Friday, September 27, 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Risaunya Hati Seorang Yang Bergelar Ummi..



Entry yg spontaneous came across to my mind . Sebagai seorang ibu selalu me fikir...macamanalah anak bujang me bila dah meningkat remaja nanti. Risau sebenarnya...rasanya me dan en hubby dah cuba bagi yang terbaik untuk dia...dari segi pendidikan dunia dan akhirat

Fist step kami hantar dia ke sekolah agama tapi ada juga suara sumbang yang berkata2, " budak sekolah agama lagi jahat..lagi gatal". Hmm..tu lah masyarakat kita, suka sangat buat statement yg boleh menjatuhkan maruah agama sendiri. Itu semua depend on individu...nama pun kanak2, sifat aktif , lasak dan nakal tu dah sinonim dgn mereka. Tak kira sekolah agama ke..sekolah kebangsaan ke..apa2 sekolah la..mereka tetap kanak2.Tapi kami tak kisah...itu hak masing2. 

KITA sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga serta mendidik amanah yg dipinjamkan sementara oleh Allah ini sebaik mungkin. Org cakap anak tunggal dimanjakan..ikutkan apa aje kemahuan dia but for me dan en hubby, ada masa kami manjakan tapi dalam hal yang perlu kami tegas, tetap kami tegaskan...benda yg tak elok dan sepatutnya tetap kami larang. If perlu dirotan kami rotan. Everything on limit.

Bila tengok sekeliling , dgn anak2 yang belum sepatutnya menunggang motosikal ke sekolah tapi dah bawa motor..kdg tu ada kaki yg x sampai nak cecah tanah pun..pastu siap bonceng kawan lagi ...bukan sorang tapi dua pulak tu..secara tak langsung me terfikir kalau lah jadi apa2, siapa yang nak di persalahkan..lesen dah tentu tak ada. Belum lagi bab bonceng awek bawa lepak kat taman...siap hisap rokok tanpa ada rasa malu pada org lalu lalang. 

Pastu bila dengar anak2 yg masih dibangku sekolah boleh pula melepak balik lewat malam. Siapa yg harus dipersalahkan.Ya Allah..seriously me takut.Kdg2 parent tak boleh terlalu percaya cakap ank2 100%, perlu juga ada perasaan was2..bukan apa, pengaruh kawan sangat kuat...selidiklah dgn siapa dia berkawan.

Selalu me cakap kat en hubby... me tak nak Naqiuddin dibiar macam tu..pergi tuisyen mesti dijemput dan dihantar. If ada aktiviti petang kat sekolah perlu sekali sekala 'diintip'...hmm sampai macam tu sekali me cakap kat en hubby. Bukan mengongkong tapi seperti yg me nampak pergi balik keje macamana gelagat budak2 sekolah ni...baik lelaki mahupun perempuan...sama aje.. 

Kata en hubby, kita dah bagi didikan, dah pun lakukan yang terbaik sebagai ibubapa. Jangan berhenti menasihat & keep remind him. Selebihnya kita JANGAN LUPA BERDOA dalam setiap solat semoga Allah melindungi anak kami dari segala kejahatan dan kemaksiatan..yakin dengan DIA...InsyaAllah..


Pic : En Google
Untuk perkongsiaan jom kita amalkan doa ni untuk anak2 kita.

doa melembutkan hati

Taa..haa. Kami tidak menurunkan Al Quran kpdmu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk peringatan bagi org2 yg takut yg melanggar perintah Allah. Al Quran diturunkan dari Tuhan yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Iaitu Allah Ar- Rahman, yg bersemayam(berkuasa) diatas 'Arasy.

~ Amalkan baca doa ini 3 kali dan hembuskan semasa anak sedang tidur (seeloknya masa dia baru nak terlelap) di atas umbun atau pada hidungnya. InysaAllah..anak akan lembut hati (tidak degil dan mendengar cakap ibubapa)~

Selain tu ada juga surah2 lain yg elok diamalkan dalam kita mendidik anak2.Yang penting kita perlu yakin dgn DIA dan jangan sesekali putus asa jika doa kita tak dimakbulkan secepat mungkin seperti yg kita harapkan.

