Monday, June 30, 2014

Ramadhan Pertama 1435H



Alhamdulillah dah masuk hari ke 2 kita semua menunaikan ibadah puasa. Belum terlambat rasanya untuk me ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak...Semoga Allah swt memberikan kesihatan yg baik utk kita beribadah dan menerima segala amal ibadat kita..Inshaa Allah"



As biasa masuk je bulan puasa sure orang yang paling pening adalah kaum hawa..especially ibu macam me ni..Even si bujang tak byk kerenah tapi bila dia sebut nak makan something sure lah kita akan usahakan..idak gitu. A day before en hubby pun dok sebut nak makan lompat tikam & Naqiuddin pula nak makan roti jala. Since hari pertama puasa jatuh on weekend, rasa seronok sgt..ye lah..me kan a working mom & wife. Hari biasa mana sempat nak buat semua tu..sampai rumah pun dah almost 7pm..kot sempat..maklumlah masuk je bulan puasa jalan semua jammed...

Antara menu semalam yang sempat...


Yang ni kena buat awal sikit coz byk step :-)
Pastu "menjala" Roti Jala...haruslah 2 kuah..kari n sos coklat
Pastu baru lauk pauk..haha macm byk sgt pdhal sejenis pun..
Cukuplah tu ntuk kami bertiga je..tak baik banyak2 nanti membazir...tak pasal2 jadi alasan utk tak pergi terawih..Nonono...rugi tau.

p/s : Kenapa mata ngantuk ek..

Thursday, June 26, 2014

Giveaway Ketuk-Ketuk Aidifitri



Inshaa Allah tiada aral melintang Ahad nanti kita dah mula berpuasa...Seronoknya tak sabar nak berada dalama suasana bulan Ramadhan...semoga dapat meningkatkan amal ibadat kita semua.

Ok..back to entri jom kita pakat join contest Ketuk-Ketuk Aidilfitri by D'nialicious. Banyak hadiah yang best sedang menanti.. Kek lapis*khas utk warga Terengganu aje ...biskut Raya..hmm bolehlah hidangkan utk tetamu di Padi Raya nanti..:-)

Untuk join sila klik banner kat bawah ni okey ..



Tarikh tamat penyertaan pada 7 Julai 2014. Masa masih ada so just klik dan join ..sambil tu boleh lah kita meneratkan ukhwah di alam maya ni. 

Yang menariknya hadiah akan dipilih untuk 2 orang dari setiap negeri. Setiap satunya sekotak biskut Raya bernila1 RM30. Contoh biskut macam kat bawah ni..


Hmm menarik kan..so sila klik jgn tak klik.Dah klik jangan tak join..rugi tau ;-)

Ketuk-Ketuk Aidifitri



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean




1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)



UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

" Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama buat Yana dan Dean. Akak doakan semoga ikatan suci kasih sayang semakin mendalam & berkekalan hingga Jannataul Firdaus. Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan kurniakan zuriat yang bijak dan soleh/solehah sebagai pengikat kasih syg dan penyeri 'masjid' cinta kalian berdua. Berpeganglah dgn ajaran Rasulullah dan jagalah 'tiang' agama...Inshaa Allah setiap rintangan dan ujian  dapat diatasi .Aamiin..:-) "


*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.




Giveaway Ramadhan Raya By Syira Lokman



Jom3..macam menarik jer...tapi memang menarik pun..banyak hadiah..apa lagi, jom sama2 kita meriahkan blog Syira Lokman dan eratkan lagi ukhwah sesama kita...

So jom klik banner dan join ...:-)


Sila Klik SINI @ Banner utk join
Hadiah ???...Haa..korang mesti suka especially kaum wanita la..sebabnya ada shawl, brooch,kerongsang, tudung, dress dan byk lagi . Tapi utk kaum lelaki pun ada..ada top up..ada novel. Kalau dpt tudung @ dress pun boleh bagi kat mak, wife @ adik kakak ke..:-). 

