Friday, February 28, 2014

Hidayah Datang Dari DIA...





Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?


Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..

الله أكبر

 سبحان الله


Sesungguhnya beliau adalah antara hamba yang bertuah dan terpilih untuk mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt untuk memeluk agama Islam. Allahu a'lam bissawab..

p/s : Sumber dari perkongsian google :-)

Tuesday, February 25, 2014

PR1MA...Daftar Online...



Semalam terima whatsapp group,wechhat,pm dr kwn2, tak kurang yg bercerita suruh beli rumah, grab la kata dorang..hmm...rasanya cukup lah byr rumah yg kami dah ada skrg kot..belum terfikir lagi nak tambah hutang..hehe

So kpd sesiapa yang nak beli rumah PR1MA



Tapi kena la tengok syarat2 yg telah ditetapkan boleh la daftar online. Ye la dari dok menyewa tu elok juga beli rumah, itu pun kalau harga rumah tu mampu bayar. Senang citer gini la..Sekarang menyewa let say bulanan rm350, tup2 beli rumah*faham2 aje la harga rumah skrg..huhhh dan harga yg dibeli tu menyebabkan korang kena bayar monthly dah rm500 ke atas ke kan..tak pasal2 dah out of bajet

Karang ada pula yang ckp dari membazir bayar sewa tu baik lah beli. Memang..betul sgt...dan faham sgt maksud korang tu. Tapi kena juga fikir kalau rumah yg ditawarkan pemaju harga melebihi rm100k..itu harga minumum rumah yg ditwrkan ~ maksimum 400k ok..telan air liuq la... tolak subsidi yg diberi rm30k  ...paling koman pun bulanan kena bayar lebih kurang rm450-550/month . Utk yg berduit boleh la ckp, tapi me ckp bagi yang kurang kemampuan, kalau yg gaji minimum tu katanya rm2500 dah sah2 la tak cukup lebih2 lagi kalau pakai kereta. Contoh monthly kena bayar rumah{rm450}, kereta{rm400},minyak kereta{rm200-300}, bil2{rm50*paling murah}, belanja brg2 dapur{rm300}, Brg2 basah utk memasak{rm300} ,anak kalau sorang {400-500*tgok la kalau dok nursery pun sorang dah rm300 if yg ada more than that


Ok..itu pun dah berapa..belum lagi kira bayar installment beli brg2 rumah...dah ada yg cakap tak payah la berhutang kalau takde duit. Kdg2 kena fikir setengah benda dah jadi macam keperluan dgn keadaan hidup zaman skrg, nak tak nak mereka terpaksa berhutang. Nak beli cash setiap sen duit for sure ada dalam senarai bajet.

Ok..back to entri, apa yg me tulis tu just pendapat & apa yg me dgr dari stgah rakan2 yg merungut harga rumah mahal, nak beli pun tak berani.
So untuk yang yang berminat dan nak tahu detail tu boleh la refer kat sini  Apapun before apply korang kena aktifkan akaun dulu...register online ok ...so sape2 yg semekin x dek internet tu kena la pandai2 cari cara camne ye...


Stepnya mcm kat pic ni

p/s : Syukur alhamdulillah walaupun rumah kami kecil..yg penting harganya tak membebankan..InsyaAllah ada rezeki n pjg umur boleh buat rumah kt kg..;-)

Sunday, February 23, 2014

Terkejut..⊙^⊙



Semalam ternampak fb wall kawan pos pasal satu kes murtad. At first mcm tak percaya..dah baca istighfar pjg..tertanya knp beliau boleh jd mcm tu.
Pagi tadi terbaca detail ttg beliau...sampai hati dorang dedahkan fb link siblings beliau. For me tak pyh kot..bila tgok link tu speechless...what I know she come from a good family. Dari keluarga yg dihormati. Ayah beliau seorg yg baik dan disegani oleh org kampung.


Gambar koma dipercayai bukanlah beliau kerana 
akaun fb beliau masih aktif..Allahualam


Apapun kita doakan semoga beliau diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Semoga beliau sempat bertaubat dan kembali kepada Islam . Masyarakat tak perlu la membuat tuduhan atau tohmohan kpd kelaurga beliau kerana ini mungkin diluar kawalan mereka. 


p/s : Kpd family Juli S****n...bykkan berdoa dan bersbr..Allah sdg menguji keluarga awk..