~UNTUK ANAK UMMI~

Semoga Rifqi Naqiuddin menjadi anak yang soleh & bijak...anak yg taat kepada perintah agama dan menghormati ummi abah serta org yg lebih tua.Ingat pesan ummi & abah..nasihat, leteran, marah & rotan kami sebab kami syg..supaya suatu hari nanti Naqiuddin akan menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat. Doa ummi sentiasa mengiringi dirimu syg...mudah2an anak ummi dijauhi dari sifat2 yg keji dan juga kemaksiatan...Semoga sentiasa beroleh keberkatan & dirahmati Allah s.w.t didunia dan akhirat..Aaminn.





p/s : Allah suka hambaNya meminta(berdoa) tanpa henti dan bersungguh2...insyaAllah DIA akan makbulkan..kebenaran terbukti tanpa disangka...alhamdulillah..semoganya ianya penuh keikhlasan .

Wednesday, September 25, 2013

♨Masak Asam Tempoyak Ikan Kaloi♨



Okey..me nak sambung pasal 'emak' Si Bawang Merah tu..pasal si Ikan Kaloi ...Selepas di siang oleh Pak Lang (hubby's uncle) dgn bantuan pakcik2 saudara yg lain akhirnya si Kaloi menjadi masakan yg memang terkenal dan sinonim dgn negeri Pahang...Masak Asam Tempoyak.

Tukang masaknya Mak Beh(hubby's auntie). Isi ikan tu cantik je..sekali tengok mcm ikan Jenahak. Isinya .. putih...lupa nak snap pic ikan tu lepas dorang siang. Bukan apa takut nanti if me tengok tak berani pulak nak try krg..;-)..Jom kita tengok resepinya...

Masak Asam Tempoyak Ikan Kaloi
Bahan2
Ikan kaloi
Cili api*
(kuantiti terpulang kpd kepedasan yg kita nak)
Terung hijau @ Terung telunjuk
Tempoyak secukupnya
Air secukupnya
Daun kesum
Kunyit hidup*
Asam keping
Garam 
Gula

Cara2
Blend bahan '*', kemudian masukkan tempoyak..blend lagi hingga sebati. dan tuangkan dalam periuk, masukkan ikan,asam keping, air dan garam secukupnya. Kacau hingga kuah mendidih,bila isi ikan dah hampir empuk masukkan daun kesum, gula dan terung yg telah dibelah dua tadi. Biar mendidih lagi dan boleh lah angkat setelah cukup rasa masam, masin dan manisnya. Bukan la manis mcm gula ok tp msk asam tempoyak ni kena ada rasa sedikit manisnya..supaya balance rasa kuah tu. Dah angkat boleh lah disantap dgn nasi panas. 

Inilah hasilnya masakan Ikan Kaloi fresh dari Sungai Pahang tu..


Nampak x isinya yg putih tu...
Muka me yg tgh cuak tuggu disuap bila di suruh try gak mkn ikn tu..
Dorang yg makan semuanya cakap sedap dan isinya manis...tambah pula ada yg pekena dgn petai jeruk..huhh mmg berselera tengok dorang makan. Maklumlah bukan senang nak dpt peluang mkn yg fresh gitu bila dorang kat bandar. 

Me??? Hmm...anak tekak ni masih tak brpa boleh terima...but at least I try it a bit...anak bujang me langsung la...tengok pun dia dah 'menggeletik'.. En hubby yg jrg2 makan ikan air tawar pun cam berselera aje. Maybe sbb dia tahu  kot yg umpan pancing ikan tu guna buah ara bukannya si 'pjg cilik' tu..hehe..

p/s : Terima kasih to en hubby's cousin..rezeki yg Allah beri dikongsi beramai2 utk dinikmati bersama..Alhamdulillah..




Ikan Kaloi Sungai Pahang



Ikan Kaloi ??? 1st time nampak ikan tu depan mata...pastu  me teringat something...hmm..dok terfikir macam ada cerita je yang kena mengena dgn ikan kaloi ni...Oooo...cerita Bawang Putih Bawang Merah tu la...cerita dongeng yg glamor dulu2 tu. Nama sainsnya Osphronemus goramy..hish berbelit lidah keh nak nyebutnye...paggil Kaloi sudah...

Citenya hari tu cousin en hubby pegi memancing berhampiran rumah arwah Wan...Sungai Pahang ni betul2 belakang rumah arwah... so dapat lah si ikan kaloi ni..haa...
Me paksa En hubby jadi model pegang ikan tu..hehe..
Agak besar, mengikut pakcik kat situ yg mmg berpengalaman psl ikan2 Sg Pahang ni beratnya around 6kg++. Hmm..patut la tali joran tu putus..tapi dah rezeki si pemancing tewas juga si kaloi tu. 

