Friday, May 30, 2014

Ujian Pap Smear ~ Wajib ~



ENTRI KHAS UNTUK KAUM WANITA :-)
*Kalau lelaki nak baca pun boleh*

Rasanya ramai yang dah tahu pasal ujian pap smear ni kan. Tinggal nak buat dgn tak nak aje. Sebab ?? Salah satunya maybe dorang risau...takut sakit...tak kurang juga yang segan nak mengangkang*bunyinya ksr tapi adalah slh satu prosedur. 


Peralatan yg digunakan

Hmm..mcm tu tu..tak lama pun..5-10 minit dah siap
Alaa tak susah pun..takde la sakit pun jika korang relax...jgn stress dan think too much. Dalam erti kata lain jangan keraskan badan masa doktor @ nurse tu masukkan alat utk ambil sedikit sel yg perlu. Me pun pada mulanya takut juga tapi dek kerana masa tu terpaksa buat sbb masa proses rawatan kesuburan yg pernah me  buat dulu, doktor mewajibkan me buat PS. Terasa ngilu sikit je..maybe sbb keadaan me yg rasa takut2  kot coz ada member yg ckp x sakit pun...hehe.

Sebenarnya banyak sangat kebaikan korang buat PS ni, sekurang2nya dpt lah detect awal sekiranya ada tanda2 yg tak elok pada servik korang. Ye la..kita ppuan ni banyak benda yg terselindung..dalaman semua kita tak nampak. Sakit sikit ingatkan benda tu perkara biasa. So ignore je, tak pun telan ubat...sedar tak sedar dah terlambat.  For me better pegi buat ujian PS ni. Kalau x nak ke hospital kerajaan pegi je hospital @ klinik swasta, kat sana pun menyediakan perkhidmatan ini...bayaran if tak silap me tak sampai rm100 pun...

Nak tahu detail pasal PS ni better korang check kat sini. Me cerita panjang pun tak guna. Baca kat link tu lagi details kenapa perlunya PS untuk wanita...especially yg sudah berkahwin. Untuk yg belum tetapi aktif dalam hubungan seks also digalakkan. Tapi me rasa kita sbg org Islam its not happen la kan...Nauzubillah...



~ Prevention is better than cure ;-) ~


Pulut Mangga



Malam tadi dek ternampak mangga sebakul kat atas kabinet ....hmm...mcm menggoda je. 




Terlintas nak buat Pulut Mangga, Check dlm kabinet ada stock pulut..check dlm peti ais ada kelapa sikit...kira cukup la utk kami bertiga..hehe

Nak buat pun senang sangat :-)

Utk pulut :

Secawan beras pulut
{rendam dalam 1/2 jam}
sedikit garam
Santan cair @ Air biasa pun takpe 
{me guna air je sbb x nak terlalu lemak coz kuah nti pun bersantan}

Basuh beras pulut, masukkan dalam periuk, masukkan santan @ air, kacau. Masak mcm biasa macam masak nasi guna dapur gas tu, sekali sekali perlu dikacau utk elakkan periuk pulut melekat kat dasar periuk. Bila dah hampir kering, kecilkan api & tutup periuk tadi. Biasanya dlm 10 minit selepas itu pulut dah masak.

Note : Kalau agak2 tak yakin nak masak mcm tu, kukus pun boleh. Cuma kukus tu  mcm mkn masa sikit.

Untuk kuah 
2 cawan santan ~ tak perlu terlalu pekat
{Since me buat 2 version so me bahagikan dgn 2}
Sedikit garam
1 sudu gula ~ tak perlu byk sbb mangga itself dah manis. 
1 sudu tepung jagung ~ dibancuh dgn sedikit air

Masukkan 1 cwn santan, garam dan gula...kacau hingga mendidih, then masukkan tepung jagung. Kacau hingga sebati . Biarkan mendidih sekejap, then boleh la angkat.

Utk yg satu cawan lagi sama aje caranya, cuma gula tu me gantikan dgn 1/2 keping gula merah aka nise*me kan org Kelantan:-). 

