Monday, June 2, 2014

♨ Kerabu Mentimun ♨



Badan penat...semalam sampai rumah pun dah lewat, tapi me nak juga share satu resepi ni..

Kerabu Mentimun

Beberapa batang mentimun 
{Timun ni me dpt free dr Kak Long..hehe}
Satu cawan santan - tak perlu terlalu pekat

2 ekor ikan kembung - direbus- ambil isi
1/2 bawang merah besar - dipotong dadu
3 biji cili padi dihiris nipis - nak pedas boleh tambah lagi
Sedikit lada hitam - ditumbuk hancur
Sedikit kelapa digoreng garing & ditumbuk jgn terlalu hancur. 
1 batang serai - dimayang halus
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus 
Sedikit air asam limau nipis 
Sedikit garam 
Gula utk seimbangkankan rasa 


Bahan2nya..

Cara2...mentimun yg dh dibasuh, kupas kulit & disagat panjang.Pastu toskan sekejap air mentimun tadi. Masukkan semua2 bahan2 dalam satu bekas dan digaul rata. Rasa masin manis n msmnya. Pastu boleh hidangkan.


Dah siap..senang kan..hehe
Satu lagi kalau uols makan budu , boleh la letak sedikit budu dalam tu..lagi sedap rasanya. If tak boleh juga letakkan udang geragau aka udang bari...alaa..yg halus2 tu..tapi me tak berani la nak letak takut nti eczema me mengamuk..;-)

Pesanan dari penaja me ~ Kelapa parut perlu diperah menggunakan air yg dimasak sbb kerabu ni menggunakan santan mentah. Perlu dibuat & makan on the spot..if nak juga simpan kena masukkan dlm peti ais ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...