Yang menarik juga nanti dorang akan buat blog review...silap2 nanti follower korang akan bertambah-tambah..wink2..Inshaa Allah mana tahu kalau bernasib baik dan ada rezeki terpilihlah utk memenangi 57 hadiah yg ditawarkan..:-)

G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover



As salam..Ahad nanti InshaaAllah kita akan menyambut bulan puasa..:-).

  Back to n3 apa kata kita beramai-ramai memeriahkan lagi blog adik comel ni Wilma Shana...cantik nama secantik empunya diri..ehhh..jgn slh faham..akak tak bodek tau..korang ni jgn lah cpt melatah..itu ikhlas setelah akak tgok pics dia kat IG ;-)

Untuk join sila klik banner kat bawah ni..

Sila Klik banner kat atas tu untuk join ye :-)

Wednesday, June 25, 2014

Peringatan dan Berhati-hati...



Lately banyak kita dengar pasal kes culik dan hilang especially kanak2 kan.. Risau ada..takut pun ada..tapi apapun sama2 lah kita ambil iktibar dan pengajaran..semoga anak2 kita dijauhi dari kejadian sedemikian... 


Sebahagian dr kes culik..
Takut sangat bila dengar macam2 rumours. Even dorang cakap semua tu kbr angin jgn percaya tapi for me perkara macam ni kena alert. Melibatkan anak tu..hilang anak kucing pun orang risau apalagi kalau zuriat ...nauzubillah.Dapat juga mesej dari group kengkawan..


Alhamdulillah..masing2 share sbg peringatan utk parents

En hubby cerita, semalam masa jemput Naqiuddin dr sekolah, tiba2 ada someone tanya dia "nak ambik anak ke? "..Dia pun pelik kenapalah org tu beria tanya macam tu rupa2nya according to Naqiuddin itu ustaz yg bertugas, setiap org yg datang masuk pagar sekolah akan ditanya. Pastu ustaz siap confirmkan dgn anak lagi..Hmm..elok juga macam tu. Sgt berterima kasih sebab pihak sekolah kerana mengambil langkah yg tepat demi keselamatan anak murid.

Rupanya semalam pihak sekolah dah pun agihkan surat pekeliling sebagai peringatan untuk ibubapa dan penjaga supaya alert kerana telah terjadi satu kes last week...cubaan menculik budak sekolah KAFA integrasi di Sepang. Yang ni ofismate me pernah ckp but since kami memang hantar dan pastikan dia masuk kawasan sekolah...even balik pun kami jemput sendiri  so takdelah risau sgt. Selalu ingatkan dia mesti berada dalam kawasan sekolah ...at least ada pakcik guard yg jaga.


Pekeliling dari sekolah..
For me, sejak Naqiuddin tadika lagi selalu pesan kat dia, jika ada sesiapa yang datang jemput selain dari kami & pakcik makcik saudara dia ..means adik beradik me @ en hubby..jgn sekali-kali ikut walau apapun alasan. Since dia dah sekolah dan tahu no hp kami..selalu pesan anything call kami dulu untuk confirm ataupun inform cikgu supaya call kami terlebih dahulu jika ada pihak lain yg dtg jemput di sekolah. Even kat rumah pun me memang tak pernah biarkan dia ke kedai sendiri. 

Biarlah org cakap me too fussy atau over protected sbb me percaya itu tugas kami utk pastikan keselamatan dia. Selebihnya kami mampu berdoa semoga Allah sentiasa melindungi dan jauhi dia dari unsur kejahatan.Untuk anak2 yg dah tahu membaca tu ajarlah anak2 kita doa Abu Darda..inshaa Allah kita akan dilindungi dari kejahatan dan musibah..

p/s : Dunia akhir zaman..jenayah makin berleluasa..kalau buat hukum hudud kan bagus..wondering kenapa ada pihak yg menolak hukum hudud..hmm..

' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin




 photo PicsArt_1399658091312_20140510_015633_zps327cecf4.jpg
Sila klik banner kat atas tu kalau nak join ye ;-)
 Ucapan Hari Ibu

Chek, sesungguhnya tiada insan semulia dan setabah dirimu..cekalnya hati mu mengasuh dan membesarkan kami seramai 10 org tanpa mengenal penat...membantu ayah menambah rezeki, tanpa rungutan juga keluhan. Chek...semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi rahmatNya keatas dirimu. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan chek pada kami semua. Sayang chek sangat2..

p/s : chek tu gelaran me utk ibu ;-)

Ryoka's 25th Anniversary 2014@Palace Of Golden Horses..

