Thursday, October 31, 2013

Piala Malaysia 2013 ~ Alamak Pahang vs Kelantan ~



Sekarang terhangat di pasaran ..eh bukan pasaran tapi dalam news..suratkbr...buah mulut dok ckp2...masing2 dah tak sabar nak tunggu pertemuan akhir Piala Malaysia 2013...2 negeri dari Pantai Timur..keh3..


vs


Malah me tak terkejut pun tengok news sampai ada yg pengsan berebut tiket, tak kurang juga suara2 yg tak puas hati sebab tak dapat beli tiket. Katanya ada sindiket ulat tiket bagai la tapi yang tu me tak nak masuk campur..

Huawawa....yg menariknya kat rumah me ada 2 orang yg sah2nya akan 'bermusuh' selama 90 minit gitu. Musuh2 syg ok..mana boleh musuh betul2..dosaaa...me kan isteri mithali..hehe.For sure yg peningnya si ank bujang, mana nak sokong ni...Kelantan atau Pahang. Bak kata pepatah "diluah mata mak ditelan mati bapa"..haaa..Apapun me tahu he more to Kelantan. He proud to be Kelantanese....suka3.

Nasib baik la en hubby tak too fanatic sampai nak ke stadium kalau tak macamana la keadaan kami berdua..cuba korang bygkan..pastu Rifqi pula nak dok mana kan...hehe....


...Kita tengok aje la nanti keputusannya nanti ◕‿◕..
Bola tu bola juga..Kami tetap kami




Apapun keputusannya kami tetap ok jer..terima dengan redha..bola jer kott....


p/s : Nk tengok kat rumah ke kat restoran...hmm

Wednesday, October 30, 2013

♨ Masak Lemak Pucuk Ubi Tanpa Cili ♨



Semalam on leave, kesihatan Naqiuddin perlu dipantau. Seronok jadi jururawat peribadi ni tapi kesabaran yang tinggi sgt diperlukan. Naknya bila time macam ni la dia mengada2..manja pun jadi lebih. It's ok..demi mu wahai anak..ummi sanggup..InsyaAllah.

Sambungan pasal pucuk ubi semalam, misi diteruskan..hehe..akhirnya terciptalah...

Masak Lemak Pucuk Ubi Tanpa Cili Api



Bahan2nya :-

Satu ikat pucuk ubi - di rebus separuh masak
(kalau beli kat pasar tu kenala 'tapis' ye..byknya yg tua dr pucuk)
2 cawan santan dari sebiji kelapa
Sedikit ikan bilis 
(lebih kurang 10 ekor, dibelah 2 dan dibuanh tulang)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk pati bilis/stok bilis
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara2 :-
Pucuk ubi yg telah direbus, dihiris halus mcm nak buat kerabu tu, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yg telah diblender @ dimayang. Masukkan santan dan serbuk kunyit. Masukkan garam . Kacau hingga mendidih . Dah agak empuk sayur tu boleh la angkat. Kalau suka boleh letak daun kunyit dan isi udang tapi me tak le letak sbb tgh 'berpantang'. 


Ready for him
Nasib baik hari ni dia ok je bila me suruh makan...sebenarnya dia takut..ummi dia psiko if tak sembuh lagi nanti kena masuk wad..hehe..terpaksa ok..


Alhamdulillah dia habiskan ...siap tambah lagi sayur tu..:-)
Ummi doakan anak ummi cepat sembuh. Selalu ckp kat dia sakit tu ujian sbb Allah sygkan Naqiuddin. So dia tak lah merungut sangat walaupun 4 kali kena ambil darah cuma muka cuak bila 'Tukang Ambik Darah' tu nampak serius je. Automatik mempengaruhi 'keberanian' dia...:-)



Hehe..sempat lagi ummi snap pic walaupun sblh tgn dia pegang
Camne la hari ni 1st day dgn ambik drh abah yg temankan

p/s : 4 kali ambik drh 4 kali juga nak ummi yg temankn..tak nk abah coz nak pegang tangan ummi.
Teringat masa nak lahirkan dia, me pegang tangan chek sampai la selamat bersalin. ~ Sesungguhnya kasih Ibu tiada penghujungnya  ~


Tuesday, October 29, 2013

♨ 1st Trial Sambal Hitam Pahang ♨



Rancangan tergendala nak buat Sambal Hitam Pahang akhirnya terlaksana weekend lepas. Belimbing tu pun dah kesejukan dalam peti ais. Nak buat senang sangat tapi nak start tu coz malas nak kupas ikan bilis...hehe.