Friday, February 21, 2014

Facebook $ WhatsApp..



Semalam kecoh kat whatsapp group pasal Facebook dah beli whatsapp, dek kerana me mmg guna mende ni sejak mula2 pakai android harus la nak tahu kesahihannya. So google, terbaca kat yahoo news.

"Facebook buying messaging app whatsApp for $16B"

Deal...$19B..;-)

Macam beli kat shopping complex je ;-)
Wow !!! (●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)

 Billion ok bukannya million..koya kaya betul Mark Zuckerberg ni . Dah kaya bertambah kaya ..huhh... Cer kita convert dgn duit kita ok...

Huhh..byk betul 0 blkg  tu..
biasa tgok 6 je 0...dah tu 9 0nye
Hehe...mak ai...+-..rm 62,833,000,000.00 billion . So kita just wait & see apa akan jadi. Adakah masih application ni still foc ataupun ada caj yg user kena bayar. Kalau kena bayar, drp membazir why not tUkar aje la kpd others...mcm kat bawah ni...

LINE Yang ni boleh free call & mesej
Kakao Talk..Yg ni pun boleh free call & mesej
ChatOn...free mesej sahaja
WeChat..yg ni bukan aje free mesej
tapi free video call pun boleh
Kan banyak pilihan tu...semua tu pun me pernah try...yg bestnya anicons tu comel2 & macam ada..to express our feeling gitu. Tapi dah lama2 pakai android mcm dah mls nak aktif semua tu...mcm lmbt aje..that's why now me prefer guna whatsApp . 

If cakap pasal kualiti tu biasa la kalau benda dah free, kdg2 ok..kdg2 tak ok..so pandai2 la pilih mana yg terbaik... -



Thursday, February 20, 2014

♨Homemade Roti Titab♨



~ Entri Tertangguh ~
Gara2 Sarapan kat TV3*suka tujuk tempat makan best2 tau..menci..hehe..sanggup me usaha meng'google' cari restoran terdekat yg menyediakan Roti Titab ni. Tapi sayangnya tak jumpa. Nak tunggu balik Kelantan lambat sgt...lagipun me particular sikit bab restoran ni. Sorry to say masa me tgok rancangan tu yg buatnya cau ya nun alif so faham2 aje la..sbb me nampak if tak nampak tu Allahualam...

 Mulanya me tak tahu nama roti tu dan terlupa apa nama Kopitiam yg Sarapan TV3 siarkan..tapi me sanggup msj kat wall Sarapan TV3 coz keinginan yg kuat nak tahu ...hehe



Kata org tua..Kalau hendak seribu daya...;-)
Kopitiam Kita
{Mcm2 menu yg ada kat situ}

Apa yg me baca kat tenet roti ni glamer kat Singapore & Ipoh. Tapi kat Ipoh dorang panggil Roti Telur Goyang. Rupa pun ada sikit beza kot
Senang sangat rupanya nak buat Roti Titab ni ok..:-)

Sekeping roti sandwich
{better guna roti benggali sbb lembut}
Kaya
Sebiji Telur
Butter @ Marjerin

Cara :-
Sapu roti dgn butter & bakar sekejap..angkat
Pecahkan telur 1/2 masak ditgh roti td. Then letakkan kaya disetiap penjuru roti..

Taraa...dah siap ..


1st trial...cukup la satu sorang
Zoom sikit..:-)


Haa..begini la rupanya Roti Titab me yg tak berapa nak comel..hehe
Walaupun x menarik tp 2 org hero kat rumah bagi thumbs up..Alhamdulillah 


p/s : Tapi me still x leh nk terima taste of kaya..dh cuba tapi ank tekak x brp suka...hmm..suka & cinta x boleh dipaksa..ehh..ada kena mengena ke ?..O-O..


Wednesday, February 19, 2014

♂ Jodoh Pertemuan ♀



Since tgahari semalam sibuk dok cerita pasal kes perceraian Erra Fazira dgn Engku Emran. Pagi tadi me tgok newspapers...blogs...fb most of that dok tulis n tweet psl news tu.
25 .10.2007..saat mereka sah bergelar suami isteri
Pic : Google
Bersama cahaya mata mereka Engku Aleesya
Betapa bahagianya mereka masa ni kan
Pic : Google

Mereka disah kan bercerai
semalam 18.2.2014
Pic : Google
Engku Aleesya yg sgt comel dan pintar
Semoga menjadi ank yg solehah
Pic : Google
Hmm...entah la...kdg2 pelik dgn sikap manusia, terlalu taksub dgn kehidupan artis tu satu hal...kalau boleh luar dlm nak tahu. Bila ada je berita yg tak elok ttg dorang...contohnya pasal kes cerai berai, ada la yang pandai pula buat andaian sendiri...mcm2 dialog yg dicipta.

