanya untuk tambah selera makan. Maklum la..waktu camtu dgn mata kuyu...nak makan selera pun tgh mimpi sama. So bila makan yg kering2 dan pedas2 sikit tu at least segar sikit mata & perut ..hehe. Ok jom tengok resepinya...:-)

200 gram Ikan bilis yg siap disiang 
1/4 cwn Kacang tanah 
20 tangkai cili kering*dibuang & direbus terlebih dulu
6 ulas bawang merah* 
1 ulas bawang putih*
1/2 keping asam gelugur*nak guna air asam jawa pun boleh 
Garam secukup rasa
Sedikit gula - utk balancekan rasa.
Minyak untuk menumis.
jgn terlebih gula nti dh lain rasanya..kang x psl2 ckp org klate ni sumenya msk manis2..oh nonono... 

Cara :-
Goreng ikan bilis hingga garing - tos dulu n ketepikan
Goreng kacang hingga garing - tos dulu n ketepikan

Untuk masak sambal :
Blend yang bhn2 bertanda *, tumis sehingga betul2 garing..masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal sejuk sekejap, baru lah di masukkan ikan bilis dan kacang tanah goreng tadi. Kemudaian di gaul rata. Dan sedia dihidang..:-)


Alhamdulillah dah selamat kami makan waktu sahur pagi tadi..:-)
Utk perkongsian kaum isteri dan ibu

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a).



Bertuahkan kita sebagai isteri dan ibu...diberi pahala yang cukup besar jika ikhlas. So bila suami atau ank2 minta msk itu ini cuba kita jgn mengeluh. Disebalik kepenatan itu ada ganjaran besar yg Allah sediakan untuk kita. InsyaAllah...:-)


2 comments:

ishamizu said...

Hehe sambal bilis mmg penaik selera kan..nti sy pon nak buat stok jg la utk buka dan sahur ;)

Selamat bpuasa ye dan tq krn singgah blog sy! :)

Norma NML said...

Sama2 dan Selamat berpuasa di perantauan juga :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...