Wednesday, September 25, 2013

♨Masak Asam Tempoyak Ikan Kaloi♨



Okey..me nak sambung pasal 'emak' Si Bawang Merah tu..pasal si Ikan Kaloi ...Selepas di siang oleh Pak Lang (hubby's uncle) dgn bantuan pakcik2 saudara yg lain akhirnya si Kaloi menjadi masakan yg memang terkenal dan sinonim dgn negeri Pahang...Masak Asam Tempoyak.

Tukang masaknya Mak Beh(hubby's auntie). Isi ikan tu cantik je..sekali tengok mcm ikan Jenahak. Isinya .. putih...lupa nak snap pic ikan tu lepas dorang siang. Bukan apa takut nanti if me tengok tak berani pulak nak try krg..;-)..Jom kita tengok resepinya...

Masak Asam Tempoyak Ikan Kaloi
Bahan2
Ikan kaloi
Cili api*
(kuantiti terpulang kpd kepedasan yg kita nak)
Terung hijau @ Terung telunjuk
Tempoyak secukupnya
Air secukupnya
Daun kesum
Kunyit hidup*
Asam keping
Garam 
Gula

Cara2
Blend bahan '*', kemudian masukkan tempoyak..blend lagi hingga sebati. dan tuangkan dalam periuk, masukkan ikan,asam keping, air dan garam secukupnya. Kacau hingga kuah mendidih,bila isi ikan dah hampir empuk masukkan daun kesum, gula dan terung yg telah dibelah dua tadi. Biar mendidih lagi dan boleh lah angkat setelah cukup rasa masam, masin dan manisnya. Bukan la manis mcm gula ok tp msk asam tempoyak ni kena ada rasa sedikit manisnya..supaya balance rasa kuah tu. Dah angkat boleh lah disantap dgn nasi panas. 

Inilah hasilnya masakan Ikan Kaloi fresh dari Sungai Pahang tu..


Nampak x isinya yg putih tu...
Muka me yg tgh cuak tuggu disuap bila di suruh try gak mkn ikn tu..
Dorang yg makan semuanya cakap sedap dan isinya manis...tambah pula ada yg pekena dgn petai jeruk..huhh mmg berselera tengok dorang makan. Maklumlah bukan senang nak dpt peluang mkn yg fresh gitu bila dorang kat bandar. 

Me??? Hmm...anak tekak ni masih tak brpa boleh terima...but at least I try it a bit...anak bujang me langsung la...tengok pun dia dah 'menggeletik'.. En hubby yg jrg2 makan ikan air tawar pun cam berselera aje. Maybe sbb dia tahu  kot yg umpan pancing ikan tu guna buah ara bukannya si 'pjg cilik' tu..hehe..

p/s : Terima kasih to en hubby's cousin..rezeki yg Allah beri dikongsi beramai2 utk dinikmati bersama..Alhamdulillah..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...