Monday, August 18, 2014

♨Sambal Petai Ikan Bilis Mudah & Simple♨



Macam tak cukup rehat je bila cuti sehari saja...dah tu penat kesana kemari..maklumlah still lagi dalam bulan Syawal. Pagi ni me nak share slh satu masakan yg me & en hubby mmg suka sgt tapi yang tak daya tu baunya. Dan sebab itu jugalah ank bujang me tak suka..hehe

Sambal Petai Ikan Bilis
Bahan2 -
5 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
10 tangkai cili kering - rebus dahulu*
1 labu bawang besar - dimayang
sedikit air asam jawa @ 1/2 keping asam gelugur
1/2 cawan ikan bilis yg telah dibuang tulang
(nak guna yg halus tu pun boleh tp for me rasanya kurang best)
2 tangkai petai -diambil isi & dibelah 2
Minyak secukupnya utk menumis
garam dan gula secukup rasa.
1/2 cawan air.

Cara2 :
Panasakan minyak dan tumis bahan2 * yg telah dikisar, sekali sekala kacau hingga bahan2 tersebut garing. Masukkan sedikit air..biarkan sampai agak kering sambal tu baru masukkan ikan bilis..kacau dan masukkan lagi baki air..biar ikan bilis agk lembut baru masukkan petai, bawang besar dan air asam jawa. Kacau, masukkan garam dan gula secukupnya. Pastu dah boleh angkat. Makan dgn nasi panas2 camtu mmg sodap*kata org nogeri :-) . Tak malu kan isi baku angkat sendiri...iyelah sape lagi yg nak angkat bakul kita kan.

Nampak tu isi petai yg fresh gitu
Beside tu me masaklah lauk sayur lain yg senag2 gitu. Dah petang nak keluar beraya kan so x payahlah beria sgt kan.

Yang warna ala2 coklat tu budu tumis telur ok..krg jgnla korang pelik pulak.
Ok..untuk yang suka makan petai ni...lagipun elok makan petai ni sebab banyak khasiatnya. Antaranya dipercayai boleh merawat jantung, kencing manis dan mencuci buah pinggang. Tapi dalam Islam makruh ye sebab ciri2 petai ni berbau.

Buah2 yg seangkatannya yg mengeluarkan bau yg kurang menyenangkan..:-)
Since 'buah2' tersebut ada khasiatnya dan ramai yg menggemarinya, apa kata cuba amalkan petua2 ni. Antara petua yang chek me pernah ajar dan amalkan , sila kunyah beras mentah dan kemudian kumur beras tu dgn air. InshaaAllah akan berkurangan walau tak 100% hilang bau petai tu. Selain dari itu boleh juga minum kopi o pekat dan 1 lagi petua minum susu segar beberapa teguk sebelum dan selepas makan petai. So tak payahlah risau sgt kalau teringin nak makan petai @ jering @ buah kerdas tu. Apa yg me amalkan kunyah beras & kumur. Pastu gosok pula gigi. InshaaAllah bau tu akan hilang.


19 comments:

Farah Waheda Wahid said...

salam isnin, ini sememangnya pembuka selera ni...

Nurzakiah Hanum said...

sedap kan

MizzTina said...

suka mkn smbal tu, tp petainya sy xmkan.. boleh x? hehehe

Norma NML said...

@Farah Waheda Wahidwslm..tu la..kan..:-)

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumUtk yg suka sedap la Anum..hehe

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumUtk yg suka sedap la Anum..hehe

Norma NML said...

@MizzTinaboleh jer...eh2 tak boleh..membazir la mommy Danish ni..:p

Cik Sue said...

budu tumis tuuuuu...nak resepiii heheheh biasa tumis sambal ikan bilis je huuhuu...petai dah habis rebus n buat jeruk kat umah sebesen baru ni,takut buruk cepat2 jeruk hehehhe

Norma NML said...

@Cik Suesu..sedapnya petai jeruk..beli psr malam sini bpk la mahal..
Budu Tumis..
5 ulas bwg merah - di mayang halus
5 sudu budu..cap tere deh sbb x masin sgt ;-)
1 biji telur
sedikit air..

Tumis bwg, dh garing masukkan budu...kacau kejap..masukkan sedikit air..pecahkan telur..kacau rata bagi telur masak..x perlu ltk garam..dah siap..
Nak yg resepi rumit boleh refer sini..http://www.myresipi.com/top/detail/19227..

Anizz Annisa said...

wah unik la budu tumis telur tu.. nampak sedap... hihi...

armila style said...

Ikn bilis tu x goreng dulu ye, ni memg lain sikit dr smbl sy, blh try pas ni.

Norma NML said...

@Anizz Annisammg sedap..cuba anis buat :-)

Norma NML said...

@armila stylex pyh..kalau goreng nti lemau sbb sambal bilis ni mcm berkuah sikit..bukan jenis yg kering..

sugar2 kapas strawberry said...

tumis telur budu? hehehe..unik2..tak pernah dgr.. kalau sambal petai saya suka sambal petai udang. pernah mkn sambal tempoyak petai? sama je cara nk buat sambal macam akk buat ni..tukar cili kisar dgn tempoyak..sdp..

Norma NML said...

@sugar2 kapas strawberrydgn udang lgi sedap tapi akak alahan seafood tp kdg2 hentam jugak..hehe..
sambal petai tempoyak harus la makan n pernah buat sbb hubby org Phg..;-)

najla mohayidin said...

nangis tengok sebab sedap sgt. :'( :'(

sedihh. hahaah lapar sehhh!

http://najlamohayidin.blogspot.com/

jaymiee said...

mak ai...terus tergugat tgk sambal petai ni....haaaaaa...lapar.

Norma NML said...

@najla mohayidinhehe..nanti najla masak ye :-)

Norma NML said...

@jaymieeJaymie..krg suruh wife tolong masak kan :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...