Sunday, August 31, 2014

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka..



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 Malaysia..disini lahirnya sebuah cinta...semoga Malaysia terus aman makmur dan sentiasa dibawah tampuk pemerintahan berlandaskan agama Islam.

Sumber : Google

Friday, August 29, 2014

Sweet 3 Delights...Macam2 Ada..



Seperti yang me janjikan , nak buat entry khas untuk blog Sweet 3 Delights. Actually me tak kenal pun pemilik Sweet 3 Delights ni tapi since last minute diberitahu psl Jamuan Raya tu, me mati kutu tak tahu nak bawa apa ..if last year me order kek..kali ni nak kelainan so me menggunakan khidmat en google..hehe. 

Alhamdulillah jumpa yg terdekat dgn tempat kerja me..Taman Desa Surada Seksyen 8 Bandar Baru Bangi..around 10 minit je dari ofis me.. Pemiliknya, Kak Jamaliah sgt peramah masa mula2 me whatsapp tak silap 2 hari sebelum..tanya sempat ke tak..since me nak order Kuih Cara Berlauk dan officemate me nak order Kuih Talam ABC, alhamdulillah dia ckp ok. Ikutkan term dia bagi 5-7 days before dah kena order. Pastu ikutkan KCB tu intinya daging tapi me request inti ayam..sebab offismate me ada yg beragama buddha so kenalah respect dorang kan.

 Tq sangat2 Kak Jamaliah..sedap kuih akak ni tau...siap kawan2 ofis tanya lagi "order kat mana ye ?".."apa lagi yang ada ye?"..senang cerita saya bagitau dorang terjah je blog akak tu..hehe...utk sesiapa yang berminat nak buat tempahan sila rajinkan diri menjenguk blog Kak Jamaliah ..ada kuih talam bermacam jenis, kek2, savory,desserts dan macam2 lagi. Yang penting harga berpatutan ok.
Tengok tu..mcm2 ada kan...nk order sms,whatsapp @ call
Kak Jamaliah 019-6702956
Selain tu ada juga biskut..tapi me tak pernah try order lagi..tapi pernah makan biskut yg seakan2 Almond Snap Cookies ni..ala yang buat dgn tepung yang mahal tu..Crunchy Caramel Almond aka Florentine Cookies . Tapi yg Kak Jamiliah ni me tak sure..nak tahu kena confirm dgn dia ..
Cookies ni x silap Kak Jam pernah info rm25 satu balang tu..
Senang cerita kalau berminat..apa kata kengkawan terjah je blog Kak Jamaliah ni..1st impression..orangnya sangat peramah ..cakap lemah lembut..tak jemu melayan me yg dok whatsapp tanya itu ini pasal tempahan hari tu. 


p/s : seronok bila segalanya kembali elok..Ya Allah..jagalah dan lindungilah perahabatan kami..jauhkan kami dr sengketa..

Segmen BlogWalking bersama RedBellas



Salam Jumaat...Jom kita meriahkan Segmen Blogwalking blog Redbellas ni beramai2. Boleh menambahkan kenalan dan mengeratkan ikatan ukhwah dgn penuh keikhlasan...:-)

Sila Klik banner kat atas untuk join ok..
Segmen akan berakhir pada 16 September 2014 9.00pm..Hari Malaysia tu ;-)

Thursday, August 28, 2014

Jamuan Aidilfitri diawal Zulkaedah..




Sudah habis bulan Syawal tapi company tempat me kerja baru nak buat sambutan. Last minute decided. As usual kami ada tugasan masing2 apa yang perlu dibawa..kiranya dgn keikhlasan hati gitu. 

This year me hanya tempah kuih cara berlauk dari Kak Jamaliah Sweet 3 Delights. Nanti me buat entry khas untuk tempahan ni ok..manalah tahu kot ada yang berminat ke.. Rasanya sedap & kawan2 puji .


Atas tu Kuih Lapis ABC rm22 & Kuih Cara Berlauk tu rm20..
kawan2 ckp sedap..
Back to entry..jom layan pics yang sempat me edit..just from whatsapp share dari ofismate ..


Persediaan sebelum jamuan bermula..
Snap pics dulu sebelum jamuan bermula..yeayy kami ber'aidiuma' :-)
Jamuan bermula..


Atas tu antara makanan yang dihidang...
Bwh tu aour Janapase termasuk our MD..sblh kanan tu ofismate lor..
Masa utk makan..makan & makan..
Lepas makan masa kami untuk sambung bergambar...tapi ada org dengki...well...janji kami ♫♫bahagia..bahagia♫♫..


