Monday, December 16, 2013

♨Masak2 On Weekend.. Tauhu Goreng Sumbat..Pengat Durian..。◕‿◕。



Bila cuti dan tak ke mana2...ye la..nak ke mananya kalau en hubby keje...idak gitu.. Dan pesennya me ni memang tak suka nak dok diam..cewahhh..macam la rajin sangat kan. Eh..betul apa..chek*my mum selalu cakap kecik2 dulu me memang rajin..Alhamdulillah berkat doa*kata2 seorg ibukan satu doa. chek dan kata2nya tu menjadikan me bukan lah insan yg malas ke dapur ok..hehe

Sabtu tu buat Tauhu Sumbat...first time buat coz teringin nak makan yg bersos bagai di ptg hari. Tersgtlah senangnya. Nak buat x sampai sejam pun.

Tauhu Sumbat & Sos Cili Merah

Bahan2 :
Beberapa keping tauhu
Mentimun*
Lobak Merah aka Carrot*
{Bahan '*' disagat kasar}
Sedikit taugeh

Cara2 :
Goreng tauhu hingga perang, jangan sampai garing nanti keras tak sedap lor. Pastu belah dua jadi bentuk segitiga.Kemudian belah  'isi perut' tauhu tu, pastu boleh la sumbat mentimun, carrot & taugeh. Haa..kan dah siap..Now kita tengok camne nak buat sos.

Sos Cili Merah
Bahan2 :
5 biji cili merah
1/2 biji tomato
3 ulas bwg putih
Sedikit cuka @ perahan limau nipis
1 sudu besar sos tomato
Gula & garam secukup rasa


Cara2
Kisr semua bhn2 tadi, kemudian masukkan dalam periuk. Masak hingga mendidih & biarkan sos menjadi pekat.Sebelum tu masukkan garam & gula secukupnya serta cuka tadi. Kalau nak boleh juga tambah sedikit tepung jagung utk pekatkan sos.




Ok..next menu Pengat Durian aka Bubur Durian, niat asal beli durian sbnrnya nak makan pulut durian ala Kelantan...macam kat bawah ni..


Masih teringat2 lagi kat Pulut Durian ni..hmm nak kena repeat ni..;-)
Tapi di sebabkan en hubby tak suka sgt yg mcm ni so isteri tersyg ni mana la sampai hati nak biarkan en hubby makan dgn kurang berselera kan...nanti makan x bertambah pulak...hehe.

Pengat Durian @ Bubur Durian

Beberapa ulas durian
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
2 helai daun pandan
Gula merah
Gula
Garam



Cara2 :
Senang sangat..masukkan semua bahan2 tadi ke dlm periuk..kacau hingga mendidih..rasa manis masinnya..dah agak pekat kuah tu boleh la angkat. Nak bagitau sikit..if nak buat pengat durian ni santan tak perlu pekat sgt kot coz kuah tu nanti automatik jadi pekat bila isi durian tu dah sebati dgn kuah..sebati? Fhm2 je la..me pun tak tahu nak guna perkataan apa..Hasilnya..

  


Dah siap..lupa nak snap pics pengat durian dgn pulut..dah selamat en hubby makan bertambah2...hehe..

6 comments:

MizzTina said...

klu sy masak semua ni kak, sy sorang je yg mkn..

Norma NML said...

@MizzTinaHaa...jgn nak buat2 nanti kena tegur dgn nurse tu lagi :p

ZalinZalina said...

Kak ina kan kuih lain semua pandai buat tapi pengat durian tak reti sampai sekarang..kalau sendiri buat tak sedap..he he...

nurbijen said...

sedap tauhu sumbat, tapi anak2 dan hubby mmg tak layan...
Pulut durian pun menggoda.. sedap juga layan durian sejuk2 ni :)

Norma NML said...

@ZalinZalinaKak Ina, sya belasah jer..janji hubby ckp sdp..hehe..masa kat kg dlu bila musim durian mmg selalu buat..setiap kali arwah ayh bw balik durian dr dusun kita tak miss makan pulut durian n pengat ni..:-)

Norma NML said...

@nurbijensama la..ank x suka tp nasib baik hubby mkn..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...