Thursday, November 21, 2013

Innalillah...Mulianya Hati Dia {Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)}



Al fatihah...



'Pergi'nya seorang anak muda yang berhati mulia...seorang pejuang Islam zaman moden..Semoga Allahyarham Ahmad Ammar tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang bertakwa dan beramal soleh.

Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam



Baru semalam me terbaca kisah Allahyarham Ahmad Ammar ni...mula2 tertanya2 juga kenapa la Allahyarham begitu dikenali dan disayangi kat sana. Malah me tak pernah dgr pun pasal Allahyarham sebelum ni... Mula la me dok meng'google cari pasal kisah Allahyarham Ahmad Ammar..nak juga tahu apa istimewanya...pastu terjumpa kisahnya di blog Ustaz Hasrizal ni... Rupa2nya...Allahuakbar..Subhanallah...betapa besar cita2nya sebagai mujahid Islam..yg bercita2 utk mati syahid...

Conversation terakhir dgn kakak arwah, Nabila
No more words to describe & to say....Allahuakbar... 


'Pemergian'nya yang tidak diratapi oleh kedua ibubapa Allahyarham sebab mereka redha dan tahu perjalanan hidup anak mereka selama ini macamana. Kata org sejuk perut ibu mengandung...

Redha dengan pemergian anak lelaki tuggal mereka
Pada yg belum berkesempatan baca pasal anak kepada bekas Presidin ABIM ini dan tak tahu lagi siapa arwah yg sebenarnya, cuba baca petikan di bawah ini...kenapa dia disayangi ramai terutamanya rakyat Turki.


Petikan Haji Amidi Abdul Manan
{Presiden ABIM}

" Salam

Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah,sahabat kita saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang  merupakan anak kepada Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul,yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Alllahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Haji Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh PenciptaNya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang 'menyerahkan' kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.

Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara didepan ramai. Pandai menempatkan diri ditengah khalayak, Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika perjuangan,di takdirkan ALLAH, jasad mu juga bersama pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayub al-Ansari, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh.In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul. Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayub Al- Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur diketuai Hoca Said Nori, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoca Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Hayrat turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat insani Yardim.

Perancangan Allah SWT.

Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'anhu.

Al-Fatihah untuk Allahahyarham.

Salam.

HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM. 


p/s : semoga lebih ramai anak muda yg berjiwa seperti Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

3 comments:

nik ros said...

manusia hebat.ptt la di sayangi kan.tapi Allah lagi sayang.Al-Fhatihah

Norma NML said...

@nik rosbetul tu...seronok baca kisah Allahyarham..sejuk perut ibu mengandung :-)

~~AzaLea~~ said...

Alfatihah..

Alhamdulillah arwah dapat menjadi antara insan terpilih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...