Nakano San our MD sgt sporting..tq MD san..:-)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...petang nanti kita sambung lagi ye kengkawan...biar ada yang lagi dengki..hehe...


p/s : semoga ikatan persahabatan yg terjalin selamanya..InshaaAllah..

Tuesday, August 26, 2014

Surprise Dari Eda Euruka Seven :-)



Sebenarnya if tak silap me dah almost dua miggu sepatutnya me terima bungkusan tersebut. Tapi since me takde kat rumah..sorry ye  Eda..akak kerja masa posmen tu dtg..hehe. So me kena la pegi ke Pusat Pos Laju berdekatan..kat Bandar Baru Bangi..

Nak dijadikan cerita lepas tu busy beraya dan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan..so asyik tertangguh je. Semalam en hubby tanya pasal surat tracking utk ambik parcel tu..

Norasyidah ???...sapa ek...macam takde kawan nama tu.




 Cuba recall..seingat me takde la plk order brg ke apa..hmm hati dah tak sabar..tengok kotak..eh ubat dari China..sapa pulak yang bagi..belum lagi buka ..en hubby dah cakap.."jgn makan"..haha lawak betul bila ingat tu..tu la..don't judge anything by it cover..bila buka je...taraaaa...macam2 ada kat dalam tu..termasuk lah simple note dari sender..


Comel je bunyinya..Surat penalty...
Terjawab sudah...baru me ingat pernah masuk giveaway wajah misteri tu..Rupannya gift pemenang ke 17 teka wajah blogger Eda Euruka ...hehe .

Btw..thanks a lot yer dik..sorry la akak tak ingat..maklum lah umur dah macam gini..;-).


comel je brooch kartun tu..nti akak bagi anak buah yer..maklumlah
anak akak si bujang jer..hehe



Monday, August 25, 2014

♨Kek Batik Berkacang♨



Dua hari cuti rasa macam tak cukup..amboi tamak kan..hehe. Biasalah if weekend, ada je menda yang me nak buat..nak masak. Macam dah lama tak buat kek batik padahal senang je pun. Maybe sbb kat rumah me tu dua2 hero tak berapa suka makanan yang terlalu manis. 

So Jumaat tu singgah Speedmart beli milo*beli yg pek kecil sekali tu dan biskut marrie, bahan2 lain semua dah ada kat rumah.

Bahan@..tengok pic kat bawah ni :-)

Buttercup 250g, milo pek kecil {200gm), 1/2 tin susu pekat manis,
1 pekBiskut marie munchy's, 1 sudu teh esen vanilla, dan kacang tanah yg
telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit..ditumbuk kasar..1 sudu besar serbuk koko
Cara2..
Cairkan butter, masukkan susu pekat manis, milo dan serbuk koko..kacau rata, masukkan esen vanilla. Kacau lagi hingga milo dan serbuk koko hancur serta sebati. Tutup api kemudian masukkan biskut marie yg telah dipth 4 ..gaul rata.Last sekali masukkan kacang tanah..kacau lagi.


 Masukkan ke dalam bekas, tekan hingga mampat. Masukkan dalam peti ais..biarkan paling kurang 2 jam dlm tu. Lagi lama lagi bagus sbb bila potong nanti cantik tersusun..

Nampak macam x padat kan..tp dah pdt sbnrnya tu ;-)
Dari tepi...

Inilah akibatnya bila x sbr..x sampai 2 jam
me dah potong..so mcm x cantik kn tp rasa ok je...hehe

Pastu bawa bekal pi lepak rumah adik...rindu nak main dgn budak kecik ni..geram..makin besar makin byk keletah si Khalish ni..

Kerja si bujang me..digomol je Khalish tu..nasib le mood dia ok..
Kalau dipegang berdiri keje dia mmg exercise je memanjang..
penat wey nk lwn tenaga dia melompat :-)
Sekarang dah meniarap ke depan macam askar..kejap lagi jawapnya ibu dia nak kena make sure langsung takde benda kecil atas lantai..karang tak pasal2 disapu semua tu dalam mulut..


p/s : bestnya ada baby..baby's smell sgt wangi walaupun x mandi..;-)


Friday, August 22, 2014

✈ ✈ 20 Jenazah MH17 Dibawa Pulang..Al Fatihah...✈ ✈



Alhamdulillah...setelah 37 hari menunggu jenazah 20 mangsa pesawat MH17 akan dijangka tiba di tanahair pada pukul 10am nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan pengebumian jenazah nanti. 


