Friday, November 29, 2013

Dinner @Mr Kabab & Biryani Putrajaya ☺



Ptg semalam teman en hubby iftar di Mr Kabab & Biryani yg terletak di Presint 15 Putrajaya...ala sebaris dgn Bank Rakyat tu , knpa kami pilih kat situ ?? 1stnya sbb en hubby nak makan nasi mandy & yg menguatkan lagi sebab me dah lama teringin sgt nak makan Roti Nan Cheese.Kebetulan ank bujang me still kat kg, so kami take advantage la coz tak tahu knpa setiap kali kami ckp nak mkn nasi arab dia refuse to go..tu la psl..

Actually tak byk restoran yg jual RNC ni kecuali di kedai2 mamak.Even masa me dok meng'google tu ada jumpa pin RNC ni..nmpak sedap & geng forumer pun akui sedap tapi sygnya it's mamak's restaurant..


Pic : En Google
Nampak sedap kan..
 Tapi harap maklum so far me memang tak boleh nk makan kat kedai mamak..ckp la apa yg korang suka...berlagak ke, ape ke tapi dah ank tekak ni  memang x boleh nk terima so hrp korang yg ckp2 tu faham ok. But if one day there's no place to eat @ maybe I'm not noticed it mamak's restaurant that will bring me to eat it there... -

Ok2...back to n3..Kita tengok dulu some of the menu yg ada kat sana ye..
Menu2 ada kat dalam ni ..jap kita tgok ye..:-)
Minuman
Minuman lagi..
Selain tu ada lagi menu minuman yg lain tapi itu aje yg sempat me snap..


Yang ni family set 4 persons..kalau kami mmg x berbaloi la.. 
Yg ni utk family 8 katanya tapi for me boleh mkn more person dr tu...:-)
Yang ni individu set..
Yang ni la me dok cari2..dok ngidam selama ni..
Roti Nan..yg ada cheese+garlic tu..:-)

Tandori & Kabab
Yang ni set utk kanak2..oo if yg cmni Naqiuddin suka la kot..
Yang kat ats tu budak..mak budak n bapak budak pun suka..;-)
Amboi dling kemain lagi dok pilih ek..
Dah order..waiter bagi tag ni..kiranya sgla menu yg dah order 
'tercatat' dlm mende ni...nak byr nti bgi je kat cashier
Ada free wifi tapi not function..:-(
so terpaksa la on DP sendiri..
{bkn kezekut ye tp nk safe battery lor}

Ok...dah siap..now tuggu makanan sampai

Ini yg kami order...
Nan Cheese tu harus didepan..hehe
Kurma dorang bagi coz tahu kami nak iftar..
4 biji...2 biji dh slmt dimkn :-)
Alhamdulillah..kenyang..walaupun itu aje yg kami order tapi cukup mengenyangkan. Percaya tak nasi ti kami still boleh share even Nan Cheese tu pun kami makan berdua..Ikut kan en hubby order Mendy Rice Grilled Chicken & my one Nan Cheese+Garlic tapi portion tu agk byk.Next time nak try kabab pula.

Then rushing back coz nak takut terlewat solat maghrib..


Wednesday, November 27, 2013

☀ ☁ ☂ Bila 2 Minggu Dia Kat Kampung ☀ ☁ ☂



Rindu ?? Huhh..yg tu jgn tanya la..mahu tak nye, pagi petang malam mesti me call...hehe. Tapi nak buat camne...lagipun time ni la masanya nak bagi dia spending lebih masa dgn Uwan kat kg. Boleh tolong Uwan...tolong nyibuk...hehe

Kata je dok kg tapi tak la kat kg semata2 kot...Kjp call bagitau ikut Pak Andak*en hubby's younger bro balik rumah mak mertua dia. Last week pula ke Temerloh..rumah adik ipar me. Nasib baik la ada Mak2 Sedara & Pak2 Sedara yg baik hati melayan kerenah ank2 buah.