Dah siap boleh la, kupas buah mangga tadi dan hidangkan bersama pulut dan kuah. Utk kuah, ada juga yg tdk masukkan tepung jagung tetapi mereka gunakan santan pekat. Boleh imagine kan mcmana rasa santan tu ..dicampur pula dgn pulut. So milky dan berlemak kan. So atas citarasa masing2..nak sedap memang gitu la caranya..tapi me terpaksa derhakakan resepi ni demi kesihatan. Dah la buat tu waktu malam..so terpulang pada citarasa masing2..


Inilah hasilnya, kuah tu me campur yg santan putih dan santan gula merah sekali
Harusla masuk IG sbb I love to share ;-)
Alhamdulillah encik hubby makan bertambah , since dia berbuka tak de dessert . Naqiuddin at first beria nak makan dah terlelap rupanya. Maybe ngantuk sebab kesan ubat tu. Sian anak ummi..tak pe, ummi simpan dlm peti ais, esok boleh makan ok. Btw, get well soon ye syg..next week kita nak pi cuti2 ni..:-)


Wednesday, May 28, 2014

Sultan Azlan Shah Mangkat ~ 28 May 2014 ~





Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni  Almarhum Sultan Yusuff  Izzuddin Shah  disahkan mangkat pada jam 1.30pm tadi . Menurut sumber, berita kemangkatan Almarhum telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah, semoga Allah swt mengampunkan segala dosa Almarhum Sultan dan semoga ditempatkan bersama mereka yang beramal soleh.

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah



Cuti Sekolah dah tiba...jom rakan2 blogger kita bersama-sama menceriakan cuti sekolah dgn segmen blogwalking rakan alam maya kita ni..Ayu Insyirah. Sedapnya nama...eh2..bukan bodek ni..mmg she have a nice name..




So apa lagi...SILA KLIK BANNER tu and join...try our luck ye..

Selamat bercuti untuk yg sama2 join anak2 bercuti sekolah  ;-). 

Tuesday, May 27, 2014

Saiz Bukan Ukuran..



Hahah....tajuk kemain yer...biasa mcm tu mesti orang ingat kurus gemuk...

Hishhh..bukan saiz badan ar..sensitip tau tapi redha :-)..Semalam dok membungkus hadiah sempena sambutan Hari Guru yang tertangguh since masa 16 Mei that day dorang kan tengah exam. Ada ada yang kecik ada yg besar...Harga ?? Yg tu x penting dan bukanlah ukuran..

Selalu remind kat dia apapun yang penting keikhlasan hati. So dia tak kisah...apa yg ummi dia pilih semua dia ckp ok. Kebetulan semalam dia ada kelas Silat so me & en hubby aje yg pergi beli tapi before tu dah tanya brp orang..lelaki @ perempuan cikgu tu, so senang la kami nak pilihkan. 

Malam tadi siapkan bungkus hadiah2 tu...biasa la keje bungkus membungkus ni sure la ummi yg kena buat..me takkan bagi dia buat sendiri..not now sbb nak bagi kat org biar la kemas..kena train dulu baru boleh dia balut sendiri. Macamlah ummi dia ni balut cantik sgt kan..hehe.


Dan inilah hasilnya :-)
Hope cikgu dia suka



~Songkok Yang Selesa ~



Entri tertangguh dalam draf coz bersebab..:-)
Dah baca tajuk....apa la songkok pun nak buat entri. Ok...just utk share dgn ibu bapa kat luar tu..me yakin ramai yg akan sukakan songkok macam ni. Sebab ?

1. Sangat selesa untuk anak2.
{for me mmg apapun akan fikirkan keselesaan si bujang tu coz dia jenis yg tak tahan panas..}
2. Boleh dibasuh.
{cuba korang bygkan anak pakai songkok hari2 ke sekolah, apa baunya..pastu belum kira bakteria bagai. Kalau yg biasa tu dibasuh jwbnya mcm kotak kena air la. Dari songkok yg cantik tegak terus jadi apa ntah rupanya}
3. Boleh di lipat dan simpan dlm beg
{So takde la risau songkok tu kena' kidnap' atau hilang, biasa la budak kdg2 cuai...yg nakal pun ada..suka2 sorok ..hehe}

Sebelum ni me pernah beli yg that kind boleh lipat juga tapi dalam tu material kertas jadi yg tu pun tak boleh basuh..just sembur febreeze & jemur. Tapi me rasa mcm tak bersih. Ye la..hari2 pakai sure berdaki kan...weekend me yg rajin*rajin la sgt ni menyental songkok tu..sudahnya dah kering entah apa rupa songkok tu. Nasib baik ada yg spare.