Muka depan akhbar hitam putih sebagai
menghormati  'kepulangan' mangsa MH17
Al fatihah buat mangsa2 yang beragama Islam. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 mereka dan tempatkan mereka dikalangan orang2 yang soleh solehah. Salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga mereka tabah dan redha dgn ketentuan Ilahi.


Sumber : Utusan Malaysia
Kerajaan telah pun mengisytiharkan waktu bertafakur antara jam 10.45am - 11.15am selama 1 minit. So untuk kita yg beragama Islam perbanyakkan sedekah al fatihah buat mangsa. Semoga 'mereka' tenang di alam sana.


#MH17


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

Hari ini juga kerajaan menggalakkan rakyat berpakaian yang tidak menyerlah dan suram sebagai menghormati ketibaan jenazah.


Sebagai rakyat Malaysia me menyahut seruan itu..
#blacknwhite baju kurung


p/s : Hukum tafakur boleh baca sini..tapi untuk kita yang beragama Islam...banyakkan sedekah al fatihah dan kurangkan aktiviti hiburan ok.

Thursday, August 21, 2014

Bila Musim



Sekarang ni musim..bukan musim buah aje..musim demam..musim ramai yang batuk selsema. Mungkin perubahan cuaca kot. pegi klinik rata2 pun sakit yang sama.

Hari tu me demam..sakit tekak bagai..yang kelakarnya setiap kali me sakit en hubby punyalah risau..tak habis2 dia cakap " risau betul  bila nyawa abg sakit"..lawak je..demam je kot..tp maybe sbb me jenis yg susah demam dan bila demam memang flat habis. Apapun tq ye dling sbb tidur x nyenyak nak pastikan temperature badan me ok. 
Alhamdulillah demam 2 hari je.
Dalam masa yang sama anak buah me si Khalish pun demam..dah ibunya mengadu baby asyik merengek & nak tidur kat atas riba je..me faham apa yang dia rasa, maklumlah 1st time baby demam..nasib  baik stay dekat dgn rumah kakak so bolehlah tolong tengok2kan dan gilir2 jaga baby. Alhaddulillah now baby pun dah sihat cuma batuk je still ada sikit2.

Rindu kamu..hari tu pegi dia tidur so x boleh nak main.
Lepas me dah ok, en hubby pula yang batuk selsema, nasib baik tak melarat. Minggu lepas anak bujang me mengadu sakit tekak...sakit kepala..hmm nampaknya dah berjangkit kat dia...maybe sebab dia asyik dok cium je kami kot..tak bagi karang merajuk pulak. Apapun semoga anak ummi cepat sembuh.

Cepat sembuh ye syg..


p/s : x sbr nk tuggu next week..nak balik Kelantan lagi...♪♪hati ku ria...:-)

Wednesday, August 20, 2014

Dhiya's First Giveaway



Tengok ramai kawan2 blogger yang join, apa salahnya kita sama2 join giveaway Dhiya ni. Manalah tahu kot berpeluang jadi satu antara 7 orang pemenang kan.

Tapi yang tu tak penting, yang penting ikatan ukhwah yang terjalin. Semoga bertambah erat tanpa sengketa dan penuh keikhlasan. Jadi jom kita ramai2 pakat join ye..

Sila klik banner untuk join
Giveaway ni bermula pada 12 Ogos 2014 hingga 31 Ogos 2014 (12 malam). Banyak lagi masa tu. Cuba jangan tak cuba :-)


Tuesday, August 19, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com





Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, August 18, 2014

♨Sambal Petai Ikan Bilis Mudah & Simple♨



Macam tak cukup rehat je bila cuti sehari saja...dah tu penat kesana kemari..maklumlah still lagi dalam bulan Syawal. Pagi ni me nak share slh satu masakan yg me & en hubby mmg suka sgt tapi yang tak daya tu baunya. Dan sebab itu jugalah ank bujang me tak suka..hehe

Sambal Petai Ikan Bilis
Bahan2 -
5 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
10 tangkai cili kering - rebus dahulu*
1 labu bawang besar - dimayang
sedikit air asam jawa @ 1/2 keping asam gelugur
1/2 cawan ikan bilis yg telah dibuang tulang
(nak guna yg halus tu pun boleh tp for me rasanya kurang best)
2 tangkai petai -diambil isi & dibelah 2
Minyak secukupnya utk menumis
garam dan gula secukup rasa.
1/2 cawan air.