  

Cerita malam minggu baru2 ni..selepas dikira ditimbang lastly me decided utk attend Company Annual Dinner..tahun lepas me tak pergi..kebetulan ada hal..

This year quite grand juga since umur Ryoka dah masuk 25 tahun...kalau anak kiranya dah nak dapat menantu tu..hehe...Bertempat di Palace of Golden Horses..tak silap me ini kali ke 2 @ ke 3 annual dinner kat situ. This year acara start awal dari biasa sebab Presiden*wah presiden gitu..ye la..company's presiden.. di'terbangkan' khas dari Jepun..bersama our ex MD yg super baik, Nagayama San..;-).


Mcm gini la rupanya kad jemputan..ala2 jemputan kahwin gitu..
Kat bwah tu ada la lucky no me..wink2..;-)
Pic tak banyak yg sempat me snap sbb sampai dah lewat. Habis je event pun immediately balik..:-)..


Antara hidangan yg dorang sediakan..
Gambar me pinjam dr IG ofismate masa food test..

Cantik kan..sure org tgok mcm wahh  tapi dlm tu kek pisang je kot..
Nama dishes tu semua jgn tanya..nama semua ala omputih..pjg lebau lak tu..:-)
Me yg bambam sempat berselfie dgn member 1 dept.
Persembahan ada banyak sebenarnya tapi tak berminat nak snap pic sbbnya...banyak pakaian dorang yg tak cukup meter..korang paham kan..hehe


Table 13..
Gambar table tu sbbnya kami dan another table menang acar dress up table guna suratkhabar & tolet tisu..Dpt 10 hinggit sorang..ok ape..lepas la utk beli nasi kerabu untuk breakfast tu..:-)

Dalam hati cepat la balik..macam dah bosan..lucky draw...nampaknya tahun ni tak berapa nak lucky..tapi takpe..ada juga luckynya bila draw kat kilang dapat la voucher aeon JJ..:-)

Voucher ada kt dlm tu..kertas kuning tu utk kami redeem  door gift..
video


Keluar airmata me... bukan sebab sedih tapi seriously Jap tu buat kelakau..org suh jadi drummer tapi diketuknya kepala guna menda tu..tau apa ?? Berus toilet tu tapi harus la yg belum digunakan..Kononnya ala life band..tapi best sebab dorang sporting..yg tak sangkanya Japanese muka serius pun boleh have fun menari kat stage tu..

Friday, June 20, 2014

♥♡Selamat Hari Lahir Cinta Hati♥♡



Alhamdulillah...Di hari Jumaat 22 Syaaban 1435H meningkat setahun lagi umur jejaka kesayangan hamba...masih hensem...stay cool...dan yang penting semakin bertambah ilmu untuk mendidik kami..In shaa Allah... 

Wish??..almost every year me wish benda yg sama malah perkara yg lebih baik untuk en hubby. Semoga suami kesayangan hamba dianugerahkan kesihatan yg baik & dipanjangkan umur untuk mendidik isterinya yg masih memerlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar agar dapat menjadi seorg pendamping yg solehah...untuk mengajar buah hati kami agar menjadi seorg ank yg soleh...Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungimu kekasih hatiku dunia akhirat...

Darling..
♥♥I'm so blessed to have U near me & will always love you no matter what♥♥ 
In shaa Allah...
Hero kecintaan ♥ hamba
P/s : pre celebrate...just breakfast ber2 pagi tadi

Thursday, June 19, 2014

Kembalinya Blogger Syuhada ke Rahmatullah



Malam tadi terbaca wall post Eraz Fadli..terkedu sekejap...macam tak percaya.Baru minggu lepas terbaca dlm blog Farah Waheda ttg arwah koma kerana semput .Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..Dari Allah kita datang kepada Dia kita kembali. Salam takziah untuk keluarga arwah Syuhada..semoga mereka tabah dgn ujian Allah..