So keje me & hubby setiap kali nampak kedai yang jual baju2 kurta jubah dan baju melayu sure me akan masuk dan bertanya.Tapi memang x banyak kedai yg jual songkok lipat ni. Nak dijadikan cerita hari tu ternampak satu kedai kat PKNS Bangi, itupun sebab ternampak pakaian jubah lelaki so me ringankan mulut nak bertanya.

Alhamdulillah...finally jumpa juga..jom kita riview rupanya..:-)


Yg ni view dr dlm..nampak lubang2 tu..
 Seperti yg me ckp selesa utk ank, lubang kat atas hujung depan & belakang tu macam ruang udara, so tak la anak kita rasa panas terkuap kan..nak pula Naqiuddin memang perlu bersongkok dari 7.30 sampai la 3.30 pm sbb sekolah integrasi mmg diwajibkan bersongkok.

Rupa dari atas ??


Nampak mcm tak kemas tapi bila pakai elok jer..:-)

Camni la rupanya dari tepi..
Yang penting Naqiuddin suka..dia ckp selesa dan tak panas. Harga murah je ..baru rm15. Kalau ada 2 pun dah kira ok..at least boleh gilir2 bila basuh. Kesian kat anak kalau pakai sembur febreeze..bau ttp ada..kebersihan belum tentu lagi..
Tengok dia pakai..tetap nampak kemas kan ?? 


Ini lah sbbnya n3 tertangguh..
Tu la sebabnya, kdg susah nak snap pic dia pagi2....faham2 je lah..kebetulan waktu pagi kan peak time utk working mum mcm me ni..;-)

Monday, May 26, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

GIVEAWAY "KE KOREA DAH KITA..."



Jom kita beramai2 memeriahkan blog Atas Nama Cinta. Kot bernasib baik dan rezeki korang dpt la hadiah dari Korea tu..nak pegi sendiri entah kan sampai entahkan tidak..hehe



Sila klik SINI untuk join ok.

Tarihk tutup penyertaan 1 Jun 2014 11.59pm.... so sempat lagi korang nak mencuba nasib ok. 

♨Crepe Burger Ayam♨


Macam biasa bila weekend....memenuhi permintaan si ank bujang..drp dok fikir pening nk masak apa utk breakfast so better me tanya dia.
Tahu pulak dia buka peti ais check apa yg ada..tiba2..."nak burger la ummi"..but since roti x de tu la yg timbul idea nak create simple resepi ni. He said ok as long as nak ada slice burger ayam tu.

As usual me suka nk share apa yg me masak...nawaitu me bukan nak menunjuk jauh sekali nak puji masakan sendiri ok..for me to share n insyaAllah I'll give recipe as well whenever they ask for it ..so utk yg menyampah tu jz skip aje la yg me post..x pun unfriend or unfollow..;-). Back to n3..

Bhn utk crepe . 
Lebih kurang utk buat lempeng jer cuma kena cairkan sbb crepe perlu nipis..
1 cwn air
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur {optional}
Sedikit pewarna kuning telur.

Cara2 penyediaan crepe
masukkan air ,telur,pewarna dan susu pekat..kacau sekejap..masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan nampak licin. Utk dptkn crepe yg cantik boleh la tapis adunan tadi .Panaskn non stick pan n sapukan sedikit minyak.Masukkan bberapa senduk adunan dan ratakan...make sure crepe tu nipis..dah masak angkat n ketepikan skjap.

