Saturday, August 31, 2013

☷☆Selamat Hari Merdeka ke 56☆☷



Syukur alhamdulillah...sudah masuk 56 tahun negara kita bebas dari penjajah. Short n3..Just to wish Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman damai dan dijauhi dari segala anasir2 yg jahat terutamanya ciptaan manusia sendiri. 


Jom kita jadikan amalan harian..lagi afdal kalau amalkan 3 kul
{sumber : google}






P/S : Proud to be Malaysian
Jgn lupa doakan juga keselamatan dan kesejahteraan saudara
seagama kita yg teraniaya.


Friday, August 30, 2013

Penawar Sakit Kepala..Surah Al Waqiah Ayat 19



Perkongsian ilmu di pagi Jumaat, asalnya Isnin lepas me puasa 6..entah kenapa tiba2 ptg tu kepala start berdenyut sampai ke petang. Nak berbuka syg coz dah ptg, lagipun dah nak masuk penghujung Syawal...Rugi sgt kalau tak sempat nak habiskan 6 hari..besar fadhilatnya tu...

Masuk waktu berbuka semakin sakit,hmm..takkan migrain dtg blik kot..dah lama tak kena..maybe angin ...Berbuka dgn segelas nescafe o suam & 1/2 potong pulut panggang, then me solat.. telan ubat pastu tido . Nasib baik ada anak bujang temankan abahnya. Then dia dia suruh amalkan satu ayat ni. Happen to be dia pun sakit kepala juga but alhamdulillah rasa lega lepas dia amalkannya...
Surah Al Waqiah ayat 19



Maksudnya :-
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
{ Letakkan tangan di atas ubun kepala dan baca ayt diats ..seeloknya mengadap kiblat} 

InsyaAllah..Al Quran kan tu kan Syifa' (Penawar)..:-)

Monday, August 26, 2013

Malu Biar Bertempat...



Malam tadi, otw nak pi beraya rumah auntie en hubby di Danau Kota,  disebbkan BIL me join kami so me dok seat belakang dgn Naqiuddin. 
Macam biasa la dia, if me kat belakang mula la dia nak baring atas riba la, nak peluk tgn ummi la..macam2 yg dia buat supaya umminya tak tido..hehe.

Sampai kat tol,abahnya byr tol.. tiba2 dia ckp kat jurutol*ppuan ye tu " Selamat Hari Raya kakak "..itu ok la..tapi yg lwknya suara keluar tapi orgnya menyorok kt celah seat....bila ditanya kenapa buat mcm tu..katanya malu...Ya Allah...sbr aje la ummi. Then me ckp kat dia malu kena la bertempat...
Then sambung borak ngan dia...

me : Iqi skrg kat sekolah dah tak de awek yg kacau ke ?
mlp : tak dekkk...
me : ooo..ok
mlp : tapi hari tu kan...{ayt tergantung tu..;-)}
me : nape ? oo..ada yer...{saje nak nyakat dia}
mlp : tak de ape2..
me : eh, mana boleh rahsia ngan ummi tak baik tau..nanti dosa.
mlp : ye la..ok2..Iqi ckp..{tiba2 berbisik}..masa jamuan Raya kt skolah tu ada bdk pompuan nama FA*sorry x leh dedahkan nama sbnr , dia ambik gambar Iqi curi2.
me : gambar sorang2 ke ?
mlp : x la ,dia berdiri sebelah tapi Iqi tak perasan..kawan dia yg snap. Pastu Iqi perasan ada flash. 
me : oo..Iqi marah dia ke ?
mlp : x marah tapi Iqi tengok dia macam ni {sambil bulatkan mata dia}..pastu suruh dia delete gambar tu.
me : laa..knp ? { saja nak test dia }
mlp : ummi, mana boleh...Iqi tak suka...malu..lagipun berdosa kan ? { Alhamdulillah lega me dgr }
me : Oo..mcm tu pun malu..
mlp : ye la..maluu..tu kira bertempatkan ??

Hmm..apa2 la anak..mudah2an sampai besar la awak ingat malu dan dosa pasal pompuan ni. Jgn nanti belum apa2 dah nak berawek bagai.


Pagi before attend jamuan Raya  SRAI



Saturday, August 24, 2013

Baru rasa lega...



