Monday, November 11, 2013

Dirgahayu Tuanku..Sultan Muhammad V {Tuanku Faris Petra}




Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yg ke 44 buat Tuanku...Semoga Allah panjangkan usia Sultan kami agar terus menerajui tampuk pemerintahan negeri Kelantan Darul Naim. Me bangga sebagai anak negeri berdarah Kelantan walaupun sudah lebih 15 tahun menetap dan mencari rezeki dinegeri orang. 

Semoga Allah merahmati dan sentiasa menunjukkan jalan yang lurus dan benar buat Tuanku untuk terus memerintah negeri Kelantan berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya. Mudah2an Tuanku dijauhi dari hasutan dan anasir2 jahat yg boleh memesongkan akidah & kepercayaan agama Islam.




Bangga sangat2 sebab dinaungi seorang pemerintah yang berjiwa rakyat dan sgt humble...seorang pemerintah yang zuhud...tidak sombong malah selalu mengunjungi dan merujuk kepada para ulama dan ilmuan negeri. Suka sgt bila baca paper tabloid bagaimana Tuanku sanggup mencemar duli menziarah rakyat yang sakit & menghulurkan sumbangan...:-) 

Jom kita layan gambar2 Tuanku hasil dari meng'google' yang buat me rasa bangga dan terharu sangat..


Mencemar duli melawat rumah mangsa kebakaran
Melawat dan memberi sumbangan kpd keluarga mangsa lemas di Bachok


Sanggup mencemar duli ke rumah pesakit ini
Melawat pesakit di hospital
Melawat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Menghadiri majlis gotong royong
Menziarahi pemuda OKU & menyumbangkan sebuah rumah yg
selesa utk pemuda tersebut.
Mengunjungi ulama dan para ilmuan negeri
Menghormati ulama
Seorg yg zuhud..hanya berselipar croc
Melawat kampung
Mengimamkan solat hajat

Ok..omputih ckp picture says thousand words..so tengok dan nilai sendiri yea.....hmm tunjuk pics yg baik2 aje...Of course sbb itu yang selalu rakyat Kelantan nampak and I'm proud with that.  Nanti krg ada pula yg ckp kalau baik takkan jadi anak derhaka. Itu me tak nak ambik tahu..itu hal dalaman dan family baginda so kita tak tahu hujung pangkal better senyap...

Apapun kita sebagai rakyat doakan yang terbaik untuk Tuanku dan keluarga.





p/s : Bestnya Kelantan cuti 2 hari sempena Hari Keputeraan Sultan



4 comments:

Khamsi Abdullah said...

Semoga dipanjangkan umur baginda dan meneruskan pemerintahan yang mengutamakan Islam dalam pentadbiran. Rasa bersyukur dikurniakan sultan macam baginda.

Norma NML said...

kan Khamsi..alhamdulillah :-) ..

Zamani Abe said...

Salam~ Thanks sebab datang singgah ke blog Zam.. Apapun ada pembetulan pada info yang Zam kongsikan tentang cool fever tadi ~ Sorry sangat2! Jemput singgah entri Zam yang terbaru : Pembetulan JANGAN Tampal Cool Fever Di Dahi Anak

Norma NML said...

Ok Zam..akak dah baca pembetulan tu semalam..btw thanx for sharing..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...