Untuk inti :-
~ Slide daging burger dimasak mcm korang msk daging burger tu.Dah msk,angkat & potong ala2 jejari gitu..Ketepikan skjp

Untuk salad :-
~ #kobis cina dihiris nipis..boleh guna kobis biasa tp me prefer kobis cina sbb x berbau maung.
~ #Carrot disagat halus
~ #4 sudu besar mayonis
~ #sedikit lada sulah

Masukkan semua bhn2 dlm mangkuk, masukkan mayonis n kacau rata..masukkan lada sulah. Tak perlu ltk garam sbb mayonis dah ada rasa masam masin..even burger ayam pun dah ada rasa masin. If korang nk tambah daun bawang n btg sup pun sdp cz boleh bagi kelainan rasa...me tak letak sbb no stock kt dlm peti ais.

Last step..ambil crepe tadi ...sapukan sedikit butter n sos cili..letakkan salad tadi diatas crepe..aturkan jejari burger ayam..pastu curah la sos sbyk mna korang suka..even nk tmbah lagi mayonis pun boleh. Then gulung...



 Dah siap...potong jgn terlalu kecil nanti semua 'isi perut' crepe tu keluar..senang kan...dah siap healthy food utk Naqiuddin...ada ayam serta sayur putih n merah as well..menurut pakar nutrition, variety colours in food sgt bagus utk ank2.



Haa..nampak tak kat bawah ni..that's the reason I shared it..for my blog n to share with frens as well..:-)



P/S : Sharing is caring...;-)

Friday, May 23, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih



Walaupun me tak suka memancing tapi nak juga join. Sebabnya ?? Sebabnya me nak mengeratkan lagi ikatan persahabatan dgn kawan2 di alam blogger...ceewahh..:-). 

Me tahu pasal Giveaway ni bila terbaca entri blogger Ibulala ,so just give a try. Tapi tak la join memvavi buta kan. Before tu baca la sikit tentang blog ni..Hmm kepunyaan kaki pancing rupanya. Nama yg unik & 1st time me dgr Elih J .

Ok back to main purpose entry kali ni.

V
v



Jom beramai2 join..kalau bernasib baik dan bertuah dapat lah hadiahnya...if unlucky pun takpe..sekurang2nya dah cuba..tak gitu..:-)

Hadiah2 yang bakal dimenangi :-)

* Tempat pertama ~ 1 x RM100
* Tempat kedua ~ 1 x RM60
* Tempat ketiga ~ 1 x RM40
*Hadiah saguhati 5 x RM20

Tarikh tutup 4 Jun 2014

Tak pun nak tahu detail boleh tengok kat sini :-

http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html

So peluang masih ada untuk kita sama2 meriahkan blog kawan kita ni ;-)

Thursday, May 22, 2014

Lempeng Berinti Ayam aka Pancake Chicken Roll..



Sejuknya cuaca pagi ni...kalau kat kg sure best..dgn udara segarnya...perhh.. Ok..back to tajuk entri..ptg semalam balik keje dalam hujan yg lebat...mcm sinonim jer bila hujan perut mesti lapar. Disebabkan itulah tercipta la resepi yg sgt mudah ni kebetulan bahan2 mmg dah ada...resepi org kampung..hehe.

Before tu kena sediakan inti dulu. 
Bahan2nya:-
~ 1/2 labu bwg besar dipotong dadu
~ 1 ulas bwg putih dicincang halus
~ 1 sudu cili giling 
{if nak pedas boleh tambah kuantiti}
~ 1 sudu serbuk kari
~ sedikit lada sulah
~ 2 keping burger ayam
{di potong dadu}
~ sedikit isi dada ayam - dicincang halus
{x ltk pun takpe sbb dh ada burger ayam}
~5cm carrot dipotong dadu
~ 1 biji kentang, kupas kulit & dipotong dadu
~ sedikit kobis dihiris nipis
~ 1 sudu sos cili
~ 1 sudu minyak utk menumis
~ garam & gula secukup rasa

Cara2 :-
Panaskan minyak, tumis cili giling hingga garing..masukkan bwg putih & merah..kacau hingga naik bau. Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau skjp then masukkan ayam & burger ayam yg telah dipotong dadu..masukkan sos..dikacau rata...masukkan sedikit air ...masukkan kentang dan carrot,bila dah hampir kering masukkan kobis. Then masukkan garam secukup rasa...sedikit gula utk balancekan rasa inti. 