Kesian....me bukan kesian kat artis tu sbb dia sendiri boleh terima dan redha dgn jodoh mereka setakat itu saja. Tapi me kesian sgt dgn manusia yg suka buat andaian sendiri. Cerita tohmohan yg entah betul ke tidak. Ingat...andaian kita sekiranya tak betul dan jadi fitnah. Bila fitnah tu faham2 la ye. Dah tu kena jumpa org tu minta maaf..kot jumpa la kan.

Why not bila dah jadi camtu kita doakan yag baik2 untuk dorang. InsyaAllah mungkin masing2 akan jumpa jodoh yg lagi baik. Lagipun kita tak tahu kehidupan dan masa depan nanti camne kan, hmm krg ada yg cakap.."aku ok aje, keluarga aku bahagia" "eh suami/isteri aku setia, kami tak pernah gaduh", "alah..artis memang gitu". Ingat ye mereka artis dimata kita tapi tetap makhluk Allah yg sama. Perancangan ditgn kita...tapi jodoh pertemuan...ajal dan maut adalah ketentuanNya.Remember,  Allah is the best Planner.

 Jangan bangga diri dgn kebahagiaan apa yg kita ada sekarang.
Yang penting perlunya sentiasa berdoa...meminta pada Dia supaya kita tdk lalai dan  lupa padaNya..semoga hidup kita sentiasa diberkati, dijauhi dari perkara yg tdk baik dan dikurniakan kehidupan yg bahagia dunia akhirat. InsyaAllah.

Tuesday, February 18, 2014

Ingatan Seorang Teman..♀ ♥



Pagi tadi terima satu parcel..telekung travel dari seorang kawan lama. Ex schoolmate me masa kat SMK dulu. Padahal dekat je klau nak pegi ambik coz kat Nilai aje tapi kekangan masa tu tak mengizinkan. Btw thanks Eina for this lovely telekung. She bought ths when she was on holiday in Bandung tht day ..yeayy..bertambah koleksi telekung travel me..senang nak bawa kemana2.


Terima kasih teman atas ingatan
Nice...I like ;-)

Harga ??? Mahal atau murah bukan ukuran, keikhlasan dan tanda ingatan itu yg penting...^◕‿◕^..

Monday, February 17, 2014

Tahniah Adik..It's A Boy..♂



Alhamdulillah...semalam 16.2.2014  bersamaan 16 RabiulAkhir 1435H tepat 7.35 pagi, adik bongsu me Nor Syida selamat melahirkan baby boy. Bestnya nanti sambut anniversary dah bertiga.. 


Kasih ayah..
Sorry ye adik..x dek pic dgn adik  nak upload

Kepada Adik n Lan 
Welcome to the Parenting World . Semoga semakin kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan sebagai parent. Tak semudah yang kita lihat. Yang pasti anak adalah anugerah & amanah dari  Allah yg tidak ternilai... didik lah dia kearah jalanNya semoga menjadi seorang muslim dan anak yang soleh. InsyaAllah.





Kepada Baby Comel
*Tak sabar CikMa nk tengok kamu;-)*
Walaupun tak pandai baca lagi*krg dh ckp baby kan x pandai baca lagi..CikMa tetap nak buat dedication ni..Selamat datang ke dunia khalifah kecil yg comel & mungil..:-). Semoga KN*nama tak rasmi :-) membesar menjadi seorang anak yang soleh, membesar dgn sihat, bijak & pintar,  taat & berbakti kepada ibu bapa . Selamat menjalani kehidupan didunia yang nyata dan penuh dgn ujian. InsyaAllah dgn didikan KN akan menjadi anak taat dan soleh.


Assalamualaikum KN..;-)
p/s : Kelahirannya mengingatkan ku pd arwah ayah..yg pastinya sgt gembira setiap kali menyambut kelahiran cucu baru..miss ayh so much..semoga ayh sentiasa tenang di 'sana'..:(..
Maybe kelahiran KN juga one of the reason kekuatan chek untuk cepat sembuh..InsyaAllah..