Sambal Hitam Pahang
{Sambal Hitam Belimbing Buluh}

Bahan2 :
1/2 cawan belimbing buluh yg di rebus hingga kecoklatan
*Ingat..rebus tanpa air dgn api yg kecil
(kalau nak sambal tu tahan lagi lama belimbing perlu direbus lagi lama..hingga kehitaman gitu)
2 Bawang besar
1/4 cawan cili api/akar
(nak pedas boleh tambah tapi me kena control sbb en hubby x boleh mkn terlalu pedas)
11/2 cawan ikan bilis
(dibasuh dan rendam sekejap supaya lembut)
3 sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap masin
garam dan gula secukupnya
(me tak letak gula sbb kicap Lemak Manis Jalen tu dh ada rasa manisnya)
1/2 cawan minyak utk menumis



Tumbuk bahan2 tadi satu persatu..jangan blender ok


Menangis tau tumbuk bawang tu..:'(
 Pastu panaskan minyak...ada orang masak masukkan semua sekali gus..tapi me lebih suka tumis dulu bawang merah dan cili hingga naik bau, then masukkan ikan bilis dan belimbing tadi. Ingat !! haa..amaran ni nanti sambal tu hangus..kena kacau sentiasa..paling tak pun 2 minit sekali kalau tak sambal tu jadi sambal hangus. 


Begini la rupanya...Sambal Hitam Pahang in the making..heheh


Dah siap...dan selamat di rasmikan oleh en hubby tercinta
(suka3..isteri yg perasan happy sgt bila dia ckp sedap)

p/s : Tips..kalau nak sambal tu lebih lama, belimbing perlu direbus lebih lama & sambal tadi juga perlu dimasak lagi lama. Skrg moden..simpan dalam peti ais pun lama juga tahannya..tapi kalau setakat sukatan yg me buat tu 3 kali makan habis la kot..

Bukan Mengidam Tapi Suka...^ ◕ ‿~ ^



Dulu asal makan benda masam aje ingatkan me mengandung. Silap tu..me memang suka makan asam especially buah mangga muda. Huhh..kecur air liyo tau.

Last week kawan en hubby bagi buah mangga epal. Tangtu juga me kupas dan makan macam tu aje. Tanpa 'colek' pun sedap...masam2 manis..


Mangga Epal
Nyum2..Tq byk2 kawan en hubby sbb boleh dikatakan setiap kali musim buah mangga epal for sure dia akan bagi.

p/s : memberi @ bersedekah..sedikit @ byk..bila hati kita ikhlas ganjarannya sgt besar..InsyaAllah..

Monday, October 28, 2013

Pucuk Ubi Penawar Denggi ??



Rentetan dari Naqiuddin yang demam since last Thursday, alhamdulillah dah semakin sihat tapi still kena ambik darah after doctor detected on 5th day ada sedikit kuman denggi. Apa yg en hubby takut selama ni jadi kenyataan.

Tak pe..kami redha ujian dari Allah...syukur alhamdulillah tak la teruk sampai kena masuk hospital. Our deal ..bergilir2 cuti jaga dia coz kena pantau suhu badan dan make sure dia minum byk air. Since semalam me dah cuti, hari ni abahnya pulak yg cuti. Psl exam pula, nasib baik boleh delay but late pun minggu depan kena ambik coz SUP perlukan result before 8hb.InsyaAllah by that time anak ummi dah sembuh.

Ok2..back to n3, 1st time me dengar pasal pucuk ubi sebagai penawar denggi. Sebelum ni yang me tahu pucuk betik...sup ketam...pastu minum 100 plus. Ini bukan dari mulut orang ramai but dari doktor sendiri. Doktor Klinik Kerajaan Bandar Baru Bangi. Bila me kata dah bagi Sup Ketam, dia cakap Sup Ketam tak termasuk dalam senarai tapi pucuk ubi memang dibuat kajian dan disahkan .Ooooo..rupa2nya. 


