Tuesday, September 30, 2014

♨Bubur aka Pengat Keledek Dgn Cha Cha♨



Macam dah lama tak masak dessert, yg ni pun antara resepi yang terkumpul..me buat hari Sabtu lepas juga..kebetulan masa tu anak2 buah me ada kat rumah..so tak tahu nak masak apa utk minum petang.

Check apa yang ada kat dapur..baru teringat ada beli keledek pelbagai warna, ada cha cha, santan kotak,gula melaka aka nise & daun pandan pun ada. Maka 'berpisau' la me kat dapur..ehhh..jgn salah faham..pisau tu untuk potong keledek la..
Inilah hasilnya..nasib baik anak2 buah & si bujang me suka..Alhamdulillah
So as usual me akan share resepinya ok..

Bahan2
Keledek - warna oren, putih & purple
{dikupas & potong dadu besar }
1 kotak santan m&s
2 helai daun pandan - disimpul
1 keping gula melaka aka nise
2 sudu besar gula - kalau nak manis boleh tambah*tp gula melaka tu dah manis 
sedikit garam utk menambahkan rasa lemak
{paling x suka mkn bubur yg ada rasa manis aje..kata org Klate..lecah leweh..hehe}
1 pek cha cha 

Cara2 
~cha cha direbus dalam 5-10 minit ..senang cerita rebus hingga empuk bersama gula melaka*tujuannya spya rasa  gula melaka menyerap dlm cha cha..lain org lain caranya ;-)

~Keledek yang telah dikupas , di potong dadu besar...kemudian rebus keledek putih dan oren hingga 1/2 masak..keledek purple tidak perlu direbus sbb dia mudah empuk..takut nti hancur. Kemudian ketepikan.

~ masukkan santan, gula , daun pandan dan sedikit garam kacau hingga mendidih. Pastu last sekali masukkan cha cha dan keledek..kacau perlahan hingga keledek empuk. Angkat dan boleh dihidangkan..






Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA



Mood tengah rajin untuk join giveaway...pagi ni nak join Giveaway by Siti Aisya...So untuk sesiapa yang nak souvenir dari Paris tu apa kata ramai2 join ...ye la..kot nak pegi sendiri tak tentu dapat kan..
Ok..untuk join sila klik banner kat bawah ...
Sila klik banner kat atas tu ye..
Giveaway akan berakhir pada 28 Oktober 2014, so masih ada masa lagi untuk pencinta Paris mencuba nasib..Hadiah yang bakal u all dapat jikalau terpilh antaranya key chain Eiffel Tower yg comel, poskad & maps of Paris .



Syarat2 penyertaan:


  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

Mereka yang terpilih dan spot tag adalah...

http://www.armilastyle.blogpot.com/
http://mimialya.blogspot.com/
http://anumkhairil.blogspot.com/



♨Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Kentang♨



Ingat x semalam me dah inform awai2...me dah cakap ada banyak masakan dan resepi yang simple tapi menyelerakan yang me nak share...especially untuk anak2 dara atau teruna yang nak belajar memasak...juga untuk suami yg isteri bekerja atau outstation ke..takde lah susah2 nak makan kat kedai sorang2 kan.

Yang ni pun salah satu hasil me masak2 hari minggu lepas. 

Bahan2
Ikan bils 1/2 cawan
{sebenarnya ikut suka ..lebih pun org x marah..cuma stok}
yg siap dikupas itu aje yg ada}
1 biji kentang - dibelah 4 dan dipotong 5*x fhm tengok pic nti ye
 {me guna yg saiz besar so cukuplah sebiji aje}
6 biji cili api - ditumbuk kasar
{nak lagi pedas boleh letak lebih}
1 biji bawang besar merah ~ dipotong dadu
{kalau suka byk bwg boleh letak lebih}
sebiji bwg putih ~ diketuk
(yg ni biasanya org x letak, tp me suka letak, nti bwg putih tu mkn jgn
dibuang sbb byk khasiatnya}

Cara2
Goreng kentang hingga masak, ketepikan.
Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
Tumis bawang merah hingga layu masukkan cili api dan bawang putih..nampak cili dah agak garing masukkan kentang tadi..letakkan sedikit garam dan gula utk balancekan rasa. Me suka tambah serbuk tumix...kalau masak base on ikan tu letaklah tumix ikan bilis...tak letak pun takpe..sedap jer.Masukkan satu sudu air utk sebatikan garam & gula dgn kentang tadi..kacau hingga kering. Biarkan sejuk barulah masukka ikan bilis dan gaul...tujuannya supaya ikan bilis kekal rangup :-). Done .