Pic by my SIL, his Mak Beh..in Temerloh.
{thx Yan for pic..:-)}
Macam hari tu ikut Pak Teh*also en hubby's younger bro nya ke Kuantan yg kebetulan ada meeting kat sana. He bring his family & Naqiuddin as well . Apa lagi happy la dia...ada geng...kejap happy2 gurau..kejap diusiknya cousin. Kdg2 risau jgk kot dia melasak..kesian dgn Mak Teh dia nanti tapi alhamdulillah dia kata ok je..nakal sikit tu biasa la budak2. 


Wif them...
{Thx to biras me Aisyah..pic frm her FB }
Still wif them ..swimming time...
{ pic dr FB biras me }
Terima kasih sgt2 buat Ain*adik ipar me yg bongsu coz willing melayan dia hari2  especially bila Uwan takde*my MIL ni aktif dgn persatuan  kat rumah ...sbr melayan makan minum ank buah dia tu.Risau juga kot mengganggu Ucu nya yg tgh busy dgn STPM tu but she said he ok2 je. 


Pic by youngest SIL, his Ucu Ain...
katanya bawa bdk besar main jongkang jongket..
{thx adik Ain for pic :-) }
Pagi tadi he text me, ooo..rupa2nya ikut Uwan ke Surau berdekatan sebab ada Majlis Asyura. Since Ucu Ain takde kat rumah coz exam for last paper hari ni terpaksa la dia ikut Uwan.

Tak sabar nak tunggu Friday...nak balik fetch dia...rindu sgt2 wooo...:-)

p/s : Family is the closest & the beautiful thing you have in your life...care about them and love them..:-)
Love both family side so much..Klate+Pahang

Saturday, November 23, 2013

Diibaratkan Macam Ni...Si Kucing Ni..◕‿-



Inilah gambarannya bila perlu bekerja hari Sabtu...bukan mengeluh..bukan merungut..tapi perlu ke bersikap hipokrit ??..hmm..kdg2 perlu kot...ala..korang pun kdg2 gitu juga kan..;-)..hehe

Tambah pula kat luar sejuk
Kemalasan melanda ..hmmm
Bila dah malas semuanya pun x okey...tapi ada sebabnya
Jalan pun lengang jer...ade je alasan kan :-)
Pastu singgah kat Asam Pedas sekejap ...breakfast dgn en hubby tercinta....
{yang ni realiti yer bukan gambaran}


Pagi2 dah melantak Pulut Kuning...sebenarnya
 ngidam nak makan Pulut Ikan Masin tp belum siap msk
Semalam dah balun semua
Outstanding pun dah beres pagi tadi..
Haish..Bosses semua boleh x dok diam2 kt tempat masing2...
erghh nsib baik kalau tak me dah 'tercuri' wktu keje..heee

Haa..ini namanya menipu..camne tu..ini rezeki yg dicari tau tak
Ohh..NONONO
Penantian satu penyiksaan woooo..
Nak lunch pun tak selera tau...hahaha
.x selera la sgt pdhal perut masih kenyang melantak pulut pgi tadi.

After tengok my member depan busy..so terbaik hati la pulak...
~ Back to gambarannya ok ~..





Amboi boi..laju jer ye..:-)
Ok...pelan2 yer..

Ok...tamat sudah cerita si kucing...hahaha...kucing la sangat...hey si Norma mengaku aje laa...the cats is the mirror of what u feel since morning till now..hmmm...iyerr ????


YER LA YER LA..haish..kecoh jer...

Apa2 la..sekarang me nak sambung keje..bell 12.30 dah bagi warning..haha..macam baik jer..macam amanah jer...macam betul jer..;-)

p/s : Seboleh mungkin cuba mengelakkan mendapat rezeki yang 'curi2'...bukan mencuri tu tp curi waktu kerja yg free..hehe
Mood ~ Rindu banget sama dia..My Lil Hero..:-(

Thursday, November 21, 2013

Innalillah...Mulianya Hati Dia {Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)}



Al fatihah...