Tapi jangan terkejut, menurut pakcik tu juga ikan kaloi Sungai Pahang ni memang besar2. Patut la en hubby pernah cite yg arwah Aki(Tok Ki) pernah menangkap ikan kaloi setinggi lelaki dewasa. errr...boleh ke makan..?? Ok next n3 me cite apa jadi kat ikan tu sebab now kena sambung keje dulu..lunch time dah habis..heee...

Al Fatihah buat Arwah Siti Aminah (Wan Mek)



Semalam on emergency leave, dok siap2 nak pegi keje hp en hubby bunyi...hati ni mula la risau, ye la biasanya if panggilan dr kg awal pagi @ tgh mlm for sure ada emergencynya. Call dari MIL

Innalillahiwainnaailaihirojiun...Al fatihah...

Pic ni me snap masa kami balik visit arwah last 2 weeks..
Nenek kpd en hubby, Siti Aminah bt Imam Omar aka Wan Mek telah kembali kepada penciptaNya awal pagi tadi. Macam tak percaya pun ada coz bila kami balik last 2 weeks arwah dah sihat dan dah makan solid food after discharged dari hospital. Apapun ajal maut semua ketentuanNya dan kita harus redha .Sampai je en hubby dr surau, tell him ..then he call in laws so kami konvoi balik Kuala Lipis.'Bercinta' pulak dgn bad traffic jammed coz that time org sibuk nak pegi keje bagai. 

Alhamdulillah kami selamat sampai dan sempat menghadiri pengkebumian Wan. Doa kami semoga Allah s.w.t tempatkan Wan dikalangan mereka yg beriman dan beramal solehah. Aaminn....


p/s : Rifqi Naqiuddin dah tinggal sorang aje lagi moyang..my lovely grandma..

Monday, September 23, 2013

Latest Grandniece..



Dah seminggu dia melihat dunia...baru semalam kami sempat melawat si kecik comel ni. Hmm..fisrt time kiss dia...hmm..I miss that smell...seriously bau baby memang unik...



Welcome to the world my dear grandniece Adiliya*nama yg belum rasmi ..Semoga membesar menjadi anak yang solehah,bijak ,sopan-santun dan taat serta berbakti kpd kedua org tua.

I know deep in ur heart syg.. u want ur own sibling..#Ayh Qi.
Kebetulan masa tgok baby tu Chek pun ada kat Kota Damansara...dah 2 malam kat sana ikut kakak*nenek kpd si baby tu yang memang dtg visit mama n baby . Seronok..riuh rendah dgn suara sebahagian drp cucu2 saudara me...me dah jadi nanny tau..nenek muda sebab cucu2 saudara still panggil me Cik Ma..kenaa ek?? Me pun tak tahu nape panggilan tu sama...hmm

En hubby yg x berani nak pegang baby kecik tu..;-)
kena berani2kn diri dling..manelah thu kot ada lg rezeki kita..hehe..


p/s : x pernah berhenti berdoa dan mengharap

Friday, September 20, 2013

Jangan Dedahkan Aib Orang Lain...



Simple entry with full of meaning on Friday morning...sebagai pedoman dan peringatan untuk  semua dan diri sendiri semestinya. Kadang2 tanpa sedar bila berkumpul dan lidah yg tidak bertulang menutur kata. Nauzubillah min zalik..



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud 
" Tidaklah seorang hamba menutupi aurat (aib) orang lain di dunia kecuali Allah s.w.t menutupi auratnya (aibnya) di akhirat"
Hadis Riwayat Muslim

Ye lah..kdg2 kita tahu memang itu kebenarannya..dari sumber yg memang tepat tapi tak salah kalau kita simpan. Bersyukur kita dipercayai untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara, tapi jika ianya boleh mengaibkan tak perlulah dihebahkan kot.

Tapi sekiranya news tu tak betul kan dah dikira gossip...erti kata lain fitnah. Fitnah yang boleh merosakkan hubungan sesama kita..as a Muslim,,,

p/s : Ya Allah...jgn lah berhenti memberi petunjuk dan hidayahMu buat ku yg serba kekurangan dan penuh kekhilafan ini.