Hasilnya
V
v


Nampak biasa je tapi boleh buat en hubby makan bertambah-tambah tau..;-)
Ok..alhamdulillah done..Selamat mencuba adik kakak abg2 ye..^◕‿◕^

Cabaran 30 Hari ~ Day 30 ~ Perkara Menarik Yang Me Berbangga Tahun Ini..




Yessss...dah masuk hari yang ke 30...Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk hari terakhir..eh terakhir ke?? Tapi kat list tu ada hari  yang ke 31..adik Sue terrr...bakpo jadi gitu pulop..31 dah hilang menyorok ke ??....hehe ..K.Ma gurau je ye..jgn marah, nanti Sue nampak lebih tua dr K.Ma..;-).

Actually rasa happy..puas hati ..rasa seronok..rasa sedih..macam2 rasa bila dapat selesaikan task hingga hari ke 30. Gara2 #cabaran30hari ini jugalah kenalan blogger me bertambah walaupun tak seberapa. Yang penting dapat menambahkan lagi kenalan di alam maya..dapat mengeratkan dan berkongsi apa yang patut..parenting, resepi, travel & kisah hidup tapi tak lah sampai cerita dalam kain selimut . Itu dah kira berdosa ok.

Dah masuk hari ke 30 #cabaran30hari...task yang semakin sukar untuk diselesaikan tapi me tetap gigih untuk menyahut cabaran..hehe..

Perkara yang me banggakan...tahun ini ??? Apa ye..kena recal balik since Januari sampai hari ni..hmm


Hmm..apa yerrrr..
sumber : en google
Stucked...no idea at all...tapi me tetap nak selesaikan task. Me berbangga walaupun me bekerja tapi still mampu menguruskan segala kerja rumah dan urusan memasak-memasak tanpa mendengar sebarang rungutan dari en hubby dan anak. Aci tak jawapan tu ??...alaaa boleh la kan..sebab me tetap rasa bangga walaupun dah berbelas tahun dgn rutin yg hampir sama. Sangat bangga..


sumber : en google
I'm proud with myself bila en hubby puji depan chek me..."selama 13 tahun nikah dgn Ma*paggilan family utk me tak pernah tak terjaga utk sahur"..masa tu en hubby dok borak dgn chek me kononnya wife dia ni sgt rajin...haha...btw tq en hubby..I lap luv U...wink2...itu pun kira bangga apa..dapat menjadi isteri yang disenangi suami..mudah-mudahan begitulah selamanya.

 Alhamdulillah..syukran....berjaya menyahut cabaran dgn menamatkan task hingga hari ke 30..Done..
Selesai sudah from day 1st till last one today...yess..hip hip hoorrayy.


p/s : Cikgu Sue..tq for this idea..thumbs up


Monday, September 29, 2014

♨Roti Telur Cheese♨



Hari minggu hari masak2..byk resepi terkumpul ni..hehe. Hari ni me nak share satu lagi resepi yang sangat mudah..tak sampai 10 minit to prepare...simple tapi mengenyangkan. Strictly forbidden for those  who on diet tapi jgn risau..ada cara lain untuk u all menikmatinya...tungguuu... ;-). Masa ofismate me Tina share pic tu tengok je macam..hmm..nampak sedap. 
Bahan2 ~ Roti, Telur, Cheese dan butter untuk menggoreng
Kebetulan semalam keluar beli groceries so beli sekali bahan untuk Roti Telur Cheese. Malam tadi juga me buat dan lil hero bagi thumbs up..

Untuk membuatnya senang je..1st step ambil sekeping roti, letak sekeping cheese atas tu..nak sedap sapu sedikit butter terlebih dahulu atas roti tadi. Then letakkan sekeping lagi roti diatasnya..ala mcm sandwich gitu. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, celup roti tadi, dan goreng atas non stick pan yg telah dilenser dgn sedikit butter .Goreng hingga keperangan...masa ni lah u all akan terhidu baunya..perhh...memang menggugat selera sesiapa yg tengah diet tu. Tak faham ?? Sila refer gambar kat atas tu ...


Me guna Roti Sandwich Wheat Germ ,tepi x buang sbb x baik membazir
cheese x kuning ...x igt brand apa.
Hasilnya...


nampak x cheese yg melting tu..pehhh
makan masa panas baru terasa lemak2 gitu..
Ok..jangan pula pelik bila nampak ada sesuatu atas roti tu...yg tu susu pekat manis...as usual me suka makan roti letak susu pekat manis termasuklah roti canai..tapi x la byk..ala2 je ok. Macam yg me buat untuk breakfast hari Sabtu lepas, Roti Telur pun makan dgn susu pekat manis..yummy :-)

Yg ni slh satu contih roti yg me makan dgn susu pekat manis..:-)
Utk ibu2 elok cuba RTC tu...penuh dgn kalsium...anak2 mesti suka...nak sedap lagi ats tu letak aiskrim .