Sctually me tak pernah pun bertentang mata dgn arwah Syuhada Baharudin, tapi me mmg follow her blog dan IG .Suka baca he blog yg byk pengisian dan perkongsian ilmu. Sempat join her Giveaway sempena anniversary arwah yg ke 8 baru2 ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu ...al fatihah..



Aamiin ya rabbal alamin..semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..

p/s : last baca her blog perkongsian berguna untuk bloggers yg suam2 kuku mcm me..
http://syuhadabaharudin.com/2014/06/06/ciri-ciri-blog-berpengaruh/

Tuesday, June 17, 2014

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants



Giveaway contest lagi..:-). Jom kita pakat join. Tengok sape yg kreatif dan ada rezeki boleh lah merasa pakai kain pelikat 'comel' tu. So apa lagi...jom klik banner tu dan karanglah...

Kot syok mengarang janganlah sampai buat karangan pjg mcm form 6 tu..tdk lebih dari 100 patah perkataan itu syaratnya ok.

Sila KLIK banner untuk join ;-)
" Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana teringin nak tengok suami kesayangan saya pakai Pelikat pants ni. Design yang menarik dan besar pasti memberi dia keselesaan bila-bila masa memakainya samada bersolat, tidur atau bersantai. Nampak klasik dan unik pasti dia akan menyukainya. "


Monday, June 16, 2014

Giveaway Shawls Lace Beads & Pearls June 2014



Jom kaum Hawa kita ramai2 join..kaum Adam pun boleh jugak...mana tahu kot ada rezeki korang bolehlah bagi hadiah kat isteri pakai utk Raya nanti..cantik tuuu..Nak join sila klik SINI atau banner kat bawah ni ok..;-)

Eh nanti jap..sebelum klik tu baca bismillah dulu :-)



Nak tahu hadiah sila tengok & tekan banner tu jugak..sure korang tertarik..syarat2 pun senang sangat..Like..Follow n Follow..hehe

Bila Hari Bapa..



Semalam buka fb ramai dok update pasal Father's Day aka Hari Bapa termasuklah Rifqi Naqiuddin.


Me ?? Setelah setahun lebih arwah ayah tinggalkan kami...yg pasti me amat rindukan kenangan bersama arwah..



Since semalam en hubby keje, just keluar ke Alamanda waktu petang je. Takde la celebrate bagi coz as usual ,boleh dikatakan setiap tahun kami akan celebrate sekali dgn sambutan hari lahir me & en hubby awal July nanti...jimatkan ??..hehe. Alaa..lagipun bukan dah umur mcm ni tak la beria nak sambut befday bagai. Cukup dan syukur Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik untuk menjalankan tanggugjawab kami sebagai ibubapa & ank as well...yg lagi penting tanggugjawab kami sbg hambaNya.

Saturday, June 14, 2014

Pokok Kurma Di Negeri Serambi Mekah



Semalam terbaca di Harian Metro pokok kurma di Bulatan Jam Besar sedang berbuah lebat. Bila masa pula kat situ ada poko kurma ek...hmm..Malunya me sebagai anak Kelantan tak perasan pun kewujudan pokok kurma tu. Padahal dah masuk 7 tahun kot pokok kurma tu ditanam.

Foto
Sumber : Harian Metro
Tak silap me dulu kat bulatan tu ada jam besar dan beberapa ekor patung kijang disekelilingnya..siap ada air pancut lagi . Padahal if nak ke bandar Kota Bharu memang me akan melalui bulatan tu pun..Hmm..banyaknya perubahan yg kdg2 terlepas pandang.

Sumber : Utusan Malaysia
Pic pokok tamar ditanam pd 2009 
Tak sabar nak tengok sendiri pokok kurma yang tgh berbuah tu..kurma antara buah syurga & kesukaan Rasulullah. Dijangka masak penghujung Ramadhan. In shaa Allah kot Raya Puasa nanti me balik sempat la tengok dgn mata sendiri. Maybe negeri lain pun ada kot..yg tu me tak sure. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...