Tuesday, September 17, 2013

✲ Nasi Kebuli.. Makanan Warisan Diraja Pahang ✲




Mood mengantuk belum hilang...almost 2am baru sampai rumah. Memang dah agak...sure kami akan menempuh jammed balik dr Pahang mlm tadi.Nasib baik tak teruk sgt

Back to n3, sabtu lepas kami balik Pahang..MIL me ni mmg ada satu habit..tapi habit tu mmg tersgtlh menguntungkan anak menantu n cucu2nya. Nak tahu?? MIL me ni mmg suka memasak, maklum lah ex chef atau org kg panggil ...tukang masak..pernah jd TM kat Cafe UITM Bdr Pusat Jengka. Dan air tgn my MIL ni mmg sedap..bukan nak bodek ok..No3...tapi ikhlas dr hati..mungkin sbb Mak msk dgn penuh kasih syg kot ..spt yg me msk kt rumah tu dgn .Tuzki Bunny Emoticon..dgn penuh kasih syg..hehe..

Ok..cuti Hari Malaysia tu MIL masak Nasi Kebuli, singkatan nama kpd Nasi Kebawah Duli..tak brp igt kali keberapa MIL msk nasi ni tapi sedap, dgn rasa rempah2nya. Kpd yg x tahu Nasi Kebuli ni merupakan makanan warisan Diraja*dr singkatan namanya kita dah tahu negeri Pahang terutamanya sebelah Kuala Lipis. MIL mmg asal dr sana* pnh jd geng mak Dato' Siti menyanyi kat kenduri kawin masa muda2 dulu tu..:-). Dipercayai ia juga merupakan slh satu santapan Diraja Phg.Skrg ni kebiasaannya dimasak bila ada keramaian atau kenduri kendara sahaja. So mmg susah nak dpt kecuali masak sendiri la.

Jom kita tengok resepi dan cara2nya...

Nasi Kebuli
Utk 3 ekor ayam..so kalau nak msk sdkit tu adjust le apa yg patut :-)

Bahan2 :
Utk Lauk - di perap selama 5jam
3 ekor ayam - di bersihkan dan dikelar
nak belah 2 @ 4 pun boleh
7 cm kunyit hidup
nak guna yg sebuk pun boleh tp kurang power la
sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Bahan Menumis -dikisar
10cm halia - dihiris 
6cm lengkuas - dihiris
3 ulas bwg merah -dihiris
1/4 cwn ketumbar
4 batang serai -diketuk
1/4 cawan lada hitam

Cara Masak Ayam
perlu siapkan ayam terlebih dahulu sbb kita perlukan air rebusan dan minyak menggoreng aym nti.
Tumiskan bahan2 yg dihiris ,kemudian masukkan lada hitam dan ketumbar, masukkan air secukupnya. Masukkan ayam yg telah diperap dan biarkan mendidoh sehingga ayam lembut. Tambah garam dan perasa*jika mahu secukupnya. Angkat & Toskan. 
Panaskan minyak yg banyak untuk menggoreng ayam tadi. Goreng hingga keperangan, tak perlu terlalu lama coz ayam dah empuk. Angkat dan toskan..Aromanya rempahnya..huhh..:-). Kemudian boleh dipotong ikut suka hati nak besar mana. According to MIL, NK ni dimakan dlm kuantiti yg sedikit tapi banyak lauk...katanya masa dia kecil dulu arwah Tok Aki akan sediakan setiap anak seekor ayam kg muda...maklumlah..ayam tu peliharaan sendiri.

Untuk Nasi
8 cawan beras basmathi 
 dibasuh dan rendam selama 20 minit & ditoskan. Goreng beras tadi sekejap sehingga sedikit retak. Masukkan dalam rice cooker, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi kedalam rice cooker secukupnya*MIL ajar..guna sukatan jari telunjuk..air rebusan disukat dari aras beras hingga pangkal jari telunjuk. Senang jer. Pastu tunggu lah hingga masak sepenuhnya. Bila dah masuk MIL letakkan sejenis daun yg dipanggil daun tutor diatas nasi tadi. Tujuannya utk dptkan aroma bau daun tu.

