Wednesday, October 30, 2013

♨ Masak Lemak Pucuk Ubi Tanpa Cili ♨



Semalam on leave, kesihatan Naqiuddin perlu dipantau. Seronok jadi jururawat peribadi ni tapi kesabaran yang tinggi sgt diperlukan. Naknya bila time macam ni la dia mengada2..manja pun jadi lebih. It's ok..demi mu wahai anak..ummi sanggup..InsyaAllah.

Sambungan pasal pucuk ubi semalam, misi diteruskan..hehe..akhirnya terciptalah...

Masak Lemak Pucuk Ubi Tanpa Cili Api



Bahan2nya :-

Satu ikat pucuk ubi - di rebus separuh masak
(kalau beli kat pasar tu kenala 'tapis' ye..byknya yg tua dr pucuk)
2 cawan santan dari sebiji kelapa
Sedikit ikan bilis 
(lebih kurang 10 ekor, dibelah 2 dan dibuanh tulang)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk pati bilis/stok bilis
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara2 :-
Pucuk ubi yg telah direbus, dihiris halus mcm nak buat kerabu tu, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yg telah diblender @ dimayang. Masukkan santan dan serbuk kunyit. Masukkan garam . Kacau hingga mendidih . Dah agak empuk sayur tu boleh la angkat. Kalau suka boleh letak daun kunyit dan isi udang tapi me tak le letak sbb tgh 'berpantang'. 


Ready for him
Nasib baik hari ni dia ok je bila me suruh makan...sebenarnya dia takut..ummi dia psiko if tak sembuh lagi nanti kena masuk wad..hehe..terpaksa ok..


Alhamdulillah dia habiskan ...siap tambah lagi sayur tu..:-)
Ummi doakan anak ummi cepat sembuh. Selalu ckp kat dia sakit tu ujian sbb Allah sygkan Naqiuddin. So dia tak lah merungut sangat walaupun 4 kali kena ambil darah cuma muka cuak bila 'Tukang Ambik Darah' tu nampak serius je. Automatik mempengaruhi 'keberanian' dia...:-)



Hehe..sempat lagi ummi snap pic walaupun sblh tgn dia pegang
Camne la hari ni 1st day dgn ambik drh abah yg temankan

p/s : 4 kali ambik drh 4 kali juga nak ummi yg temankn..tak nk abah coz nak pegang tangan ummi.
Teringat masa nak lahirkan dia, me pegang tangan chek sampai la selamat bersalin. ~ Sesungguhnya kasih Ibu tiada penghujungnya  ~


4 comments:

makchaq said...

Makchaq doakan semoga Rifqi dah sihat. Kalau platelets count makin naik kira dah ok la...

Khadijah pernah kena denggi berdarah.. dalam mas tak sampai 1/2 habis jadi biru badan dia.. ada pendarahan bawah kulit....

Norma NML said...

Alhamdulillah Rifqi dah ok Makchaq..thankx..hari ni dah pergi sekolah..continue exam..
Ye ke..mesti tak tenang kan bila keadaan anak mcm tu..

Cikda said...

memang serem bila kena ulang ambik darah.. tapi bila tgk dia dah berselera tu..insyaallah dah nak sembuh la tu..

Norma NML said...

Ye la Cikda, kesian tengok dia..dgn muka cuaknya..baru 5 hari dah turun 1.5kg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...