Pokok Ubi Kayu
Sekarang dok memikir nak masak apa agaknya...kalau me senang jer..celur cicah budu @ sambal tempoyak jalan aje...tak pun Masak Lemak Cili Api Tempoyak tapi tempoyak tak boleh coz takut nanti nak makan ubat*org tua ckp makan durian @ tempoyak tak boleh mkn ubat..lwn pns + pns..Ini nak bagi budak makan..hmmm..

p/s : Balik ambik drh singgah kedai beli pucuk ubi & kelapa parut :-)

Risaunya..Dah Masuk Hari Ke 5..●︿●



Salam pagi Isnin...Mata blur je..mengantuk pun ada. Malam tadi boleh dikatakan setiap jam terjaga coz Naqiuddin tak tido lena..almost 2am mengadu sejuk. Badan dia pns lagi rupanya..bagi ubat, pakaikan dia sweater n stokin. Pastu  terganggu pula dek suara bising bergaduh pagi2 buta, sabar aje lah berjiran dengan manusia yg tak reti bahasa ni. Hmm...hanya mampu berdoa semoga mereka ni berubah ataupun pindah aje lagi senang cerita.

Friday tu pegi ambik darah lagi*BENGANG BETUL DGN STAFF LELAKI YG AMBIK DRH TU..GERAM JE NAK KOMPLEN, takde la suspek denggi ke ape suma but bp a bit drop. 


2nd day ambik drh..dia dh cuak ..
x leh ambik kt lengan terpaksa ambik kt tgn
Tapi demam tetap on off.


I'm sad to see him like this.. force him to drink a lot of water
..berguna juga gelas comel souvenir akikah tht day
Alhamdulillah sabtu tu dah ok sikit, me bagi minum 100+..masakkan dia sup ketam even dia tak suka tapi alhamdulillah he try to have it. Good boy ank ummi.


Sup Ketam

Percaya tak harga sekor ketam tu 8 hinggit ?? Sorry ye..me ni tak update psl harga ketam sbb dr dulu lagi me memang ngeri nak makan ketam. Maybe rupa dia tu yg tak berapa nak 'hensem' kot..hehe. So me x marahkan si bujang tu kalau dia pun tak suka sbb umminya pun sama.


Alhamdulillah

Dia dah mula dosan.."asyik mkn ubt je ummi"
Alhamdulillah dah ok sikit, boleh la dia ulangkaji utk exam hari ni.


Sekejap aje study, dia dh ngadu pening
Macam dah berkurang demamnya, malam tu abahnya suapkan dinner habis jer dia makan.



Semalam demam dia still on off..till last nite tak boleh tido lena. Pagi tadi terpaksa juga suruh dia pegi sekolah sbb nampak dah ok sikit. At least dia boleh habiskan exam BM, if tak ok dah pesan awal2 mintak tolong cikgu dia pantau .Thanx Cikgu Haniza..sorry yer sbb terpaksa susahkan cikgu demi ank bujang me.


p/s : Nak buat keje ni tapi hati risau.
Ya Allah..Engkau sembuhkanlah anak ku..
{Apapu aku redha dgn ujianMu}

Sunday, October 27, 2013

Crispy Banana Cornflakes { Pisang Goreng Cornflakes Rangup}



Kebosanan on weekend, nak keluar tak boleh coz kebetulan Naqiuddin masih demam. Cuaca kat luar pulak mendung je. Dok fikir nak masak apa for breakfast.

Ke dapur, tengok apa yg ada..ternampak pisang berangan..hmm.nk gorng camtu x sedap...buka kabinet, cari apa yg patut..jumpa la cornflakes. Hmm...ada idea..tiba2 jer otak kreatif ..haha kreatif la sangat...
Apapun hasilnya terjadilah resepi ni...

Crispy Banana Cornflakes
Bahan2 :

Pisang Berangan - sederhana msk
{dibelah dua}
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar serbuk koko
sedikit garam dan air secukupnya
2 cawan cornflakes
{diramas sedikit}
Minyak utk menggoreng

Cara2 :

Panaskan minyak. Satukan semua tepung, masukkan sedikit air dan garam. Adunan jangan terlalu cair dan pekat. Celup pisang kedalam adunan tepung , kemudian golekkan atas cornflakes tadi hingga menutupi pisang. Pastikan minyak betul2 panas . Goreng hingga cornflakes bertukar sedikit perang. Angkat & toskan.

Dah siap ^◕‿◕^

Crispy...
Yang ni versi pagi dan petang...my heroes like it so kena la repeat .


Pagi & Petang
Haa..camn1 la rupanya ...


Alhamdulillah :-)

Friday, October 25, 2013

Patut La...♡ Cepat Sembuh Ye Sayang ♡..



