Tuesday, October 29, 2013

♨ 1st Trial Sambal Hitam Pahang ♨



Rancangan tergendala nak buat Sambal Hitam Pahang akhirnya terlaksana weekend lepas. Belimbing tu pun dah kesejukan dalam peti ais. Nak buat senang sangat tapi nak start tu coz malas nak kupas ikan bilis...hehe.

Sambal Hitam Pahang
{Sambal Hitam Belimbing Buluh}

Bahan2 :
1/2 cawan belimbing buluh yg di rebus hingga kecoklatan
*Ingat..rebus tanpa air dgn api yg kecil
(kalau nak sambal tu tahan lagi lama belimbing perlu direbus lagi lama..hingga kehitaman gitu)
2 Bawang besar
1/4 cawan cili api/akar
(nak pedas boleh tambah tapi me kena control sbb en hubby x boleh mkn terlalu pedas)
11/2 cawan ikan bilis
(dibasuh dan rendam sekejap supaya lembut)
3 sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap masin
garam dan gula secukupnya
(me tak letak gula sbb kicap Lemak Manis Jalen tu dh ada rasa manisnya)
1/2 cawan minyak utk menumis



Tumbuk bahan2 tadi satu persatu..jangan blender ok


Menangis tau tumbuk bawang tu..:'(
 Pastu panaskan minyak...ada orang masak masukkan semua sekali gus..tapi me lebih suka tumis dulu bawang merah dan cili hingga naik bau, then masukkan ikan bilis dan belimbing tadi. Ingat !! haa..amaran ni nanti sambal tu hangus..kena kacau sentiasa..paling tak pun 2 minit sekali kalau tak sambal tu jadi sambal hangus. 


Begini la rupanya...Sambal Hitam Pahang in the making..heheh


Dah siap...dan selamat di rasmikan oleh en hubby tercinta
(suka3..isteri yg perasan happy sgt bila dia ckp sedap)

p/s : Tips..kalau nak sambal tu lebih lama, belimbing perlu direbus lebih lama & sambal tadi juga perlu dimasak lagi lama. Skrg moden..simpan dalam peti ais pun lama juga tahannya..tapi kalau setakat sukatan yg me buat tu 3 kali makan habis la kot..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...