Cara2 :
Panasakan minyak dan tumis bahan2 * yg telah dikisar, sekali sekala kacau hingga bahan2 tersebut garing. Masukkan sedikit air..biarkan sampai agak kering sambal tu baru masukkan ikan bilis..kacau dan masukkan lagi baki air..biar ikan bilis agk lembut baru masukkan petai, bawang besar dan air asam jawa. Kacau, masukkan garam dan gula secukupnya. Pastu dah boleh angkat. Makan dgn nasi panas2 camtu mmg sodap*kata org nogeri :-) . Tak malu kan isi baku angkat sendiri...iyelah sape lagi yg nak angkat bakul kita kan.

Nampak tu isi petai yg fresh gitu
Beside tu me masaklah lauk sayur lain yg senag2 gitu. Dah petang nak keluar beraya kan so x payahlah beria sgt kan.

Yang warna ala2 coklat tu budu tumis telur ok..krg jgnla korang pelik pulak.
Ok..untuk yang suka makan petai ni...lagipun elok makan petai ni sebab banyak khasiatnya. Antaranya dipercayai boleh merawat jantung, kencing manis dan mencuci buah pinggang. Tapi dalam Islam makruh ye sebab ciri2 petai ni berbau.

Buah2 yg seangkatannya yg mengeluarkan bau yg kurang menyenangkan..:-)
Since 'buah2' tersebut ada khasiatnya dan ramai yg menggemarinya, apa kata cuba amalkan petua2 ni. Antara petua yang chek me pernah ajar dan amalkan , sila kunyah beras mentah dan kemudian kumur beras tu dgn air. InshaaAllah akan berkurangan walau tak 100% hilang bau petai tu. Selain dari itu boleh juga minum kopi o pekat dan 1 lagi petua minum susu segar beberapa teguk sebelum dan selepas makan petai. So tak payahlah risau sgt kalau teringin nak makan petai @ jering @ buah kerdas tu. Apa yg me amalkan kunyah beras & kumur. Pastu gosok pula gigi. InshaaAllah bau tu akan hilang.


Saturday, August 16, 2014

"Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse"



Jom kita sama2 menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita. Walaupun persahabatan di alam maya saja..yang penting keikhlasan dalam persahabatan. Jom kita pakat join "Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse ".

So jom klik banner kat bawah ni untuk join.


Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com
Sila klik banner untuk join..:-)



Cempaka Rimba PKNS Berwajah Baru..



Cempaka Rimba...eh jangan salah faham pulak..bukan hutan rimba ye tapi restoran. Rasanya mostly yg stay area Bandar Baru Bangi & Kajang tahu kot kat mana...Terletak di PKNS Bandar Baru Bangi aka Billion BBB. Amboi kemain intro yek..padahal nak tunjuk rupa restoran tu yg berwajah baru je kot. 

Kelmarin teman en hubby berbuka*jelesnya en hubby dah Raya dulu..huhu. Dan as usual tempat ni jadi salah satu fav. sebabnya senang ..senang nak bersolat..makanan pun not bad dan murah. Cuma satu je yang kurang....dalam restoran ni no tv..no radio so sgt susah untuk nak dengar azan. Not that day je even bulan puasa pun...customer masing2 akan berpandangan satu sama lain sbb was2 dah masuk ke belum waktunya..tertanya2...mmg la ikutkan ada jam..ada henpon canggih boleh download application tapi tv @ paling tak radio disediakan. Kebetulan masa tu juga ada seorg nenek tanya kat waiter..''anak, dah azan ke belum ?"..."entah ..tak tahu la saya". Haa..gitu lah gayanya.

Jom kita tengok rupa selepas makeover..sorry la yer pic before me takde la pulak..hehe..


Dari luar...
cantik dan nampak kemas ..
mcm biasa si bujang me kelaparan balik sekolah.
Satu lagi kat sini me suka tengok cara management dia dari segi disiplin pekerja. Setiap hari Jumaat pekerja lelaki akan berpakaian baju Melayu sedondon je warnanya..dan yang pentingnya mereka semua akan ke masjid beramai. Takkan ada seorg pun pekerja lelaki dalam tu. Bagus kan..tak dinafikan ada juga restoran lain yg tetapkan mcm tu tapi tak kurang juga yg biarkan pekerja mereka jadi 'tiang bendera' setiap hari Jumaat ..maklumlah fikir keuntungan semata2...;-)

Masa nak pegi solat tu ternampak kat Galeri Buku Syabab...

I like :-)..laknatullah Israel
#prayforGaza #savepalestin...sama2 kita berdoa
semoga Allah melindungi saudara2 kita disana..
Alluakbar...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...