'Pergi'nya seorang anak muda yang berhati mulia...seorang pejuang Islam zaman moden..Semoga Allahyarham Ahmad Ammar tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang bertakwa dan beramal soleh.

Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam



Baru semalam me terbaca kisah Allahyarham Ahmad Ammar ni...mula2 tertanya2 juga kenapa la Allahyarham begitu dikenali dan disayangi kat sana. Malah me tak pernah dgr pun pasal Allahyarham sebelum ni... Mula la me dok meng'google cari pasal kisah Allahyarham Ahmad Ammar..nak juga tahu apa istimewanya...pastu terjumpa kisahnya di blog Ustaz Hasrizal ni... Rupa2nya...Allahuakbar..Subhanallah...betapa besar cita2nya sebagai mujahid Islam..yg bercita2 utk mati syahid...

Conversation terakhir dgn kakak arwah, Nabila
No more words to describe & to say....Allahuakbar... 


'Pemergian'nya yang tidak diratapi oleh kedua ibubapa Allahyarham sebab mereka redha dan tahu perjalanan hidup anak mereka selama ini macamana. Kata org sejuk perut ibu mengandung...

Redha dengan pemergian anak lelaki tuggal mereka
Pada yg belum berkesempatan baca pasal anak kepada bekas Presidin ABIM ini dan tak tahu lagi siapa arwah yg sebenarnya, cuba baca petikan di bawah ini...kenapa dia disayangi ramai terutamanya rakyat Turki.


Petikan Haji Amidi Abdul Manan
{Presiden ABIM}

" Salam

Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah,sahabat kita saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang  merupakan anak kepada Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul,yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Alllahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Haji Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh PenciptaNya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang 'menyerahkan' kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.

Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara didepan ramai. Pandai menempatkan diri ditengah khalayak, Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika perjuangan,di takdirkan ALLAH, jasad mu juga bersama pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayub al-Ansari, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh.In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul. Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayub Al- Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur diketuai Hoca Said Nori, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoca Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Hayrat turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat insani Yardim.

Perancangan Allah SWT.

Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'anhu.

Al-Fatihah untuk Allahahyarham.

Salam.

HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM. 


p/s : semoga lebih ramai anak muda yg berjiwa seperti Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Tuesday, November 19, 2013

Kecoh Remaja Hilang di Villa Nabila Tapi...



Kalau tak silap me dah 2 hari kecoh pasal kehilangan seorang remaja lelaki, Mohamad Izaat Izzudin bin Hussin di Villa Nabila. Pastu timbul macam2 spekulasi pasal villa tinggal tu. Kononnya villa tercatat dalam senarai Villa berhantu la bagai.


Ini la Villa Nabila tu..


Remaja yg konon hilang kat villa tu..kesian Villa tu x psl2 terlibat
Pic : En Google
 Hmm..mcm2, kot ada pun 'mende' tu pun makhluk Allah..yg korang dok sibuk kacau dan 'cabar' mende tu kenapa. Dah tak ada keje lain lagi berfaedah ke nak buat. Pastu tup2 pagi tadi terbaca dalam blog abg Mazidulakmal yang budak tu dijumpai menyorok di Flat Desa Mutiara ,JB. Skrg ni tengah disoal siasat dek polis di Balai Polis Dato Onn. Haaa..ape cerita sebenarnya ??? 

Walaupun dipercayai remaja itu sebenarnya memang ke sana selepas menonton filem Highland Tower bersama sekumpulan remaja lain kononnya nak merasa sendiri macamana suasana mistik , then tak balik rumah hinggalah keluar news,sebab dia takut kena marah dgn maknya so bermalam la kat rumah kawan.Hmm.. macam2..tapi x payah la nak kecoh buat spekulasi kot,..kita tunggu apa jawapan remaja tu nanti ok...lagipun kita tak tahu cerita cerita yg sebenar2nya kan?..Allahualam bissawab.. 

Terjumpa video pasal Villa Nabilla kat youtube

Tengok la sendiri yer..