Ok...sekarang dah siap..nasi tu boleh dimakan bersama lebihan air rebusan ayam yg berempah tadi. Just simple like that. Tapi skrg ni if nak makan, mesti mak prepared dgn salad, mentimun dan tomato serta sambal cili merah..dah mcm ulam nasi ayam la pulak. Tapi rasanya mmg berbeza dari segi rasa rempahnya . Nak tahu  sedap ke tak cuba la sendiri ye  -

Dan inilah hasil me belajar tengok MIL buat. Lepas ni nak cuba buat sendiri kat rumah . Nak tengok apa kata 'juri2' berdua tu nanti.


In the making of ayam
In the making of Nasi Kebuli..ats tu daun tutor
Ready untuk dimakan
Mak bungkuskan utk jiran sebelah..ini 1 lagi habit murni Mak,
suka bersedekah..Alhamdulillah..ber+ murah rezeki Mak
Naqiuddin mmg suka NK..smlm sampai 3 kali berulang dia makan..
Wan happy bila tgok cucu berselera..
bdk kecik sblh yg petah tu selalu kena sakat dgn en hubby tapi close dgn abg Qi(Naqiuddin)
Alhamdulillah syukur atas rezeki kami hari tu dan terima kasih pada Mak kerana sediakan Nasi Kebuli terbaik utk kami. Syg Mak, semoga Allah sentiasa melindungi dan anugerahkan kesihatan yg baik pada Mak which is very caring & loving mother and Mother in law as well..and very loving grandmother's to her grandchildren ^◕‿◕^.Salute mak coz tak pernah jemu bagi nasihat dan tunjuk ajar pada anak2 menantu walaupun dah berumahtangga.


p/s : siap tapau lagi bawa ke Temerloh dinner ngan adik ipar n his kids.

Wednesday, September 11, 2013

Penat....So Tired...(´~`)



Seriously me rasa penat sangat..penat otak..bila penat otak segalanya rasa penat...fizikal dan minda. Ya Allah...give me guidance to make me more strong.




Jangan salah faham..bukan masalah rumahtangga ok...totally not..Alhamdulillah rumahtangga me bahagia dan semoga sentiasa beroleh rahmat dan lindunganNya supaya kami dijauhi dari anasir jahat yang boleh mengganggu kebahagiaan rumahtangga kami...InsyaAllah..

Kdg2 masalah persekitaran...macam2...bila persekitaran tu melibatkan diri me yg kerdil sedikit sebanyak kesannya mengganggu emosi . Bukan niat mengeluh sekadar nak release kepenatan minda...selain memohon kepada Allah diberikan kelapangan dari segala masalah..Aaminn


Apapun kita kena percaya setiap perkara dan kejadian takkan terjadi tanpa izinNya. Setiap yang berlaku ada hikmah..samada penghapus dosa2 kecil kita ataupun sebagai ujian. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka...

Now try to be positive...take a deep breath..istighfar...and said...Alhamdulillah..:-) pastinya me rasa lebih lega sekarang...Btw jom kita cuba amalkan doa kat bawah ni..

Mudah-mudahan dgn izinNya kita sentiasa beroleh kelapangan..Aaminn

Friday, September 6, 2013

Ayam Masak Serai Tanpa Santan



Malam tadi masak Ayam Masak Serai untuk last iftar Puasa 6. Alhamdulillah dgn izinNya dpt juga me habiskan walaupun dah masuk penghujung Syawal.Malu dgn en hubby coz dia last week lagi dah comleted...hmm nak buat camna kesihatan tak mengizinkan. Lagipun dia dah ckp if tak larat buat selang seli jgn sampai memudaratkan diri.

Back to n3, biasanya Ayam Masak Serai masuk santan tapi me punya version ni tanpa santan...healthy gitu...sebenarnya happen to be masa nak masak tu stok kelapa parut dah habis so terpaksalah ubah sikit resepinya..hehe

Bahan2 
(Utk 1/2 ekor Ayam)
Ayam 
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
2 batang serai - potomg halus*
1 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji cili api *(kalau nak pedas boleh lebihkan)
2 biji cili merah*
1 sudu sos tiram
1 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dimayang kasar
1 keping asam
2 biji tomato - dibelah 4
 (me guna tomato ceri so belah 2 aje)
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Bhn2 '*" perlu diblend tapi me tumbuk aje sbb x nak terlalu hancur

Cara2
Masukkan ayam yang telah dipotong dan bahan2 yg ditumbuk kedalam kuali, garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih.Masukan asam keping dan serai yg diketuk. Tambahkan sedikit air sebab takut nanti ayam tak cukup lembut. 
Bila dah hampir kering masukkan bawang besar dan sedikit gula*me tak letak coz sos tiram nona dh ada rasa manisnya untuk balancekan rasa. So pastikan dulu sos tiram yg digunakan manis ataupun tak, takut nanti dah lain rasanya. Tak psl2 org ckp org Klntan ni masaknya manis2..hehe. Bila bawang besar dah layu boleh masukkan tomato tadi. 