Untuk Lempeng dan plain telur dadar tu korang boleh la buat macam biasa..Alaa lempeng tu rasanya most org tahu buat kot..;-) cuma version je berlainan. Biasa if lempeng me akan tambah sebiji telur, sedikit butter yg dicairkan dan 1 sudu besar susu pekat manis...so lempeng tu akan jadi nipis..ada rasa lemak manisnya. Satu lagi utk resepi ni me ltk sedikit colouring kuning telur.


In progress..

Dah sampai step ni senang je ok...kat sini me gunakan bahan tambahan untuk sdpkan lagi rasa..so bila makan nanti even tanpa sos pun rasanya dah sedap..sedap ke?? ..hehe ;-)....Lempeng yg dah masak disapu dgn sos cili, lapiskan dgn telur dadar..then sapukan mayonis..taburkan sedikit lada sulah. Pastu letakkan inti dan gulung. Tang potong tu sesuka hati korang la janji senang nak makan :-)


Haa..cam gini la rupanya bila dah siap :-)
If suka boleh cicah dgn sos + mayonis. 
Yang ni repeat utk bekal si anak bujang pagi tadi.

Ada pula member tanya camna lempeng me dah macam rupa tart nenas..haha..belum Raya dah ingat tart ye..sebabnya me guna Pemanggang Ikan Ajaib so bila masak cantik jer bentuknya.


Nampak kat yang belah atas tu kan..
Me guna belah belang2 tu elok je macam rupa tart..hehe
So selamat mencuba...:-)

Wednesday, May 21, 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Jemputan Nuffnang Melawat Kilang Mamee



Terima kasih utk Nuffnang for invitation...it 1st time me dpt jemputan camni .Rasa appreciated...ye la me kan blogger suam2 kuku je so rasa happy sgt.



Teringin sgt nak join..segala perbelanjaan ditanggung oleh Nuffnang ok. Tapi bukan itu penyebab utama me tertarik tapi me rasa ini peluang yg sgt baik utk berjumpa bloggers yg me tak pernah jumpa dpn mata...face to face.

Tapi sayangnya me tak dapat join coz ada sebab yg me rasa lagi penting. Happen to be, pada tarikh tersebut bonda me akan berada di KL, dtg dgn kakak me coz nk daftar ank buah kat UITM Shah Alam nanti. Takpe la..me anggap itu bukan rezeki utk me..For me bila chek*for those yg belum tahu ini panggilan utk my mom dtg I wanna be around. Maybe next time  Nuffnang berbesar hati utk jemput ke event yg lain pula In sha Allah me akan join..:-)


p/s : semalam date line utk bagi jwpn nk pegi ke tak..well...

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014


Walaupun sudah berpuluh tahun me meninggalkan alam persekolahan..jasa guru  tetap takkan me lupa. Kalau kenangkan kembali memang besar jasanya kesabaran seorg guru mendidik anak murid.

 Bukan senang ok. Naknya dapat murid yg tak berapa nak dgr cakap mcm me ni...tapi alhamdulillah berkat didikan mereka nakal2 pun boleh juga pegang 1 utk SPM..hehe..Masih igt kdg pernah lawan ckp cikgu..notti dlm kelas...suka argue....hishh...berdosanya masa tu..tapi masa tu fikiran tak matang..budak2 lagi..TAPI..haa ada tapi tu...sebelum exam me dah minta maaf dan minta cikgu2 halalkan segalanya. 

Alhamdulillah apa yg me belajar tu mendapat berkat. Terima kasih sekali lagi kepada bekas2 guru me di SMK...keikhlasan kalian semua mendidik tanpa jemu hanya Allah yg mampu membalasnya. Semoga cikgu2 sekalian mendapat rahmat dari Allah swt..

So walaupun me dah lamaaaa tgglkan alam tu..but since me ada anak yg sudah bersekolah ...so auranya tetap terasa...tertarik dgn kata2 Allahyarham Usman Awang.....


♥♥Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi♥♥



Sunday, May 11, 2014

♥♥Selamat Hari Ibu ♥♥



Simple entri ....Just to wish untuk 2 ibu kesayangan me...Chek dan Mak {MIL}


♥♥ Love them♥♥

Macam biasa tuntutan kerja dan jauh dari mereka tak memberi me peluang utk sambut sama2. Yang penting InsyaAllah dalam setiap doa, ank menantu kalian ini  tak pernah melupakan memohon kepada Allah swt utk kesejahteraan kalian  berdua. 

