Friday, February 14, 2014

Bersedekah Dengan Keikhlasan.





Bersedekah...Sebenarnya adalah perkara yang paling senang dan banyak kebaikannya. Tapi susahnya nak buat...padahal tak perlu banyak pun..10 sen..20 sen..waima sekeping roti pun dah kira sedekah. Tak perlu la nak tunggu ada duit yang banyak, tak perlu tunggu ada pihak yg minta sumbangan, tak perlu tunggu ada liputan khas baru nak menderma. Semua tu hanya satu kerugian. Ruginya kita menderma jikalau derma itu tidak ikhlas...takut pula dosa yang dapat  disebabkan riak.

Wahh..bukan main mukaddimah tu..hehe. Dah tu ada la yg kutuk me karang. Takpe, tak salah kita nak share sesuatu yg baik. Since chek tercinta sedang sakit, En hubby always remind me, "bersedekah..bersedekah..banyakkan bersedekah dan niat supaya sedekah tu dapat mengurangkan serta menyembuhkan sakit chek". Dah ada pula cakap "tak pernah bersedekah la tu"..ehhh..bukan gitu..takkan me nak cakap kut..yg tu antara me dgn Allah swt. Cumanya en hubby pesan tu sbb afdalnya diiringi dgn niat.

Korang pun tahu kan bersedekah tu adalah amalan sunnah Rasulullah saw. Malah baginda pernah bersabda :-

" apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,doa anak yang soleh ,ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah."


Kadang2 bila ke Pasar Malam atau kaki lima ke, kita ternampak orang minta sedekah, dalam hati akan terdetik "alaa ni mesti sindiket, ada la tu yang hantar dorang ni untuk mengemis". Ok, memang tak dinafikan adanya sindiket2 yang menggunakan kanak2 & OKU demi kepentingan mereka. 


Tapi itu antara dia dgn Allah swt,kita tak perlu susah2 nak jadi hakim.. apa kata mulai hari ini sekiranya ada dan mampu, tak banyak sikit pun tak pe..tak semestinya wang ringgit..mungkin makanan ataupun minuman. Yang penting niat kita untuk bersedekah. Kerana kita tidak akan di tanya kenapa kamu bersedekah tetapi kita akan ditanya kenapa kamu membiarkan dan melihat sahaja saudara kamu yang memerlukan. Allahuakhbar..semoga sentiasa dibukakan pintu hati kita...diringankan tangan menghulur..diberi keikhlasan hati untuk bersedekah. 

p/s : jz nak share petikan satu hadis 
 ~ ubatilah orang sakit diantara kalian dgn sedekah~
hadis Riwayat Abu Daud

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...