Hasilnya...:-)


Ayam Masak Serai


p/s : Syukur Alhamdulillah...semoga dipjgkan umur untuk melakukan ibadah puasa Ramadhan dan Puasa 6 tahun depan :-)




Monday, September 2, 2013

Puding Trifle Honey Dew



Masih mood Syawal...Dok fikir nak masak apa untuk tetamu yg bakal bertandang weekend nanti. Search google...nampak Puding Trifle. Hmm..nampak menarik & sedap. Lagipun me suka kastard. 

So hari sabtu lepas 1st time me buat, alhamdulillah en hubby give thumbs up...SIL pun said it nice..not too sweet...even my lil masterchef pun ckp sedap...hehe..alhamdulillah . Bukan nak bangga tapi perasaan happy dan seronok sgt bila keikhlasan kita memasak menjadi dan disukai org yg menyantapnya. 

Bahan2 :-
Swiss Roll cake (me guna marble swiss roll)
 1tin buah2an koktel (boleh tukar dgn apa2 buah2an dlm tin yg lain) 
1tin susu cair (apa2 brand pun boleh)
1 tin air (guna tin susu cair tu)
3 sudu besar (penuh) tepung kastard 
21/2 sudu bear gula
Serbuk Jeli (me guna perisa honey dew sbb x suka strawberry)

Cara2 : 
(A)
Potong swiss roll dlm 1 inci,susun dalam bekas dan basahkan dengan air buah2an koktel tadi supaya kek td lembap.

(B)
Bancuhkan tepung kastard bersama 1 tin susu cair dan 1 tin air . Kacau hingga sebati dan tidak berketul, then masukkan gula. Masak atas api sederhana dan kacau hingga bancuhan mendidih dan tutup api.

Sendukkan kastard tadi kedlm bekas kek tadi, ratakan dan susun buah2an koktel tadi secepat mungkin sebelum kastard menjadi keras. Tekan sedikit supaya tidak terapung bila dimasukkan bancuhan jeli nanti.

(C)
1 paket jeli dibancuh dgn 400 ml air. Masakkan hingga mendidih. Tak perlu masukkan gula sebab dlm tu dah ada gula. Last sekali tuangkan jeli tadi keatas bancuhan kastard tadi.

Sejukkan dalam peti ais..

Taraaaa...:-)

v

V



p/s : Kami makan dgn aiskrim....lagi sedap...yummy :-)

♡❀ Silk Anniversary - 12 Tahun Bersamanya ❀♡



Alhamdulillah 12 tahun sudah..sesungguhnya me bersyukur sangat dapat bersamanya..susah senang..sihat sakit ..segalanya kami hadapi bersama. Thanx to Allah for giving me a husband like him...a wonderful man in my life..



Darling..

Thank You Darling for being a good hubby & a great father to our son.
Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan kita yg ke 12
Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan melindungi keluarga kita
Luv u forever..



Since masih dalam bulan Syawal, adik beradik..saudara mara masih  bertandang ke rumah so me just buat pulut kuning and celebrate kat rumah..1st time sebenarnya buat pulut kuning utk anniversary ni...biasanya keluar celebrate kat luar aje..beside tu sempat la masak mee kari, nasi impit kuah kacang, rendang & puding trifle...dek sibuk jadi tukang masak sampai  terlupa nak snap pic..


'Burung ' tu dari ber2 dah jadi bertiga...sebabnya si bujang jeles...itulah lumrahnya bila ummi dan abahnya dekat2 aje dia mesti menyelit kat tengah...haa..macam kat bawah ni..

Apapun hakikatnya dia lah hasil ikatan suci 'masjid' yg kami bina ...jantung hati penawar hidup kami berdua...makin besar makin banyak kerenahnya..makin bijak dan pjg akalnya...:-)


Alhamdulillah..semoga ikatan suci ini hingga ke Jannah..aaminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...