♥♥~ Chek dan Mak...besarnya jasa kalian...setinggi gunung...seluas angkasa...hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian berdua. Terima kasih atas restu dan bimbingan yang tak pernah jemu~♥♥



p/s : Alangkah bahagianya saat ini jika me mampu berada bersama mereka dan meraikannya..:'(

Tuesday, May 6, 2014

Innalillah....Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia



On the way dtg keje tadi dgr news kat Hot fm...Datuk Aziz Sattar disahkan meninggal dunia jam 2 pagi tadi di Hospital Kajang akibat serangan sakit jantung.

Arwah merupakan seorang pelakon yang seangkatan dgn allahyarham P.Ramlee..dan me mmg sukakan lakonannya yg selalu happy...spontan boleh buat penonton ketawa.

Apapun dari Dia kita dtg kepadaNya jua kita kembali...


Datuk Aziz Sattar19 May 1917 - 6 May 2014
Sama2 lah kita sedekahkan al fatihah buat Allahyarham..semoga Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan arwah dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..Aamiin..

Lenovo Auto Correct & Correction Suggestions



Me percaya ramai yang jadi blur bila guna hp android lenovo...lebih2 lagi pengguna tegar samsung macam me ni lagi stress tau..Tapi me adalah jenis org yg tak puas hati selagi tak dapat solve problem...for sure ada penyelesaian kot even harganya murah compare to samsung..

Nak dijadikan citer..hp samsung me yg byk berjasa, especially bab nak snap picture telah selamat..dgn hati yg sayu terpaksa la digantikan dgn hp Lenovo jer..if nak cari samsung yang seangkatan tu dah sah le kena keluarkan 1k keatas...dah la baru balik kg so faham2 je lah...sementara yg samsung tu hantar kedai utk format... kot boleh diselamatkan la.. 

Pjg intro tu..hehe..mula2 guna..asyik merungut je..tp bila fikir balik rasa bersalah..hishh..tak tahu bersyukur..Istigfar...Utk mencari penyelesaian ada je masa terluang me explore henpon tu since tanya kawan yg guna model hp sama pun tak sure kat mana nak 'buang' mende tu.

Ok..contoh ek...

Yang highlight merah tu bila mende tu ada..sbnrnya me
taip mcm yg highlight hijau tu..:(
Tengok tu..mula2 tak perasan lepas tu en hubby tanya dah me gelak sorang2..ntah apa2 makna jadinya..elok2 taip lain jadi pain..huhh..resah jiwa tau..

Tak puas hati me explore satu persatu kat setting tu..Finally..hehe..Ikut je step kat bawah ...

Pegi kat Setting tu
Tekan yg dlm circle hijau tu..keluar mcm belah kanan
 then tekan yg highlight oren ok
Tekan kat dalam bulatan putih tu
Disebabkan yg highlight merah la me punya words tunggang langgang
so korang  tekan kat off  tu..
Dah selesai satu masalah...now satu lagi masalah ok..pernah tak bila korang taip keluar macam kat bawah ni..??


Nampak tu..me nak tulis je di suggest jadi he..
nak tulis ni dah ready nak suggest jd no ..
hangin jerrr..
Tekan yg dlm bulatan tu..
yg screencaptured ni me dah tukar kpd 'Always hide'
Kalau yang before akan keluar macam kat bawah ni..


If asalnya macam dalam highlight merah tu Always Show..so korang tukar la pada yg
 highlight hijau maknanya Always hide...so AS jgn sesekali nak menyibuk..haha..
Alhamdulillah dah selesai. Harap kengkawan yang mengalami masalah yg sama dgn me boleh la bersenang lenang nak taip mesej tanpa gangguan 2 jin itu..hehe...

 Contohnya mcm kat bawah ni..


texting in  
Mcm terlepas sgt beban bila dh berjaya ...ye la..krg di auto correct dah jadi makna lain..if makna yg elok tak pe la..kena words yg tak elok..tak ke malu..mana me nak sorok muka ni..

up down crazy rabbit


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...