Friday, February 14, 2014

Bersedekah Dengan Keikhlasan.





Bersedekah...Sebenarnya adalah perkara yang paling senang dan banyak kebaikannya. Tapi susahnya nak buat...padahal tak perlu banyak pun..10 sen..20 sen..waima sekeping roti pun dah kira sedekah. Tak perlu la nak tunggu ada duit yang banyak, tak perlu tunggu ada pihak yg minta sumbangan, tak perlu tunggu ada liputan khas baru nak menderma. Semua tu hanya satu kerugian. Ruginya kita menderma jikalau derma itu tidak ikhlas...takut pula dosa yang dapat  disebabkan riak.

Wahh..bukan main mukaddimah tu..hehe. Dah tu ada la yg kutuk me karang. Takpe, tak salah kita nak share sesuatu yg baik. Since chek tercinta sedang sakit, En hubby always remind me, "bersedekah..bersedekah..banyakkan bersedekah dan niat supaya sedekah tu dapat mengurangkan serta menyembuhkan sakit chek". Dah ada pula cakap "tak pernah bersedekah la tu"..ehhh..bukan gitu..takkan me nak cakap kut..yg tu antara me dgn Allah swt. Cumanya en hubby pesan tu sbb afdalnya diiringi dgn niat.

Korang pun tahu kan bersedekah tu adalah amalan sunnah Rasulullah saw. Malah baginda pernah bersabda :-

" apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,doa anak yang soleh ,ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah."


Kadang2 bila ke Pasar Malam atau kaki lima ke, kita ternampak orang minta sedekah, dalam hati akan terdetik "alaa ni mesti sindiket, ada la tu yang hantar dorang ni untuk mengemis". Ok, memang tak dinafikan adanya sindiket2 yang menggunakan kanak2 & OKU demi kepentingan mereka. 


Tapi itu antara dia dgn Allah swt,kita tak perlu susah2 nak jadi hakim.. apa kata mulai hari ini sekiranya ada dan mampu, tak banyak sikit pun tak pe..tak semestinya wang ringgit..mungkin makanan ataupun minuman. Yang penting niat kita untuk bersedekah. Kerana kita tidak akan di tanya kenapa kamu bersedekah tetapi kita akan ditanya kenapa kamu membiarkan dan melihat sahaja saudara kamu yang memerlukan. Allahuakhbar..semoga sentiasa dibukakan pintu hati kita...diringankan tangan menghulur..diberi keikhlasan hati untuk bersedekah. 

p/s : jz nak share petikan satu hadis 
 ~ ubatilah orang sakit diantara kalian dgn sedekah~
hadis Riwayat Abu Daud

Tuesday, February 11, 2014

Istimewanya Negeri Kelantan..^◕‿◕^



Entri hari ni ...something yang sudah basi kot...tapi me tetap nak juga story mory kat blog suam2 kuku ni...Sebab ??? Sebabnya me bangga dengan negeri Klate..hehe.



Kalau nak cerita keistimewaan dan uniknya negeri Kelantan ni memang tak habis, hmm..karang ada pula yg cakap..ye laa..dah negeri dia, memang la puji,semuanya elok...eh2..silap tu , bukan negeri me tapi tanah negeri tempat kelahiran me dan ibubapa me.. adik2 beradik me dan juga putera me..hehe. 

Sebab tu me selalu tulis pasal Kelantan. ;-). Tapi seriously me tak suka pada manusia yg suka bagi pandangan negatif tentang negeri Kelantan, Be there first then only judge it. Kdg panas tau telinga ni bila org kutuk..org Kelantan tu memang gitu..cakap je negeri Serambi Mekah tapi orgnya..bla bla bla...haa..mcm tu la lebih kurang. 


Hellooooo...itu individu ok, mana2 pun ada manusia yg jahat...pokok pangkalnya individu...*hehe..bold supaya ada yg x fhm tu faham

Ok..back to n3...orang Kelantan ni sebenarnya pemurah. Contoh ye..me pergi ke Pasar Kok Lanas masa balik kg baru2 ni. Sebenarnya dah banyak kali tapi kali ni terfikir nak buat entri. Apa slhnya kita kongsikan sesuatu yg baik, lagi bagus dari dok canang citer buruk org kan..;-). 


