Tuesday, November 19, 2013

Kecoh Remaja Hilang di Villa Nabila Tapi...



Kalau tak silap me dah 2 hari kecoh pasal kehilangan seorang remaja lelaki, Mohamad Izaat Izzudin bin Hussin di Villa Nabila. Pastu timbul macam2 spekulasi pasal villa tinggal tu. Kononnya villa tercatat dalam senarai Villa berhantu la bagai.


Ini la Villa Nabila tu..


Remaja yg konon hilang kat villa tu..kesian Villa tu x psl2 terlibat
Pic : En Google
 Hmm..mcm2, kot ada pun 'mende' tu pun makhluk Allah..yg korang dok sibuk kacau dan 'cabar' mende tu kenapa. Dah tak ada keje lain lagi berfaedah ke nak buat. Pastu tup2 pagi tadi terbaca dalam blog abg Mazidulakmal yang budak tu dijumpai menyorok di Flat Desa Mutiara ,JB. Skrg ni tengah disoal siasat dek polis di Balai Polis Dato Onn. Haaa..ape cerita sebenarnya ??? 

Walaupun dipercayai remaja itu sebenarnya memang ke sana selepas menonton filem Highland Tower bersama sekumpulan remaja lain kononnya nak merasa sendiri macamana suasana mistik , then tak balik rumah hinggalah keluar news,sebab dia takut kena marah dgn maknya so bermalam la kat rumah kawan.Hmm.. macam2..tapi x payah la nak kecoh buat spekulasi kot,..kita tunggu apa jawapan remaja tu nanti ok...lagipun kita tak tahu cerita cerita yg sebenar2nya kan?..Allahualam bissawab.. 

Terjumpa video pasal Villa Nabilla kat youtube

Tengok la sendiri yer..

Karang ada la producer yg nak buat cerita pasal Villa Nabila ni..mcm cerita Highland Tower tu...hmm..dok fikir nak tgok cerita HT tapi kena la tunggu waktu siang..bak citer serem ni paham2 aje la..hehe..

p/s : kalau benar ini unsur mistik kita boleh nk ckp apa2 but ingat ye anak2 besarnya dosa kita even setitis sahaja airmata ibu mengalir akibat perbuatan buruk kita. INGAT TU..

4 comments:

MizzTina said...

kesian kt mak dia..siyesli..

Norma NML said...

@MizzTinaBetul tu Tinn..kesian kat mak dia, for sure malu coz dah kecoh satu Malaysia..mudah2an ank2 kita dijauhi dari mende2 camni..nauzubillah..

Cikda said...

la.. gitu ke kisahnya.. mula nak kesian, pastu rasa geram pulak.. tu la budak2 nih kadang tak panjang akal..

Norma NML said...

@CikdaHmm..yg kesiannya mak dia la..famili dia mesti malu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...