Friday, May 30, 2014

Pulut Mangga



Malam tadi dek ternampak mangga sebakul kat atas kabinet ....hmm...mcm menggoda je. 




Terlintas nak buat Pulut Mangga, Check dlm kabinet ada stock pulut..check dlm peti ais ada kelapa sikit...kira cukup la utk kami bertiga..hehe

Nak buat pun senang sangat :-)

Utk pulut :

Secawan beras pulut
{rendam dalam 1/2 jam}
sedikit garam
Santan cair @ Air biasa pun takpe 
{me guna air je sbb x nak terlalu lemak coz kuah nti pun bersantan}

Basuh beras pulut, masukkan dalam periuk, masukkan santan @ air, kacau. Masak mcm biasa macam masak nasi guna dapur gas tu, sekali sekali perlu dikacau utk elakkan periuk pulut melekat kat dasar periuk. Bila dah hampir kering, kecilkan api & tutup periuk tadi. Biasanya dlm 10 minit selepas itu pulut dah masak.

Note : Kalau agak2 tak yakin nak masak mcm tu, kukus pun boleh. Cuma kukus tu  mcm mkn masa sikit.

Untuk kuah 
2 cawan santan ~ tak perlu terlalu pekat
{Since me buat 2 version so me bahagikan dgn 2}
Sedikit garam
1 sudu gula ~ tak perlu byk sbb mangga itself dah manis. 
1 sudu tepung jagung ~ dibancuh dgn sedikit air

Masukkan 1 cwn santan, garam dan gula...kacau hingga mendidih, then masukkan tepung jagung. Kacau hingga sebati . Biarkan mendidih sekejap, then boleh la angkat.

Utk yg satu cawan lagi sama aje caranya, cuma gula tu me gantikan dgn 1/2 keping gula merah aka nise*me kan org Kelantan:-). 

Dah siap boleh la, kupas buah mangga tadi dan hidangkan bersama pulut dan kuah. Utk kuah, ada juga yg tdk masukkan tepung jagung tetapi mereka gunakan santan pekat. Boleh imagine kan mcmana rasa santan tu ..dicampur pula dgn pulut. So milky dan berlemak kan. So atas citarasa masing2..nak sedap memang gitu la caranya..tapi me terpaksa derhakakan resepi ni demi kesihatan. Dah la buat tu waktu malam..so terpulang pada citarasa masing2..


Inilah hasilnya, kuah tu me campur yg santan putih dan santan gula merah sekali
Harusla masuk IG sbb I love to share ;-)
Alhamdulillah encik hubby makan bertambah , since dia berbuka tak de dessert . Naqiuddin at first beria nak makan dah terlelap rupanya. Maybe ngantuk sebab kesan ubat tu. Sian anak ummi..tak pe, ummi simpan dlm peti ais, esok boleh makan ok. Btw, get well soon ye syg..next week kita nak pi cuti2 ni..:-)


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ramai orang suka makan pulut mangga ni kann??? tapi iolss pulut kurang sikit...

Norma NML said...

@Farah Waheda WahidOO ye ke, sekali sekala ok la sbb mkn pulut ni kdg boleh sbbkan angin n sakit urat..itu ckp org2 tu la :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...