Nampak tu...asalnya nak beli kembung 4 ekor..nk bakar tawar..hehe
pastu dia bagi ikan selar 2 ekor free.

Pastu me beli pula petai...murah tau 3 ikat 2 hinggit je..kalau kat KL 4 ikat 5 hinggit tau.


Tu dia..dah beli petai diberi percuma cili api tu
Mcm tau2 je nak cicah dgn sos bilis budu..hehe
Then masa on the way balik ke KL tu sempat la me singgah kat gerai yg jual nasi dan kuih muih...huhh..menggugat nafsu betul...eh nafsu makan la jgn slh fhm plk. Mcm2 ada..semuanya mcm sedap..mcm nak cuba setiap jenis kuih tu. Tapi kami bertiga je kot, tak mampu nak habiskan. So beli aje apa yg patut.


Kuih ni harga rm1/4 keping ok..tersangatlah murah
Rasa..memang dibuat utk makan bkn utk berniaga semata2
So korang fhm maksud me kan 
Yang ni dah siap pack RM1..cukup rasa lemak manisnya
Nasi kerabu hanya rm 2.00 @ rm2.50 me dah lupa
siap ada ayam lagi walaupun kecil tapi cukup
mengenyangkan .
Nasi belauk lauk ayam..pun sama harganya.

Actually 4 hari kat Kelantan boleh dikatakan hari2 kami ke pasar Kok Lanas dan Ketereh...dan itu mmg rutin setiap kali balik kg...jjcm..bukan malas ok tapi sedap dan murah. Bukan suka2 nak puji tau...ye la ada yg ckp.."dah negeri ko memang la ko puji melangit". Idak Gitu...kenyataan ni keluar dr mulut en hubby yg bukan berasal dr Kelantan dan beberapa org kwn yg pernah ke sana. Setiap kali kami balik for sure rasa macam tak cukup masa nak menikmati variety makanan yg kebanyakkannya sedap...untuk anak tekak kami..kena note nanti ada pula yg ckp.."alaa..aku dah sampai Kelantan..tak sedap pun". Apa2 pun citarasa masing2...it's randomly opinion frm some friends ok...^◕‿◕^



p/s : Again to say I proud to be kelantanese..haaa...tu ada la kutuk tu sbb aku nak speaking London..apepun if nk fikirkan yg -ve sampai bila pun tak habis..Only we know ourselves better than others ;-)

Thursday, February 6, 2014

Meriah Group KBBA Pantai Timur..◕ ‿-.



KBBA..senang citer me terus masuk intro ok. Kelab Blogger Ben Ashaari....sebenarnya ada beberapa KBBA that he created tapi dek kerana me org Kelantan so join yg KBBA Pantai Timur aje la. Since me memang follower en Ben kat blog n FB so dari situ me tahu pasal group ni.

Kebaikannya??  Baaanyakkk sgt....dpt berkongsi..bertukar pendapat..yg penting most of that memang positif things. Happy sgt dpt kenal dgn adik2 blogger yg ceria sentiasa. But seriously feel shy compared to them which is famous in blogger. Thanx adik2 coz sudi jadi adik2 K.Maa..:-)...Farhana , Ain, Ika pukpuk ;-),Sue Izza ,dekna,Qasehdalia ,Hawa, Wanie, Nik yg jauh kat Sabah tu,Eyqa,Tiqah, Yana , FizaTasya,Maera , Mek Onie, Pjie Que Achmad,ErazIzzudin, and special thanx to blogger terkenal Ben Ashaari coz created this group :-). 


Wednesday, February 5, 2014

★☆ Macam2 Kerja @ Kidzania KL★☆


Memenuhi keinginan si anak bujang, dah lama dia ckp nak pegi Kidzania...asyik tertangguh aje.Setiap kali plan ada saja hal yg membantutkan plan kami...Apapun kita mesti percaya ada sbbnya & kenapa jadi gitukan...yg penting kena igt...Kun Fayakun.  So since cuti CNY masih berbaki kami decided bawa dia ke sana.

