Friday, October 4, 2013

☼☀Kebaikan Amalan Bismillah 5☀☼



Salam jumaat...kali ni me nak kongsi something...bukan makanan ye..hehe.. tapi amalan yang biasa en hubby amalkan if kami makan kat luar ataupun tapau makanan dari luar. Dalam erti kata lain selain dari yang masak sendiri kat rumah dan yg 'sewaktu' dgnnya. Karang ada pula yg cakap "sikit2 hubby dia..sikit2 hubby dia"..Biar la org nak ckp apa yg penting Sharing is Caring...sharing for a good..tak salahkan.

Bismillah 5



Maksudnya :-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah yang penyembuh
Dengan nama Allah yang mencukupi segalanya
Dengan nama Allah yang memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namaNya samada kejahatan di bumi mahupun di langit, Dia amat mendengar lagi Maha mengetahui.

Seriously kdg2 me pun terlupa ayat tu...ye la..mende yg elok ni Setan dok kaburkan...dok hasut..

Antara kebaikan mengamalkan Bismillah 5 ini ialah :-
* Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
{sbb utama knp en hubby suruh amalkan sbb boleh dikatakan kami kerap mkn kat luar}
*Boleh digunakan merawati penyakit yg tdk diketahui puncanya
* Menghalang jin & syaitan
* Terpelihara dari bahaya dan musuh
*Mengubati penyakit bisa2 badan.
* Penawar penyakit bisa2 tulang.
* Penawar penyakit gila meroyan
* Melegakan bengkak dan benjol.

Apapun yang kita amalkan yakin lah hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Setiap penyakit dan sesuatu perkara tak akan terjadi tanpa izin Dia. Mungkin itu adalah ujian sebab Allah sygkan kita sebagai hambaNya ataupun mungkin juga balasan keatas dosa yg pernah kita lakukan..hmm...itupun sbb Allah syg...mudah-mudahan kurang la azab yang kita tanggung di hari pembalasan nanti.

Wallahu'alam bissawab.. 


p/s : Sekadar perkongsian utk semua..tdk bermaksud diri ini alim...
Perkongsian ni terlintas bila teringat hot news 
pasal keracunan ayam msk merah kat Kedah tu..
Simpati dengan keluarga mangsa dan tuan rumah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...