Dah dua tiga hari anak bujang dok merungut rimas sgt dgn rambut dia..panas katanya .Rasanya baru potong masa nak Raya hari tu...tak sampai sebulan pun. Dah memang jenis keturunan rambut tebal..nak buat camne kan


Baru 3 bulan rambut dh lebat mencacak
Pic kena blurkan nti dia marah tunjuk tang tu..
. Me faham sgt dia ni pesennya tak boleh rasa panas, mula la tak senang duduk. Pastu digaru2nya kepala. 

Ingat nak tunggu weekend tapi semalam lepas dinner en hubby tiba2 aje ckp lps makan pi gunting rambut. Kesian dgr anak asyik merungut . Kebetulan kedai gunting tu nearby restoran tempat kami dinner aje.


Before
Cuak menunggu sbb dia dah sleepy
Lega katanya..
Dah siap.."leganya ummi..ringan kepala Iqi"...pastu tersipu2 malu sbb tukang gunting  tu dok puji . Masuk aje kereta dah bising rasa gatal2..kejap2 tanya bila nak sampai rumah. Sabar aje la ummi melayan kerenah awk wahai anak ...

Friday, August 23, 2013

Kelebihan Puasa Enam



Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda sesiapa yang berpuasa sebulan dibulan Ramadhan dan menambah enam hari dibulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Rugi tu kalau tak buat...SETAHUN tu..mana nak dapat pahala berpuasa setahun kan??. So kalau larat dan berkemampuan tu apa salahnya kita sama2 menambahkan amalan kita. 

Selain drp itu, puasa enam juga dapat melengkapkan kekurangan yang terdapat ketika seseorang itu melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan.

Eh..Kenapa zalim sangat ☞



Kisah malam tadi... malam baru sampai rumah, iftar kat luar coz tiba2 teringin nak makan sotong masak sambal . Bukan la malas nak masak tapi bahan mentahnya tak dek macamana nak masak. So dalam kereta suarakanlah isi hati tu..ala2 mengidam la konon. Baik hati pula en hubby bagi green light..biasanya dia bising2 dulu..almaklumlah bini dia ni kan pesakit ekzema.. Thx dling..I know u care..

Back to n3...sampai depan rumah ternampak seekor anak kucing..diam..badannya macam basah..kena siram air ke ??? Atau kesakitan ke dia ?? Tiba2 Naqiuddin " ummi, itu kan kucing semalam..kucing yg jiran depan kita campak tu kan ?...Laaa..ye la..baru me teringat..malam sblum tu..kucing tu di tolak dan dicampak dari rumah ke tangga bawah. Astaghfirullah hal azim.. kesian..sampai hati..

Yerrr..kucing tu binatang takde akal tapi ia tahu rasa sakit..kot ye pun itu kucing liar carry la ia baik2 tak boleh ke?? Manusia!!!...awak tu dikurniakan akal dan fikiran...malu la dgn binatang tu..fikir tak satu hari nanti ada haripembalasan. Ya Allah..ampunilah dosa jiranku itu..semoga dia sedar dan tdk mengulangi perbuatannya .



Dalam sebuah hadis diriwayatkan drp Abdullah r.a Rasulullah s.a.w bersabda
" seorg wanita diseksa pada hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga mati, kerana itu Allah s.w.t memasukkan dia ke dlm neraka. Ini kerana kucing itu dikurung tanpa diberi makan dan minum dan tdk pula dilepaskannya supaya ia dpt menangkap serangga2 yg terdapat dibumi"

Kesian..nak pelihara..tak berani coz kami kdg2 mlm baru sampai rumah. Lastly en hubby suh sediakan makanan tuk kitty tu.Me goreng ikan bilis digaul dgn nasi n sediakan susu. Dengan berat hati en hubby bawa kucing tu  ke kaki lima dekat dengan tong sampah..bukan apa dgn harapan ia dpt cari makanan kat situ nanti..ataupun nasib baik ada yg sanggup ambil..hopefully...sorry kitty coz x dpt nak jaga awak yer..:(


p/s : mudah2an Allah melindungi kitty tu.


Thursday, August 22, 2013

Bas Dari Genting Highland Jatuh Gaung...Salah Siapa ??



Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia semalam, dipercayai nahas terburuk di Malaysia apabila mengorbankan seramai 37 orang penumpang termasuk pemandu bas dan 16 org cedera. Kejadian berlaku 2.24 ptg semalam dan ianya menjadi tajuk utama hampir semua akhbar dlm negara.


Lokasi bas jatuh  


Berita rasmi 
Apapun kita sedekahkan al fatihah  untuk mangsa yang beragama Islam dan RIP untuk non muslim. Pada mangsa yg cedera kita doakan mereka semua cepat sembuh. Kepada ahli keluarga mangsa yg terlibat, semoga mereka byk bersabar dan tabah. Kpd para anggota penyelamat, terima kasih kerana bertungkus lumus cuba menyelamatkan mangsa.


