Tuesday, July 15, 2014

♨Tempe Goreng Rangup Bersama Petai♨



Hari ni kerja..orang cuti kami kerja tapi cuti kami berganti..hmm..biasalah decided by management.

Kali ni me nak share 1 lagi resepi. Resepi ni 1st time buat bila, 'terjatuh' hati dgn rasanya yang ada masin dan sedikit manis masa makan kat PKNS before puasa hari tu...pastu crunchy lagi..sedappp. So me try la sendiri masak untuk berbuka untuk Sabtu lepas. Resepi tu me belasah je reka sendiri. Nak buat ni banyak step sikit so hari cuti je baru boleh. 


Bahan2
Sebungkus Tempe - dihiris nipis dan dipotong 3
(Ini tempe yg standard psr mlm RM1 tu ye)
1/2 cawan ikan bilis - dibersih dan digoreng garing.
Isi petai*sbb jering takde yang telah di hiris nipis dan goreng sekejap.
(x goreng pun boleh tapi nti bau tu kuat sangat)
10 ulas bawang merah*
1 ulas bwg putih*.
5 biji cili api*.
1/2 sudu cili kering (yg ni me tambah)
3 sudu besar minyak masak 


Bahan2nya sikit tapi kena buat 1 by 1 so jd lambat.
Cara2 untuk sambal

Blend semua bahan2 '*' hingga hancur ..tapi me suka half lumat so tumbuk aje. Panaskan minyak, tumis dulu cili giling hingga kering, kemudian masukkan bahan yang telah di kisar. Masukkan gram secukupnya dan sedikit gula. 
Note : Garam jgn terlalu banyak sbb tempe dan ikan bilis tu dah masin. Perlu ada sedikit rasa manis utk balancekan masin dan petai tu.

Dah siap, sejukkan dulu sambal. Mesti sejuk dahulu...jangan gelojoh ok..nanti ikan bilis dan tempe tadi jadi lemau if sambal masih panas. Ingat tu. Dah sejuk boleh la campurkan semua bahan2 yg telah digoreng dan digaul rata. Done. Alhamdulillah :-)


Antara juadah kami utk sabtu tu termasuk
Tempe Gorang Rangup Bersama Petai
Tempe goreng tu en hubby suka, even Naqiuddin pun suka tapi dia tak suka petai so abahnya jadi mangsa, mana petai yg masuk dalam pinggan dia habis dia kutip dan 'transfer' ke pinggan abahnya. Sabar je la..


p/s : petua org2 tua..if x nak mulut berbau slps mkn petai @ seangkatannya sila kunyah beras yang mentag hingga hancur..pastu masuk air sikit  dan kumur kjp b4 buang. Inshaa Allah rasa petai yg melekat kat lidah pun akan hilang :-) 

2 comments:

MizzTina said...

rajinnya akak slice nipis² tu.. tp rangup la sedap kan..

Norma NML said...

@MizzTinaOk je..bulan posa kan kena la lebih sabar..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...