Tapi rasanya seperti yg bgtau kat atas mula2 tadi... resepi ni kalau yg tengah berdiet pun boleh je,cuma tukarkan jenis bahan2 tu...untuk roti guna Roti Gardenia Breakthru,cheese gunakan SCS Reduced Fat Cheese,Telur Omega & Minyak Zaitun...

Ok...selamat mencuba -

FIRST GIVEAWAY BY WNURASYIQIN



Salam Pagi Isnin..macam dah lama tak join giveaway , since 'dijemput' hari ni me nak join giveaway Nusaryiqin...a small girl with big dreams ni ;-)..kenalan baru dan just follow her her blog..just glance thru baca blog adik ni..hmm..bagus..more tentang keagaamaan...why not kita join dan sama2 support new blogger kan..

Sila klik Banner @ SINI untuk join ok..:-)
Untuk tahu syarat dan details boleh klik banner..senang sangat syaratnya..dan 3 orang yang bertuah akan dipilih untuk mendapat 'habuan' ..hehe. Tapi yang tu tak penting kan..sambil tu dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kita..kalu terpilih itu dikira rezeki ^◕‿◕^ :-)


p/s : Untuk yg dah join dan bakal join..wish u all good luck..
To Ekin..thx invite akak to join yr giveaway..all the best :-)


Cabaran 30 Hari ~ Day 29 ~ Bunga Kegemaran & Ertinya Untuk Me...



Bila tanya bab bunga...me dgr most of frens..they love roses but for me, me suka bunga tulip . 
Kalau tanya erti , yang tu memang me tak tahu..tapi suka sangat tengok tulip..tengok kat dokumentari je la..nak tengok live x mampu ;-) ..seriously rasa calm tengok ladang tulip..cantik..teratur..nampak kemas je..

Tapi sayangnya pokok bunga tulip tak mesra alam dgn cuaca  kat Malaysia. Belanda antara negara yang  mempunyai banyak ladang bunga tulip . Macam kat bawah ni..sampaikan dorang ada Tulip Festival..hmm..jom layan pics kat bawah yg me pinjam dari en google..







Yg ni masa dorang menyambut Tulip Festival kat Holland Februari ths year

Nampak tu..bunga pokok tulip yang cantik tersusun...subhanallah..indahnya ciptaanMU. Jom kita tengok dari pic yang zoom in...

I like ;-)

p/s : Ada yang yg cakap bunga tulip melambangkan cinta yg sempurna..jiwangkah me sbb suka tulip..oh no3..I'm not....hehe

Sunday, September 28, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 28 ~ 5 Perkara Bermula Dengan Andainya..



Happy weekend semua....
Bila baca task #cabaran30hari day 28 ni dah rasa macam angan2 la pulak..macam daydreaming gitu...tapi takpe mana tahu akan jadi kenyataan ke ...semuanya ditangan Dia..kun faya kun...so tiada mustahil kan..



~ Andainya me kaya, teringin sangat nak mengumpulkan adik beradik me..tinggal dikawasan yg sama...tiap2 minggu nak buat gathering..mengeratkan & menguatkan lagi ikatan persaudaraan antara kami..seronoknya tak dapat bayangkan..

~ Andainya me diberi rezeki yang lebih..me nak pergi mengerjakan umrah bersama 2 hero, chek dan mak mertua.

~ Andainya suatu hari nanti me tidak lagi bekerja, me teringin nak menjaga chek..menjaga segala kebajikan dia..tak mudah sebenarnya nak memujuk org tua utk stay bersama kita.. 

~ Andainyame mampu, me teringin untuk membina sebuah rumah untuk anak2 yatim...dan yang pasti me nak mereka panggil me dgn gelaran ummi.

~ Andainyadipanjangkan umur...semoga Allah sentiasa membuka ruang hidayah untuk me menjadi muslimah yang sejati..supaya me tidak membawa sedikit dosa pun untuk ditanggung oleh imam me kelak....InshaaAllah.

Setiap orang ada perancangan dan keinginan. Andainya...andainya...segalanya perlu diiring dgn usaha, doa & tawakal..^◕‿◕^

p/s : tiada yg mustahil dgn kehendak dan keizinan Allah swt...