Antara mangsa yg cedera

Anggota penyelamat menaikkan mangsa menggunakan kren
Keadaan mayat yg berhimpit
Keadaan bas yg remuk teruk

Anggota penyelamat berusaha menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa

Mangsa yg meninggal berjaya dinaikkan
Anjing pengesan digunakan untuk memudahkan mengesan mangsa.




Ada mangsa mengatakan kejadian berlaku kerana keadaan bas yang sudah usang dan tidak sesuai digunakan dan di pandu laju. Sebenarnya dah banyak kali kejadian kemalangan berlaku di kawasan tersebut,tapi apakah puncanya...struktur jalan yg berselekoh tajam ?? Masalah teknikal ?? Ataupun kecuaian pemandu ??  

Persoalan itulah yg selalu di tanya setiap kali berlaku kemalangan. Fikir2kanlah.Pada yg pernah sampai ke sana tentu macamana keadaan jalan ke Genting tu kan...tinggal kita aje yg perlu beringat dan berhati2. Sayangilah diri dan keluarga anda.


p/s : semua foto sumber dr yahoo newsroom,The Star online, Utusan n google. 

Tuesday, August 20, 2013

Mana tahu Kot Ada Rezeki 。◕‿◕。



Pagi... macam biasa before start keje me akan menjengok blog2 yg me follow, alaa..jgn salah faham..bukannya BB tapi nak tahu kenapa me suka membaca blog2 dr bloggers ni ??...Satunya me dapat cedok banyak pengetahuan berguna tentang life..tentang penjagaan anak2, dapat ilmu ttg tentang masakan...tentang agama dan macam2 lagi. Malah me banyak mengetahui tentang realiti kehidupan dari tulisan mereka. Tak salah kan ?? 

Thanx to all bloggers yang menulis dan tak kedekut ilmu yg ada didada. Ilmu yg disebarkan jika ianya membawa kebaikan, pahala yg diberikan berganda2.

Imam Ibn Majah mengemukakan sebuah riwayat:

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ
Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.”

Haa..kan untung bagi sesiapa yg tak kedekut ilmu ..besar ganjarannya tu..tak dapat dibeli dimana2 tau..:-)

Ok2..back to the topic...dari ramai2 blogger yg me follow tu...tiba2 terbacalah satu entry dari blogger Zamani84, entry tentang 
Senarai Blogger Yang Berpeluang Mendapat Satu Hadiah Misteri Dari Zam
.Tak disangka terpandang ada nama me tersenarai kat situ. Tq Zam.:-). Mana la tahu ada rezeki menang hadiah misteri tu kan..hehe..

Norma NML 
{no 34 on listing :-)}

Monday, August 19, 2013

Buah Katok Puru aka Buah Nam Nam




Pelik bunyinye kan..hehe..tapi jangan risau..nama aje Katak Puru tapi ianya tak lembik..Bahasa standardnya Buah Nam Nam. Bahasa sainsnya Cynometra Cauliflora...wahh canggih je bunyinye. Me memang suka buah ni. Kalau dulu lepas mengaji Quran kat rumah nenek, me & cousins akan ke tepi rumah nenek...'mencuri' buah ni. Rasa masam manis ..perhh..meleleh air liur tau.

Baru2 ni masa balik Raya, kebetulan tekak me ni asyik mual aje..haaa..jgn slh fhm..mual sbb demam ok. So memang dok cari benda masam aje. Masa lepak tepi jendela terpandang la pokok tu kat belakang rumah. Hasil bercucuk tanam  chek me yg sgt rajin.

Tengok tu..kecur air liur..nyam nyam..
Selamat di petik..n alhamdulillah dah digest pun..hehe..

Sedikit info, buah ini dikatakan berasal dari Borneo, tak tinggi  dan tak rendah sgt..ketinggian biasanya lebih kurang 3 hingga 6 meter aje. Biasanya didapati di kg2 terutamanya dikawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung. Dipercayai kaya dengan vitamin C, di makan bersama sambal kicap,garam @ kuah rojak. If me, belasah dgn garam aje..:-).

Selain dari itu, menurut kata org2 tua, pucuknya boleh digunakan sebagai ubat darah tinggi dan kencing manis . Ia juga digunakan untuk tujuan merawat sakit batu karang. Itu lah sedikit sebanyak khasiatnya...actually me pun baru tahu setelah meng'google' kat internet..hehe. Apa yang penting me suka sgt dgn rasanya..sweet sour..bukan katak puru sweet sour ek..erggghh.