Karang ada la producer yg nak buat cerita pasal Villa Nabila ni..mcm cerita Highland Tower tu...hmm..dok fikir nak tgok cerita HT tapi kena la tunggu waktu siang..bak citer serem ni paham2 aje la..hehe..

p/s : kalau benar ini unsur mistik kita boleh nk ckp apa2 but ingat ye anak2 besarnya dosa kita even setitis sahaja airmata ibu mengalir akibat perbuatan buruk kita. INGAT TU..

Rindu Dia...❤



Cuti sekolah dah mula, dilema ibu yg bekerja macam me ni...bila cuti pjg je dok fikir mana nak hantar anak. Nak hantar nursery, dia dah besar...nak tinggal kat rumah sorang, eerrr tidak sekali kali...banyak yg me fikir tau especially keselamatan dia.

 Dah le cita2 jadi saintis ...otaknya pula kreatif sikit ,suka repair itu ini... rajin ke dapur pun ada..hehe nanti macam2 dia reka & dia buat ...tak bahaya takpe krg disambung wayar itu ini.hisshh bahaya .Pernah sekali tu dia guna bateri terpakai, disambung wayar ntah camne boleh hidup mentol tu..ummi dia ni pun tak reti tau. Conclusionnya belum masa utk tinggalkan sorang2 sebab tanggungjawab kami menjaga keselamatannya.

So macam biasa dalam seminggu dua cuti sekolah terpaksa la kami hantar dia ke kg. Dan for sure kg en hubby sbb MIL masih sihat dan rajin nak melayan dia, lagipun Naqiuddin quite close & manja dgn MIL. Dia pula memang seronok bila kat sana coz boleh main dgn cousins .

Tengok tu dok mengecat pasu bunga Uwan
kan dah ckp dia memang rajin..hahaha
 Nampak tu...malam tadi Mak Andaknya share pic dia dgn cousin sisters kat kg..suka la dia dpt buat aktiviti macam tu. Kalau kat sini ..hmm..faham2 aje la..

Baru berapa hari me dah rindu dia...pagi & malam wajib call..hehe..lambatnya 30hb..

p/s : Terima kasih sgt2 mak sbb tolong jagakan permata hati kami.

Monday, November 18, 2013

Aeon Big Member Card...



Post tertunda, nak cerita sikit pasal Aeon Big Member Card ni...masa kami ke Alamanda tu dorang ada buat promotion utk apply member card . Lupa pula nak bagitau, utk yg belum tahu tu Carrefour kat situ dah takde ye..sekarang management baru yg ambik so dah tukar kpd Aeon Big .

Masa kami  pegi tu dorang gigih suruh isi form, isi aje la bukan bayar pun...kalau ikutkan promoter tu ckp nak renew pun tak payah bayar tapi me tak sure sgt. Nak tahu detail boleh refer kat sini


Dah isi form ini yang me dapat..
Ini la rupa cardnya..
Kalau dibaca dia punya syarat2 pembelian dan macamana nak earn point tu rasanya lebih kurang tesco card kot. Tapi terus terang me cakap, jarang sekali me nak shopping groceries kat carrefour dulu...brg2nya agak mahal compare to others...bila ada sale aje baru murah sikit. Kalau ada yg ckp me ni kedekut ,nak habaq sikit.. bukan kedekut tapi kita kena bijak berbelanja..bygkan kalau harga brg beza 50 sen ke rm1.00, kalau 30 brg dah untung brp ? So fikir2kanlah...

Percaya tak kdg2 pasaraya yg kecil lagi murah harganya..contohnya Pasaraya Billion & Pasaraya Millennium. Tapi sekarang ni me prefer to Speedmart 99 ..:-). Cuma kdg2 groceries kat situ terhad, bila takde baru la look for others kan. Tapi semua tu terpulang pada masing2, bajet masing2, so pandai2 la pilih cara dan tempatnya utk kita berbelanja. Lagipun sekarang ni semuanya pakai duit. Yes..definitely money is not everything but living nowadays money is important ..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...