Friday, September 27, 2013

Risaunya Hati Seorang Yang Bergelar Ummi..



Entry yg spontaneous came across to my mind . Sebagai seorang ibu selalu me fikir...macamanalah anak bujang me bila dah meningkat remaja nanti. Risau sebenarnya...rasanya me dan en hubby dah cuba bagi yang terbaik untuk dia...dari segi pendidikan dunia dan akhirat

Fist step kami hantar dia ke sekolah agama tapi ada juga suara sumbang yang berkata2, " budak sekolah agama lagi jahat..lagi gatal". Hmm..tu lah masyarakat kita, suka sangat buat statement yg boleh menjatuhkan maruah agama sendiri. Itu semua depend on individu...nama pun kanak2, sifat aktif , lasak dan nakal tu dah sinonim dgn mereka. Tak kira sekolah agama ke..sekolah kebangsaan ke..apa2 sekolah la..mereka tetap kanak2.Tapi kami tak kisah...itu hak masing2. 

KITA sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga serta mendidik amanah yg dipinjamkan sementara oleh Allah ini sebaik mungkin. Org cakap anak tunggal dimanjakan..ikutkan apa aje kemahuan dia but for me dan en hubby, ada masa kami manjakan tapi dalam hal yang perlu kami tegas, tetap kami tegaskan...benda yg tak elok dan sepatutnya tetap kami larang. If perlu dirotan kami rotan. Everything on limit.

Bila tengok sekeliling , dgn anak2 yang belum sepatutnya menunggang motosikal ke sekolah tapi dah bawa motor..kdg tu ada kaki yg x sampai nak cecah tanah pun..pastu siap bonceng kawan lagi ...bukan sorang tapi dua pulak tu..secara tak langsung me terfikir kalau lah jadi apa2, siapa yang nak di persalahkan..lesen dah tentu tak ada. Belum lagi bab bonceng awek bawa lepak kat taman...siap hisap rokok tanpa ada rasa malu pada org lalu lalang. 

Pastu bila dengar anak2 yg masih dibangku sekolah boleh pula melepak balik lewat malam. Siapa yg harus dipersalahkan.Ya Allah..seriously me takut.Kdg2 parent tak boleh terlalu percaya cakap ank2 100%, perlu juga ada perasaan was2..bukan apa, pengaruh kawan sangat kuat...selidiklah dgn siapa dia berkawan.

Selalu me cakap kat en hubby... me tak nak Naqiuddin dibiar macam tu..pergi tuisyen mesti dijemput dan dihantar. If ada aktiviti petang kat sekolah perlu sekali sekala 'diintip'...hmm sampai macam tu sekali me cakap kat en hubby. Bukan mengongkong tapi seperti yg me nampak pergi balik keje macamana gelagat budak2 sekolah ni...baik lelaki mahupun perempuan...sama aje.. 

Kata en hubby, kita dah bagi didikan, dah pun lakukan yang terbaik sebagai ibubapa. Jangan berhenti menasihat & keep remind him. Selebihnya kita JANGAN LUPA BERDOA dalam setiap solat semoga Allah melindungi anak kami dari segala kejahatan dan kemaksiatan..yakin dengan DIA...InsyaAllah..


Pic : En Google
Untuk perkongsiaan jom kita amalkan doa ni untuk anak2 kita.

doa melembutkan hati

Taa..haa. Kami tidak menurunkan Al Quran kpdmu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk peringatan bagi org2 yg takut yg melanggar perintah Allah. Al Quran diturunkan dari Tuhan yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Iaitu Allah Ar- Rahman, yg bersemayam(berkuasa) diatas 'Arasy.

~ Amalkan baca doa ini 3 kali dan hembuskan semasa anak sedang tidur (seeloknya masa dia baru nak terlelap) di atas umbun atau pada hidungnya. InysaAllah..anak akan lembut hati (tidak degil dan mendengar cakap ibubapa)~

Selain tu ada juga surah2 lain yg elok diamalkan dalam kita mendidik anak2.Yang penting kita perlu yakin dgn DIA dan jangan sesekali putus asa jika doa kita tak dimakbulkan secepat mungkin seperti yg kita harapkan.

~UNTUK ANAK UMMI~

Semoga Rifqi Naqiuddin menjadi anak yang soleh & bijak...anak yg taat kepada perintah agama dan menghormati ummi abah serta org yg lebih tua.Ingat pesan ummi & abah..nasihat, leteran, marah & rotan kami sebab kami syg..supaya suatu hari nanti Naqiuddin akan menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat. Doa ummi sentiasa mengiringi dirimu syg...mudah2an anak ummi dijauhi dari sifat2 yg keji dan juga kemaksiatan...Semoga sentiasa beroleh keberkatan & dirahmati Allah s.w.t didunia dan akhirat..Aaminn.





p/s : Allah suka hambaNya meminta(berdoa) tanpa henti dan bersungguh2...insyaAllah DIA akan makbulkan..kebenaran terbukti tanpa disangka...alhamdulillah..semoganya ianya penuh keikhlasan .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...