Thursday, August 15, 2013

Corat-Coret Aildilfitri 2013 {1434H}




Alhamdulillah , me n family dah selamat kembali ke KL n back to work setelah bercuti seminggu... Badan masih lagi weak kesan demam malam kedua Syawal till skrg masih lagi batuk2. Raya kali ni kat Pahang dulu. Entah kenapa kemeriahan Syawal kali ini tak seperti sebelum2nya. Maybe kerana kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan..hehe.. mungkin juga sebab kekurangan seseorg yg tak pernah me lupa utk mencium tangannya di pagi Syawal.

 Apapun alhamdulillah masih berpeluang memohon kemaafan drp en hubby, chek n mak serta adik beradik n saudara mara yg sempat me jumpa kat kg.


Ats knn - Menantu2 Mak Siti (2 menantu not in d frame) Ats kiri - Sebhgian drp Cucu2 Uwan Siti
Bawah - Ank2 Mak Siti ( seorg x dek coz x dpt cuti)


Bersama Mak Mertua ..ipar duai ..biras dan ank2 buah di Pagi Syawal
Selepas sembahyang Raya bermula sesi bermaaf-maafaan dan agihan duit Raya untuk yang layak..hehe..Pastu serbu juadah yg bermacam2. Tghari kami semua konvoi ke kg MIL di Kuala Lipis


Sebahagian drp Anak Menantu Cucu Aki Rashid..ramai lagi yg tak ada dlm pic.
.if kenduri kena la tumbang sekor lembu
♡Kami
Minta ampun halalkan segala makan minum ye Dling .:-)
Kat blkg tu K.Long n my biras tgh bermaaf2an

Raya tahun ni tak berapa ceria, ramai ahli keluarga yg demam, my SIL, ank2 buah pun 2 3 org demam. Boleh dikatakan setiap family ada yg demam. 
Lastly me pun terlibat sama. Raya kedua dah rasa semacam. Family sibuk dok layan satay & berbbq but me lansung tak sentuh..no appetite at all. 
Malam tu  suhu badan panas mendadak n vomitting. Kesian en hubby terpaksa bangun mlm, basuh kepala me n sediakan ubat. Thx Dling..appreciate it a lot.

Anak ummi yg rajin ;-) bersama uncle2nye
..bkr satay sampai kuar airmata 
Raya ke 3 kami bertolak ke Kelantan untuk beraya bersama my family side pulak. Tapi a bit terkilan coz hari me balik sana, adik2 n kakak me dah bertolak balik KL. Tinggal dua org abg aje yg masih bercuti. Tapi tak pe kami still boleh jumpa n beraya kat sini. 

Mood beraya pun kurang coz masih demam . Dah le pegi klinik menunggu punya la lama tiba2 doktor ada hal..nak tuggu next doktor yg stuck in traffic jam, boleh pulak pembantu klinik tu tanya nak inject ke tak sbb tgok me yg menahan headache yg teramat sgt....tapi sape yg nak injectnye dik oii...tak berani me nak benarkan disuntik sesuka hati..nak baik krg lain pula jadinya. Lastly beli ubat aje la.En hubby pun dah start batuk2. Hmm..kuat betul virus demam ni..lepas sorang2 yg kena. Then dpt tahu Mak Mertua n adik ipar pun dah berjangkit virus demam tu.

Kat Kelantan, keesokan harinya hanya sempat beraya rumah nenek dan beberapa saudara terdekat aje, itu pun ada yg tak sempat sebab kesihatan tak mengizinkan. Sorry sgt2 kpd pakcik makcik yg tak sempat me ziarah. IsyaAllah ada masa pjg umur kita jumpa.Apa yhg penting me dpt jumpa peluk cium chek dan sempat gagahkan diri melawat kubur arwah ayah yg me rindu sgt2. Tiba2 airmata bercucuran..hati jadi sensitip sgt..Ya Allah..give me strength..


Hasil dr klinik tanpa rawatan doktor ...
p/s : Apapun me redha coz sakit tu kan penghapus dosa2 kecil.
Eh baru perasan..tahun ni x de pic Raya kt Kelantan..hmm..

Wednesday, August 7, 2013

Perkara yang jarang2 dapat kami lakukan...



