Monday, July 7, 2014

Juadah Iftar Bila Weekend..



Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 9 kita menjalani ibadah puasa. Pejam celik sekejap aje kan..Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menambahkan lagi amalan sempena bulan yg mulia ni. Kepala me ni masih lagi rasa tak selesa..since petang semalam kepala sakit..dah nak berbuka terus hilang selera. 

Nasib baik la pagi semalam still ok..sempat keluar beli barang dan balik masak. Masuk waktu petang dah macam org alahan ..lembik tersadai. dek sakit kepala. Maybe angin kot..takpe..itu ujian untuk me.. 'gastrik' tak dtg menyerang pun dah kira bagus. 

Antara juadah yang sempat me masak hari sabtu dan ahad. Simple janji memenuhi keiginan isi rumah :-).


Daging Masak Sambal Bercuka, Onde2, Butir Nangka & Kobis Goreng Bersosej
Yang ni semalam punya...Pulut Durian for me n Naqiuddin, Bubur Durian
tu requested by en hubby..Agar2 Pandan ,
Ayam Masak Lemak Cili Api +Nenas & Mix Vege Goreng Kicap 
As Usual ...tak nak jadi membazir so hanya sejenis sayur dan sejenis lauk sahaja. Sebab malamnya nanti kami more to dessert tu. 

Semalam since Naqiuddin request nak Ayam Goreng Bersalut Oat so buatlah utk dia. Repeat lagi untuk sahur pagi tadi.


Ayam Goreng Bersalut Oat...siap suruh repeat lagi tu..
Yg ni pemberian jiran..ambil dr Masjid katanya..T.Kasih
Alhamdulillah atas rezeki yang Dia berikan..cukuplah makan untuk ala kadar..nak masak banyak karang membazir pulak.

Eh..Tiba2 pula boleh edited balik..demi Kak Yati wokey ;-)

Daging Masak Sambal Bercuka

Daging - Bhgn yg lembut
15 tangkai Cili kering - dibuang biji dan direbus
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia - Di hiris halus
2 sudu kicap lemak manis
1 sudu besar cuka
Tomato
Sebiji bawang besar - yg warna kuning
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit gula utk balancekan rasa.

Daging direbus sekejap hingga separuh empuk. Tapi biasanya daging yg lembut tak rebus dulu pun takpe. Ketepikan kejap.
Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan * yg telah diblend hingga berbau wangi, masukkan halia dan daging tadi. Kemudian masukkan cuka,kicap dan garam secukupnya*yg ni kena pandai2 agaklah ye..bulan posa kt x leh nk try :-) . Masukkan air biar daging tu mereneh sampai sambal hampir pekat. Masukkan tomato. Kacau sekejap.. dah boleh angkat. Taburkan daun bawang dan daun sup yg telah dipotong.
Nota : sebenarnya lagi lama masak lagi sedap sebab bahan2 tu meresap dlm daging :-)


12 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila weekend lah kita dapat memenuhi permintaan orang dirumah kan Norma.. sedap pulak akak tengok daging masak cuka tu.. bagilah resepi ehe :)

MizzTina said...

Waaa..meriah².. since ada danish ni msk simple² je..

Nurzakiah Hanum said...

SEDAPNYA

Norma NML said...

@MizzTinaBiasa tu Tinn bila ada ank kecik..dpt masak pun dh kira ok..:-)

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumBiasa2 jer.. ;-)

Norma NML said...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)Akak..jp saya edit n add resepi kat situ ok :-)

Mia Liana said...

wahhh sedapnya...

p/s: tahniah ya... jemput tengok http://www.mialiana.com/2014/07/pemenang-bertuah-url-blog-6.html

Aziela said...

Kadang2 bila banyak sangat lauk, kita dah tak dapat menikmati keenakan sesuatu jenis tu... Bila sejenis dua jer terhidang, kita menikmatinya 100%

MyCherita said...

Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari perserta Segmen Nak URL Blog #6 by Mialiana.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita

Norma NML said...

@MyCheritaSlm kenal juga n thx for follow :-)

Norma NML said...

@AzielaBetul tu..kan..:-)

Norma NML said...

@Mia LianaHehe..tq Mia ..akak dh check td..;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...