Friday, September 6, 2013

Ayam Masak Serai Tanpa Santan



Malam tadi masak Ayam Masak Serai untuk last iftar Puasa 6. Alhamdulillah dgn izinNya dpt juga me habiskan walaupun dah masuk penghujung Syawal.Malu dgn en hubby coz dia last week lagi dah comleted...hmm nak buat camna kesihatan tak mengizinkan. Lagipun dia dah ckp if tak larat buat selang seli jgn sampai memudaratkan diri.

Back to n3, biasanya Ayam Masak Serai masuk santan tapi me punya version ni tanpa santan...healthy gitu...sebenarnya happen to be masa nak masak tu stok kelapa parut dah habis so terpaksalah ubah sikit resepinya..hehe

Bahan2 
(Utk 1/2 ekor Ayam)
Ayam 
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
2 batang serai - potomg halus*
1 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji cili api *(kalau nak pedas boleh lebihkan)
2 biji cili merah*
1 sudu sos tiram
1 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dimayang kasar
1 keping asam
2 biji tomato - dibelah 4
 (me guna tomato ceri so belah 2 aje)
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Bhn2 '*" perlu diblend tapi me tumbuk aje sbb x nak terlalu hancur

Cara2
Masukkan ayam yang telah dipotong dan bahan2 yg ditumbuk kedalam kuali, garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih.Masukan asam keping dan serai yg diketuk. Tambahkan sedikit air sebab takut nanti ayam tak cukup lembut. 
Bila dah hampir kering masukkan bawang besar dan sedikit gula*me tak letak coz sos tiram nona dh ada rasa manisnya untuk balancekan rasa. So pastikan dulu sos tiram yg digunakan manis ataupun tak, takut nanti dah lain rasanya. Tak psl2 org ckp org Klntan ni masaknya manis2..hehe. Bila bawang besar dah layu boleh masukkan tomato tadi. 

Hasilnya...:-)


Ayam Masak Serai


p/s : Syukur Alhamdulillah...semoga dipjgkan umur untuk melakukan ibadah puasa Ramadhan dan Puasa 6 tahun depan :-)




2 comments:

Kakcik said...

Oh... nanti kakcik boleh cuba masak macam ni. :)

Norma NML said...

tapi saya tak handal bab masak-memasak mcm Kakcik..msk utk family ok la kot..hee :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...