Monday, September 2, 2013

Puding Trifle Honey Dew



Masih mood Syawal...Dok fikir nak masak apa untuk tetamu yg bakal bertandang weekend nanti. Search google...nampak Puding Trifle. Hmm..nampak menarik & sedap. Lagipun me suka kastard. 

So hari sabtu lepas 1st time me buat, alhamdulillah en hubby give thumbs up...SIL pun said it nice..not too sweet...even my lil masterchef pun ckp sedap...hehe..alhamdulillah . Bukan nak bangga tapi perasaan happy dan seronok sgt bila keikhlasan kita memasak menjadi dan disukai org yg menyantapnya. 

Bahan2 :-
Swiss Roll cake (me guna marble swiss roll)
 1tin buah2an koktel (boleh tukar dgn apa2 buah2an dlm tin yg lain) 
1tin susu cair (apa2 brand pun boleh)
1 tin air (guna tin susu cair tu)
3 sudu besar (penuh) tepung kastard 
21/2 sudu bear gula
Serbuk Jeli (me guna perisa honey dew sbb x suka strawberry)

Cara2 : 
(A)
Potong swiss roll dlm 1 inci,susun dalam bekas dan basahkan dengan air buah2an koktel tadi supaya kek td lembap.

(B)
Bancuhkan tepung kastard bersama 1 tin susu cair dan 1 tin air . Kacau hingga sebati dan tidak berketul, then masukkan gula. Masak atas api sederhana dan kacau hingga bancuhan mendidih dan tutup api.

Sendukkan kastard tadi kedlm bekas kek tadi, ratakan dan susun buah2an koktel tadi secepat mungkin sebelum kastard menjadi keras. Tekan sedikit supaya tidak terapung bila dimasukkan bancuhan jeli nanti.

(C)
1 paket jeli dibancuh dgn 400 ml air. Masakkan hingga mendidih. Tak perlu masukkan gula sebab dlm tu dah ada gula. Last sekali tuangkan jeli tadi keatas bancuhan kastard tadi.

Sejukkan dalam peti ais..

Taraaaa...:-)

v

V



p/s : Kami makan dgn aiskrim....lagi sedap...yummy :-)

2 comments:

nik ros said...

tgk gambar pun dah sedap..

Norma NML said...

makan dgn aiskrim lagi sedap Nik :-)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...