Kami keluar lepas solat Zohor..alhamdulillah jalan tak sesak sbb ramai masih bercuti sempena CNY..sampai almost 3pm..queue sgt pjg utk beli tiket kat Ground floor..menyesal tak beli online...kaunter online & walk in sebelah menyebelah aje ok. Satunya bagus if beli online kita tidak mengambil risiko kehabisan tiket..for info tiket adalah limited per day entry. Satu lagi kata mereka tak perlu queue pjg but masa me pergi tu yg online kaunter pun ramai jer orgnya. Skrg kan dunia IT..;-)

For me nak beli tiket tu sgt official..mcm naik flight ..kena tunjuk IC org dewasa ok. Tak dek IC harga tiket tak sama..nak tahu senarai harga ticket boleh tengok sini..Dek kerana lama menunggu ,si bujang tu ngadu lapar*dia mmg seorg yg cpt lpr skrg ni..kata doktor..metabolisma tinggi...so suruh en hubby tapaukan McD kat sebelah tu.


Beratur pjg..demi dia..:-)

Ok..kat atas tu korang mesti nampak serabut..macam ramai sgt kan..sebabnya kalau setiap orang yg hendak masuk perlu berada di kaunter pembelian tiket. Kalau 10 orang means 10 org perlu berada kat situ..So mmg sgt packed..:(

Dah macam  nak naik flight..siap ada schedule pulak tu

Dah bayar...harga tiket, utk kanak2 macam Naqiuddin ni rm60, kami berdua rm35/person. So total rm130. Dah selesai sesi check mengen'check' ..segala makanan tak dibenarkan bawa masuk ok. Air mineral ikutkan tak boleh tapi hari tu semua lepas..ramai je yg bawa...sebabnya air mineral yg kecik pun harganya rm3 tau.Lps tu naik ke level 5..sblum masuk ke Kidzania world kami kena melalui boarding pass..dorang siap pakai pakaian kastam lagi.Pastu dorang akan scan resit dan pakaikan wristband.


Macam comel jer wristband kidzania ni..
Tangan kami bertiga macam sama besar je ;-)


 Ok..kami dalam 'flight..then touch down to Kidzania KL, hahah mcm dalam flight la sgt..padahal naik eskalator samapai Level 5 tau. Sorry ye sbb pjg lebar intro ni..bukan apa, kot ada yg singgah membaca blog suam kuku me ni kan, at least dorang dpt clear picture bak kata omputih tu :-). Now nak citer pasal kat dalam tu . Senang cerita ..dunia kanak2 tapi nak jadi mcm org dewasa. Let them work & they know how struggle to earn money..hehe...tapi kerja 'kg' takde ok..;-)


Tukar cek kpd 50 kidzo

Masa kami masuk tu dorang belum start coz belum 4pm..apa lagi, kami pusing2 situ jap. Snap pics kejap. Then acara bermula dengan opening dance oleh staff Kidzania

Before start kita posing dulu..;-)

Bermulalah 'alam pekerjaan' Rifqi Naqiuddin..1st job as fireman..jadi bomba. 
Satu tip yg me rasakan perlu. Bila dapat peta suruh anak pilih terlebih dahulu mereka nak jadi apa. Baru la tak kelam kabut. Tapi tak semestinya yg dipilih tu dapat especially kerja yg hot macam fireman, pilot, csi,surgical doctor tu memang ramai yg pilih. satu sesi biasanya 6-8 org,bergantung kpd jenis pekerjaan..duration lebih kurang 20 minit. So kalau nak tunggu turn kena tunggu lebih kurang 30 minit. Pada me better grap mana yg boleh. Kalau rasa waiting time tu lama better buat keje lain dulu. 

Seronok anak2 naik kereta bomba tu
Ooo..'hotel' yg terbakar rupanya..

Pastu dia dok sibuk nak jadi secret agent. Kami makpak ni memang kena ikut sentiasa, sekelip terlepas pandang memang hilang la dia. Tak jumpa SA, so dia keje dulu kat TNB..

Yg ni dia suka..& dlm ramai2 dia yg berani jd volunteer utk panjat tiang tu

Each keje tu dia dpt gaji kidzo10 (+z10). Paling rendah gaji kat situ kidzo 5. Paling mahal kidzo15 kot.Next dia jadi Doctor kat KPJ..

Pun dia yg jadi leader..yaaa..he always wanna be
Seronok dia dpt dgr guna stethoscope..
Pastu dia jadi oreo maker..buat biskut..dari awal sampai packing then boleh makan biskut tu. Tapi yg ni kena tolak kidzo.

