Sunday, December 8, 2013

♨Pulut Kuning & Rendang Ayam Utk Dinner♨



Nak menghabiskan stok beras pulut yg me beli utk masak Pulut Nyor hari tu. Simpan lama2 karang muncul pula serangga kecik yg warna hitam*x tahu nama apa tp klau Kelantan paggil ubuk2  tu . Atas persetujuan 2 org hero kat rumah tu so petang tadi menjadi la si Pulut Kuning, pastu makan dgn rendang ayam.

Resepi Pulut Kuning  
1/2 kg beras pulut 
{dibasuh dan rendam selama 20 minit bersama pewarna kuning*me tmbh sdkit serbuk kunyit & 2 keping asam gelugur }
1 cawan santan pekat
{dicampur sedikit grm - jgn byk sgt..jz masin2 manja jer..hehe}
3 helai daun pandan
{resepi sbnr ada tp me x ltk coz xde stok kt rumah}

Cara2 :
Panaskan pengukus, dan kukus pulut hingga keluar wap kt tepi pengukus. Angkat , masukkan dlm bekas dan masukkan santan tadi sedikit demi sedikit sambil kacau coz nak bagi santan tu mesra dgn pulut. Kemudian kukus lagi selama 15 minit @ sehingga wap keluar.


Pulut dah siap :-)

Then masak Rendang Ayam yg me rasa sgt simple but tasty...hahaha.. x malu puji diri sendiri kot. Itu namanya motivation utk diri sendiri ok..yg penting 2 org kesayangan me suka.

Resepi Rendang Ayam Simple
1/2 kg ayam
{kalau nk msk byk kena double triple la segala bhn2 tu ok}
2 cawan santan pekat
1 inci halia*
3 btg serai*
4 ulas bwg putih*
1 1/2 labu bwg merah*
1 senduk cili giling - if nk pedas boleh ltk lebih 
2 keping asam gelugur
2 sudu kerisik
3 helai daun limau purut - dimayang halus
1 helai daun kunyit - dimayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula utk balancekan rasa.

Cara2 :
Masukkan ayam yg telah dibasuh & dibersihkan tadi dalam kuali,rebus hingga ayam kecut. Angkat ayam dan ketepikan. Masukkan bahan2 '*' yg telah dikisar dalam kuali yg ada minyak ayam tadi hingga naik bau..pastu masukkan cili giling tadi...kacau hingga mendidih. Then masukkan santan. Apabila santan mendidih masukkan ayam, garam dan sedikit gula. Masukkan garam sedikit dahulu sbb takut bila kering nanti rendang akan jadi masin. Bila kuah agak pekat masukkan kerisik, asam, daun limau purut & daun kunyit tadi. Masak sehingga  kuah menjadi pekat dan kering .Kalau nak berkuah boleh la lebihkan santan.
~Tapi kalau korang guna ayam pencen tu sukatan santan mesti dilebihkan, ataupun rebus terlebih dahulu hingga ayam empuk~


Haa..tu dia rendang Ayam 

Dah siap..senang sangat kan...seronok sebenarnya memasak kalau apa yg kita masak tu dihargai dan dimakan berulang kali oleh penghuni rumah. Penat pun tak terasa. Kan3 ;-)


Inilah hasilnya ..memasak di petang hari minggu

Tambah seronok bila si anak makan berulang kali...alahai makin chubby la anak ummi..;-)


2nd time Naqiuddin makan pulut kuning
cicah susu..

Alhamdulillah atas rezeki yg Allah swt bagi pada kami hari ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...