Saturday, September 27, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 27 ~ Mood Me Hari Ini..



Mood hari ni??? Hmm...of couse le happy ◕‿◕ ....wink2...walaupun a bit busy dgn housework...happy dapat spend more time dgn Naqiuddin kat rumah walaupun en hubby takde..sbb he's working today.Kalau keluar pun maybe malam nanti. Yang penting hari ni semua kerja rumah settle dan esok boleh rehat. Hahaha..rehat la sgt..tengok2 'tersesat' kat shopping complex..hehe.

Itu dah jadi satu rutin..malam minggu @ hari minggu kami akan keluar..pegi makan2 ke..bawa Naqiuddin pegi swimming pool ke..paling tak sekadar riadah janji kami keluar bersama...


Time is ticking...
So gunalah sebaik2nya..:-)

Nice quote..love this :-)
Keluarga adalah kurniaan Allah yang terlalu tinggi nilainya...love them as u love yourself..♥♥

Friday, September 26, 2014

Nasi Dagang Terengganu..



Salam pagi Jumaat..semoga penghulu segala hari ini akan memberi lebih keberkatan kpd kita semua. Hari ni me nak share pasal masak2 lagi. Yang ni me masak untuk bekalan breakfast semalam. Lately me asyik post pasal resepi je..adik2 kakak2 jgn marah ye...;-). Lately teringin nak makan nasi dagang...nasi dagang homemade ok. 

Kalau yang beli senang je nak dapat, pergi pasar malam atau kat restoran ada je cuma selalu sgt terkena nasi yang dimasak agk keras...i don't like..hehe.Memandangkan takde beras nasi dagang maka terjadilah Nasi Dagang Terengganu...


Beras Nasi Dagang
Sumber : En Google
Nasi Dagang Terengganu
(Hidangan untuk 3-5 org)
1 1/2 cawan beras pulut
1 cawan beras basmathi
{Ada yg guna beras wangi shj so x perlu campur beras pulut}
Santan 1 kotak ~ me guna M&S 
{nak guna pure santan pun boleh tapi me grab aje apa yg ada dlm kabinet}
1 sudu teh biji halba
1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
2 inci halia ~ dihiris nipis
sedikit garam.

Cara2
Beras pulut & basmathi dicampur kemudian dibasuh. Rendah selama 2 -3 jam. Then panaskan pengukus, kukus hingga keluar wap ditepi pengukus. Sementara menunggu pulut masak, sediakan bahan untuk digaul bersama nasi nanti. Masukkan bwg, halia, halba dan sedikit garam ke dalam santan tadi. Kacau rata. Kukus lagi sekali hingga masak *keluar wap kt tepi pengukus tu.

Untuk Gulai Darat Ayam tu korang boleh refer kat sini...me pernah masak before this.

Untuk Acar Mentah
Bawang besar - di hiris nipis
cili merah - di hiris nipis
1 sudu besar cuka makan
garam & gula secukupnya
sedikit nenas masak*
mentimun*
lobak merah*

Semua sayur di hiris memanjang mcm french fries tu tp kecil sikit, mentimun kena buang biji ye..masukkan cuka , gula & sedikit garam..x perlu masukkan air sbb bila acar diperap lebih dari 1 jam air dari mentimun dan nenas akan keluar.

Dah siap..senang kan...bak kata Chef Ammar..masak dari hati masak with iman..Alhamdulillah..

Dah selamat menjadi breakfast kami semalam ;-)


Cabaran 30 Hari ~ Day 26 ~ Gajet Kepunyaan Me..



Gajet terkini yang me guna henpon murah je pun tapi dah banyak berjasa sejak henpon samsung me ucap bye2 ..;-). Henpon Lenovo A850+ , hadiah dari en hubby in advance sempena birthday me this year..

Memandangkan me jenis yg suka snap picture so henpon ni sgt penting..kemaruk?? Lantak le org nak ckp apa...tapi me mmg suka 'tangkap gambar' bukan selfie aje tau...mcm2 ada dlm henpon ni...pictures is worth a thousand memories...;-)

Yang penting depan harus ada 2 hero tu..hehe


Thursday, September 25, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 25 ~ Berita Terkini Hari Ini Yang Me Baca



Sudah menjadi rutin, sampai ofis on komputer...terus baca HM online...pastu yang wajib me tengok dulu adalah tajuk berita utama..