Mengikut giliran tahun ni me beraya dirumah Mak Mertua, Alhamdulillah malam ni last berbuka puasa di bulan Ramadhan 1434H beramai2 dgn Mak Mertua..ipar duai n anak2 buah. Seronoknya dari petang gotong royong menolong Mak & Kak Long memasak. Tugas memasak sudah tentu lah pada yang expert. Me, biras2 & adik2 ipar menolong apa yg patut.

Apa yg bestnya lepas iftar, en hubby mengepalai kami semua berjemaah maghrib dan isyak bersama2, disusuli bacaan Yasin dan takbir Raya beramai2. "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamd...Ya Allah..syahdunya..sayu dihati bila teringat pada yang telah pergi...arwah ayah & ayh mertua..al fatihah buat mereka berdua. Terfikir dapatkah diri ini melalui Ramadhan tahun seterusnya..


Ready..ignore pic yg  blur tu..;-)
Jemaah
Bacaan Yasin diikuti Takbir Raya
Lepas tu aktiviti Naqiuddin n cousins di malam Raya..seronok tengok mereka main bunga api..teringat zaman kecik2 dulu. Tapi rasanya budak2 zaman skrg lagi berani kot. Siap minta nak beli mercun ketupat la..mercun bola la..hishh mcm2..tapi minta maap byk2 ye anak..ummi hanya benarkan main bunga api & mercun pop pop aje ok.. . Lagipun abah pun red light juga kan..so dah sah2 le tak lulus..bukan kami kedekut tapi harus tegas demi keselamatan anak kami sbbnya abah & ummi SAYANG awak ok..:-)

Tetap happy walaupun itu aje yg dibenarkan

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 1434H



Pejam celik pejam celik dah masuk 28 Ramadhan, IsyaAllah takdek aral melintang lusa umat Islam akan menyambut Aildilfitri. So di kesempatan ini me nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri...jika ada yang terasa atau terkena batang hidung tanpa me sedar...sepuluh jari disusun memohon kemaafan ihklas dari hati. 

This year Raya tak la semeriah sebelum2 ni....1st time kami beraya tanpa arwah ayah*bila tang taip arwah aje mata me mesti bergenang..rindu yg teramat...Ya Allah rindunya...Nasib baik Raya tahun giliran rumah en hubby dlu..at least x la terasa sgt.X leh nak imagine camne chek n my siblings kt Kg bila dgr takbir Raya nanti.Semoga mrka pun tabah..

Kepada kengkawan yg nak balik kampung tu sebelum berhati2 memandu, pastikan pintu rumah dikunci elok2. Seeloknya 'pagar'lah rumah kita dgn doa Abu Darda ..me pernah wat n3 ttg kelebihan doa tersebut...baca juga ayat kursi dan selebihnya kita serahkan pada Allah s.w.t..InsyaAllah segalanya selamat..





p/s : keje berlambak tapi mood cuti n mata ni membtskan minda me ..errrr..

Tuzki Bunny Emoticon

Saturday, August 3, 2013

Biskut Raya Dengan Dia....^◕‿◕^



Projek membuat biskut Raya, sebenarnya dah lama me tinggalkan keje2 membuat biskut Raya ni. Masa sekolah dulu ...masa kat kg rajin la...sebabnye...sebabnya ramai kengkawan yg dtg..pastu suka bertanya.."eh, Ma..sekut ni mu beli ko buat ??" {loghat Kelantan ok..me kan org sana) Dan dgn bangganya ..." buat sediri la..tak main la beli kkeda".. Hehe..baru la sedar..itu riak namanya..dosa tau. Tapi masa tu kan zaman muda remaja, 
rasa seronok bila kwn2 suka makan hasil air tgn kita tau.

Tapi sejak ank bujang dah pandai request, baru la buat berkecimpung kembali. Ye la..me nak juga jadi ibu mithali..tambah seronok bila dia excited nak menolong me kat dapur.

His favo biscuit...Biskut Dahlia in the making
Dah siap 2nd biscuit n masukkan dalam balang

Seronok dia dpt pegang garpu tu..
Hasilnya setelah di tekan2 biskut tu :-)
Dah siap 3rd biscuit..Crunchy Nestum Chocolate Chip
Yang ni pula 1st biscuit me buat masa dia tengah tidur. 

Crunchy Cornflake
Jaga aje dia cam tak puas hati sbb me buat tanpa dia. Sbb tu la yg 2nd n 3rd biskut tu have to make sure dia ada . Anyway..well done my dear..thanx for helping ummi. Hope sampai besar anak ummi rajin camni :-).


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...