Kelmarin me tengok RN lain macam je, niat dihati nak bagitau dia supaya batalkan Study Tour ke Cameron Highland pun macam terbantut.. At first hint je dulu...tunjuk pic kat dia psl banjir lumpur tu.  Alhamdulillah dia boleh accept tapi utk tdk menghampakan dia me janji lepas ni bawa dia pegi tempat lain sebagai exchange.Tapi still pelik coz pukul 8 pm dah tido,awalnye.. sdgkan esok still ada exam...sentuh dahi & badan..takde la panas..then tanya kot dia ada problem ke, he said nothing..ok fine..me rasa lega.

Semalam,paginya still mcm tu...asyik nak tido..hati ummi jadi tak senang...curious feeling...apa yg tak kena..sentuh lagi dahi dia, ok je..tak demam. Ptg semalam, masa nak jemput dia dari sekolah dah nampak muka dia lain mcm...hmm.. mesti dia not feeling well. Sampai aje kat kereta, "ummi, badan iqi panas". Sentuh dahi dia..apa yg me agak dr semalam ...memang sah demam..panas sgt. No wonder these two days dia x aktif. 


Kesian anak ummi..Get well soon ye syg..ummi risau..
En hubby, if bab demam ni memang dia risau sgt...risau takut denggi*fobia coz pnh kena denggi...nauzubillah. Kebetulan kawan sekolah RN ada yg baru discharge becoz of denggi. Terus pergi KK, sbb kalau pergi private klinik 1st day demam doktor takkan ambik darah kecuali kita suruh. But  KK if temperature tinggi tanpa batuk & demam, kebetulan pula ada kes denggi persekitaran for sure akan ambik darah.


After ambik darah..pale face..sbr ye syg..ini ujian Allah
Blur..me x fhm pun bacaannya..but Alhamdulillah Doc ckp darah ok..
Tapi besok kena datang ambik lagi coz doktor cakap biasanya if denggi bp akan turun on 2nd or 3rd day. Ya Allah....hopefully dan hanya mampu berdoa mintak dijauhkan.

Ready for tomorrow
Terjaga 4 am tadi suhu badan dia makin panas, bagi ubat. Panas kurang sikit tapi dia x larat.. mesej cikgu kelas info RN on mc, kertas exam pula cikgu benarkan dia ambik next time.Terpaksa lah htr rumah SIL dulu sbb kebetulan MIL pun ada kat sana*dtg utk attend konvo adik ipar kat PICC semalam

Wednesday, October 23, 2013

Banjir Lumpur di Cameron Highland



Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un....semoga mangsa yang terlibat dengan bencana yang berlaku di  Cameron Highland awal pagi tadi tabah dan redha dengan ujian Allah swt.

Setakat ni yg me dgr latest news tiga orang penduduk meninggal dan dua orang masih lagi hilang. Punca kejadian katanya dari pelepasan air di Empangan sebanyak dua kali menyebabkan air Sungai Bertam melimpah so terjadi lah banjir kilat yg tak disangka2. Ikutkan tujuan asal utk mengelakkan empangan pecah sbb hujan yg berterusan tapi berakhir dgn tragedi. 

. Perlu dikaji adakah ianya disebabkan sikap rakus penerokaan tanah yang tak dibendung yang menjadi punca??. Apapun sekiranya ia adalah benar di harap pihak yg bertanggugjawab mengambil iktibar dari apa yg terjadi. Jangan ada lagi yang menjadi mangsa sbb sifat tamak org lain.


Sumber : Google

p/s : Hmm..nmpknya terpaksa menarik balik kebenaran utk dia pergi CH.
Hopefully he'll be ok with that






Tuesday, October 22, 2013

Pelakon era 80an Noreen Noor Meninggal Dunia..Al Fatihah..



Pagi tadi terbaca news kat Astroawani, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ..terkejut juga sebab dah lama Allahyarhamah menyepikan diri. Apapun ajal dan maut telah ditetapkan DIA.

Allahayarhamah Noreen Noor telah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri pada pukul 5.50 pagi tadi akibat komplikasi buah pinggang.

Al fatihah..(pic fr google)
Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau dan mencucuri rahmat keatas roh arwah serta ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Aaminn...

Monday, October 21, 2013

Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Kurma



N3 yg tertangguh, actually last week nak update tapi dok tangguh2...makanan yg dimakan pun dah jadi darah daging . 