My masterchef..:-)
Hasilnya :-) 
Mak pak dah kelaparan menunggu but dia masih excited so bagi dulu dia buat satu lagi kerja. Kami bedal la popcorn dulu. Kali ni jadi pilot. Pic takde coz dalam tu tak dibenarkan masuk, yg boleh kat waiting area je.

Pic blur sbb ambik dari luar
 Pastu kami pegi survey tempat nak makan. Beli nasi goreng aje, bagi me harga boleh tahan mahal sbb nasi goreng campur mix vege aje rm5, tmbah telur mata kerbau jadi rm7, ayam seketul rm4 yg me nampak kat situ bhgn kepak aje yg ada.

Nampak tak..mahal kan ??
Tapi takde pilihan..have to ..hehe
Popcorn yg big tu rm5, yg kecik tu rm3
Twisties ti rm1 if kedai runcit 30 sen wokey..huhu

Pastu teruskan menjadi bodyguard si bujang me...oppss lupa..masa kami makan tu dia sempat pi jadi Secret Agent tapi pic takde lor coz makan pak tgh melantak..hehe. Ok..teruskan layan la pics kat bawah ni..

Yang ni job yg dia buat masa kami makan tadi..pastu burger Marrybrown
tu dia  makan..sedap ktanya..tolak kodzo ok


Yeayyy...dpt lesen..yg ni tolak kidzo

Yang kat atas tu, kena buat eye test dulu kat Hoya eyecare, buat insurans dan dptkan lesen..baru boleh drive honda kat bawah ni..hehe

One of things yg dia nak sgt buat..:-)
Tolak kidzo
Pastu keje dgn 'PLUS'..earning kidzo

video


Setiap kerja yg nak buat tu dorang akan tulis kat depan mcm ni

kat NSTP & NSTP
lupa pulak nama keje tu..haishh..

Gegirl ni cun tu..tapi penghantar pos laju

Ada sedikit cerita yg kelakar..kalau dia tahu me citer mesti marah ni..tengah dok sibuk berbincang nak cari tempat kena htr brg tu gegirl tu tersentuh tgn dia..terus dia sapu kat seluar..haram katanya..hehe..jgn kecik aje gitu ye nak..hope sampai besar kekal gitu. Budak tu dah la 100% speaking..if not mistaken mix blood ..mak dia mcm bosnia..adik beradik gegirl tu muka lbih kurang je tapi mata semua ala chinese.Memang comel..:-). Ok..next..and last job..photographer..yg ni pun dia suka..

Dah elok balik rumah terus mintak belikan DSLR
Amboiiii..igt seratus dua agaknya..tunggu ummi kaya ok..;-)

Dah penat..time to go home..kidzo tu boleh redeem kat satu shop tu..lupa la namanya tapi minimum 100 kidzos ok..opps ada satu 70 kidzo tu dpt la eraser yg ciput je..hmm..tapi if next time korang nak dtg lagi boleh la simpan dulu dann collect more kidzos..ada satu chinese couple tu dah kali ke 3 dtg sbb ank dorang bising tak sempat nak main semua..ye la..dalam tu ada lebih 90 jenis pekerjaan ok..5 jam mana la sempat..huhh..penat..

Time to go home sempat lagi snap pics..hehe

Konon nk beli t-shirt..tgok price terus cancelled
baik me beli brand polo..dah dpt sehelai lagi berkualiti..hehe

Kalau nak beli cenderahati memang sakit hati..harga semuanya tak berbaloi..nasib la Naqiuddin tak layan mende tu semua.Tapi drp duit tu burn camtu je so redeem la dgn eraser ciput macam bola kat bwah ni..


Hee..dah kotor sbb dia dh guna..
me snap masa otw blik dia dr school smlm ;-)

 Lagi satu nak beli pics yg dorang snap pun ada ..pic mmg clear la sbb dorang boleh snap dari dalam tapi sekeping rm25 ok..so for us..no need..;-). Yang penting he have so much fun with all the jobs he done. Alhamdulillah and we are happy for him too..:-)

Muka abahnya yg so tired after 5 hrs
but he...hmm..well..:-)
Haa..bab bayar kat autopay mesti dia nak buat..hmm
So tired....but feel happy for him ...otw home he keep talking that he was fun been there. I knew that he was enjoyed at Kidzania..:-)
InsyaAllah we'll bring him again as his request since he not manage to try many jobs there.

P/S : Syukur pd kurniaanNya walaupun hanya seorg ..RN




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...