Wednesday, January 1, 2014

♨ Nasi Kerabu Biru Klate♨



Bestnya cuti pjg...ada masa terluang camni la me nak menyibukkan diri ala2 masterchef yg tak master gitu...Hmm...tak jadi MC pun tak per janji isi rumah suka dan makan bertambah. Itu dah cukup buat me rasa happy.

Seiously seumur hidup me, ini la 1st time me masak nasi kerabu sendiri. If masa bujang dulu pernah la tolong nenek & chek masak utk family. Sebenarnya dah lama nak masak NK tapi tertangguh aje dek kerana nak keaslian warna biru tu. Mana la nak cari bunga telang..dok cari kat pasar basah takde..psr mlm @ psr tani lagi la takde. Nak harap yg ditanam ..hmm..baru panjang 2 jengkal pokoknya. Lastly me beli pewarna biru tulen..habis cerita..hehe


Nampak x yg dlm circle tu...True Blue
Untuk Nasi Kerabu Biru
Beras - seberapa banyak yg kita nak masak
Pewarna Biru { True Blue}
Beberapa helai daun pandan
Air secukupnya


Nasi Kerabu Biru
Cara masak nasi senang sangat..masak nasi macam biasa cuma letakkan beberapa titik colouring True Blue tu dan masukkan daun limau purut. Tekan rice cooker & tunggu aje nasi tu masak...senang kan..

Untuk Kuah Tumis
2 cawan santan
3 ulas bwg putih*
5 ulas bwg merah*
1 inci halia*
10 tangkai cili kering*
2 btg serai - diketuk
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa

Bhn2 '*' dikisar, tumis sehingga wangi, masukkan serai kemudian santan. Kacau sehingga mendidih..masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Masakkan kuah sehingga menjadi sedikit pekat. Dah siap


Kuah Tumis
Untuk Sambal Kelapa
1 cawan kelapa di goreng garing
3 ulas bwh merah*
2 btg serai di hiris nipis*
Isi ikan rebus goreng
{me guna 3 ekor ikan}
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk bhn2 '*' hingga lumat. Masukkan isi ikan rebus dan kelapa sedikit demi sedikit dan di tumbuk kasar. Jgn terlalu hancur kelapa goreng tu nanti tak sedap. Masukkan sekali garam dan gula. Lebihkan sedikit gula sebab sambal kelapa ni if takde rasa manis tu kurang sedapnya.Pesan nenelk me, sambal kelapa dan kuah tumis amat penting dan mempengaruhi kesedapan rasa nasi kerabu yg dimakan.

Sambal Cili
10 biji cili api
sedikit cuka makan
garam dan gula secukup rasa

Kisar cili tapi jgn terlalu hancur..kisar ala2 gitu..:-)
Masukkan cuka mkn grm dan gula.

Tumis Budu
3 ulas bwg merah dimyg
1/2 cawan budu

Tumis bwg hingga garing kemudian masukkan budu tadi. biarkan mendidih sekejap. Dah siap.

Daging Bakar
Daging* 
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
Garam secukupnya

Perap daging bersama bahan '*' yang di kisar & garam selama 1/2 jam. Pastu bakar. Dah agak masak tu boleh la angkat. Jangan terlalu lama nanti hilang rasa manis daging tu. Kalau bakar dengan Pemanggang Ajaib Ikan tu cepat je masaknya.
Daging Bakar

Ulam2an
Kacang Botol
Kacang Panjang
Daun kesom
Bunga Kantan
Kobis
Taugeh
Mentimun
Serai daun
{tapi me x jumpa kt psr :(..so kurang power rasanya sbb daun serai ni baunya wangi}

Ulaman tu semua di mayang jgn terlalu halus @ kasar. Agak2 la.

Antara ulaman yg me guna
Beside tu kena la ada keropok ikan..so goreng la keropok ikan dan telur asin.



 Kalau rajin buat la solok. Yg ni me tak buat sebab susah nak cari cili hijau muda tu...pelik ..kenapa kat sini jrg ada..ada yg bagitau cili tu byk kat Thailand sbb tu kat Kelantan senang dapat. Rasanya tak sama dgn cili hijau gelap sbb yg tu tak ada bau maun.


Macam ni la cili solok tu..warna nya hijau muda n kulit sgt nipis
~google~
Yg ni pula cili hijau besar...ada bezakan..
~google~
Tak pe..next time if jumpa cili solok nanti boleh la buat...x susah pun nak buat solok ni.

Finally...inilah hasilnya nasi kerabu me..yg buat pertama kali seumur hidup ini..100% masak sendiri..;-)

V


Alhamdulillah...2 hero kesayangan sukakannya..
tq syg2 ber2 coz always support me 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...