Kali ni me kongsi resepi Nasi Hujan Panas ...ada yg panggil Nasi Minyak Warna Warni..ada setengah tu sebut Nasi Minyak Pelangi...apapun bila me tengok resepinya sama aje dgn NHP yg chek me biasa buat. If tak silap semenjak nikah, ini lah kali kedua me masak NHP, 1st time masa 1st Birthday anak bujang me. Patut la bila makan , dia ckp sedap...dah sah2nye masa tu umur dia baru setahun ..:-)


1st trial
Biasanya NHP dimakan bersama Ayam Masak Merah, kurma Daging dan Acar Mentah (Jelatah). Tapi dek kemalasan, me just masak Ayam Masak Kurma & Jelatah aje...Alhamdulillah licin je. Ok...jom kita usha resepinya...

Nasi Hujan Panas
{Sukatan utk kami 3 beranak makan..hehe2)

2 cawan beras basmathi
2 cawan air
sedikit garam
1/2 tin susu cair
2 sudu minyak sapi
Pewarna {me guna warna oren, hijau n merah)
Daun Pandan
Rempah 4 sekawan 
{3 cm kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang, 3 btg bunga cengkih, 2 biji buah pelaga}
1 inci halia - di mayang
1 biji bawang besar
Sedikit Kismis
Bawang Goreng

Cara :

Beras dibasuh, rendam 10 minit kemudian toskan
Panaskan minyak, tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan beras, gaul sebati n goreng sekejap..dlm 2-3  minit gitu. Alihkan kedlm rice cooker. Masukkan air dan susu ideal. Lastly masukkan daun pandan. Masak seperti biasa, bila nasi dah masak..titik pewarna2 tadi . Tunggu nasi betul2 kering . Masukkan kismis..jika suka boleh juga letakkan biji gajus . Kemudian gemburkan nasi tadi supaya akan terbit warna yg colorful tu. Nak je me letak warna iru tp mcm pelik la pulak..hehe.Ok..dah siap...nak hidang tu boleh la tabur dgn bawang goreng.

2nd time
Dihidangkan bersama Ayam Masak Kurma  & Jelatah..Simple dan senang kan ?

Budak yg semakin berselera mkn..alhamdulillah..


Thursday, October 17, 2013

Aidiladha 1434H..Terasa Sayu..



Dah masuk 3 hari baru berkesempatan nak update..apapun Salam Eidul Adha ...Semoga pengorbanan yang ikhlas akan mendapat keberkatan dari Allah swt...nilai dan kuantiti bukanlah ukuran tapi keikhlasan tanpa menunjuk dan ada perasaan riak..itu yang penting.

Mood sayu dan sedih...memikirkan chek*bonda tercinta yg beraya tanpa kami ..hanya 2 org abg dan kakak2 di kg aje. Kakak2 pula masing2 ada family dan ank cucu yg sudah tentunya akan beraya dirumah masing2 terlebih dahulu..nasib baik lah dua org abg still ada kat rumah tu. Yang me tahu,mereka akan akan ke rumah Ciksu (mak sedara me) coz abg ambik 1 bahagian lembu utk ibadah korban.

Kami ?? Kami beraya kat sini je...Alhamdulillah me ada siblings yg stay kat sini..ada kakak, abg n 2 org adik..dorang pun tak boleh balik atas tuntutan kerja dan cuti yg tak mengizinkan...tambahan pula anak2 sekolah cuti pun sehari aje. After solat Raya, terus ke rumah kakak, malam tu me dah masak rendang ayam, nasi impit n agar2 milo utk bawa ke rumah dia.


Yg sempat me masak
 Kakak masak nasi lemak and sambal daging...syok dok makan sampai terlupa nak snap pic. Then pegi rumah jiran kakak jap, kami dihidangkan laksa kedah coz kakak tu org Kedah. Kat sini me jumpa makanan baru yg tak pernah dengar dan tengok pun...Lemang Tepung.



Lupa nak tanya resepi dari kakak tu, tapi rasanya not bad...sekali tengok macam dodol.According to her ianya merupakan masakan tradisional belah utara. Tak puas hati so me meng'google' resepi Lemang Tepung ni tapi tak jumpa yg gula merah, jumpa yg Lemang Tepung perisa pandan aje. 

Kat bawah ni pics kami beraya sepanjang hari...


Menjamu Selera

Naqiuddin and cousins..seronok tengok bila ank2 happy 


Bersama kakak, adik2 n nieces
Lastly haruslah ada kami..wink wink 
Alhamdulillah..bersyukur kerana masih dipanjangkan usia untuk bersama mereka yg disayangi...dan menyayangi...



Di saat ini...me MERINDUNYA....


My dearest Chek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...