Salah satunya dan yang me tertarik...

sumber : Harian Metro
Sccreenshot kt hp je senang :-)
Berita yang sedih..semoga anak2 kita boleh berfikir pjg dan tidak bertindak tanpa akal fikiran yg waras. Yg penting cuba elakkan mereka dari bercinta di alam persekolahan. Tapi budak2 skrg tak seperti kita dulu..susah dijangka. Kita hanya mampu beri didikan yang terbaik terutamanya agama, selebihnya kita berdoa dan tawakal.

♨ Mee Hailam Simple In da House ♨



Menu yang me masak last week, masa dok belek henpon malam malam tadi ternampak pic Mee Hailam ni. Tak malu me cakap most makanan especially yg 1st time @ jrg masak me akan snap. Biarlah org nak ckp apa..yg penting ia satu kepuasan especially bila me dpt share resepi tersebut walaupun dah berlambak resepi yg sama dlm mana2 web @ blog kdg2 resepi tersebut tak sama...ada yg suka letak mcm2.

For me, me suka yg simple dan cepat dimasak dan haruslah menepati citarasa 2 hero kat rumah tu. Maklumlah balik keje baru nak perepare utk dinner..disebabkan masa yg suntuk me prefer masakan yang ada nutrisi yg lengkap dalam satu masakan...contoh..mee sup, nasi goreng, mee hailam & byk lagi..yg penting lebihkan sayur dan lauk dalam tu.Tapi biasanya me selang seli...tekak melayu haruslah ada masanya nak makan nasi kan. Alhamdulillah hero2 me tak byk kerenah..syukur sgt.

Ok..back to entry.

Resepi Mee Hailam
Sebungkus Mee Kuning 
{me beli kt psr mlm, homemade org Melayu..
x igt brand tp langsung xde bau kapur}
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia - diketuk
1 biji bawang besar - cincang halus
2 sudu besar cili giling
{sepatutnya bwg putih, bwg merah, halia & cili dikisar bersama} 
Isi dada ayam ~ dihiris nipis
Fishball - dibelah 2
Sayur sawi dan kobis
{yg ni optional.. boleh letak apa2 sayur yg sesuai..
jgn pula masuk terung  @ bendi..hehe}
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
3 sudu kicap lemak manis
2 sudu kicap masin
garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk tumix ayam
Air secukupnya
sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah

Cara2 untuk kuah ...
Panaskan minyak, masukkan cili giling kacau hingga garing, kemudian masukkan halia,bwg putih & bawang merah..kacau hingga naik bau..masukkan isi ayam dan fishball...masukkan sedikit garam, serbuk tumix & segala sos & kicap tu..then kacau sekejap , masukkan pula sayur2 tadi..masukkan air. Apabila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata..Last sekali silalah rasa masin manisnya . Sebab Mee Hailam ni akan ada sedikit rasa manis..bukan manis macam gula tu..tapi lemak manis macam kicap gitu :-). Masakan bersup @ berkuah sememangnya sedap dimakan semasa panas. So bila nak makan barulah tuang kuahnya.


Dan inilah hasilnya..:-)
Yg ni mee pecahkan telur sebiji dlm tu sbb Naqiuddin requet..
Untuk mee tadi as usual, me akan basuh terlebih dahulu dgn air biasa, last sekali dgn rendam kejap dalam air panas..

Wednesday, September 24, 2014

Late Dinner..Kuey Teow Kungfu ♨



Cerita masak2 malam tadi...disebabkan semalam pegi pasar malam, balikpun dah agak lewat. Ikut plan nak makan kat luar tapi restoran yg kami pegi tak buka. A bit frustrated sbb teringin nak makan kuey teow kungfu. So dgn menggunakan bahan2 yg me beli kat pasar malam tu, terhasil lah me punya KTK..my version. 

Bahan2 ~ 
Untuk Kuey Teow
Sebungkus kuey teow
2 biji telur
sedikit garam

Cara2 
~ Pukul telur bersama sedikit garam dan kacau sebati. Masukkan kuey teow dan kacau rata. Panaskan sedikit minyak atas non stick pan dan goreng hingga keperangan. Masa nak terbalikkan tu kena hati2 takut terburai..Me guna pemanggang ikan ajaib tu so senang..
{ikut resepi asl kuey teow ni dorang tak basuh...tapi me punya pesen..mee ke..kuey teow ke..mesti basuh terlebih dahulu & basuhan last dgn air panas..rasa mcm tak bersih if x basuh..:-) }

Dah siap..
Bahan2 ~
Utk Kuah
3 ulas bwg putih - diketuk
1/2 biji bwg besar - di hiris nipis
3 biji cili api
1 biji cili merah
Ayam - bhgn dada dihiris nipis
Fishcake - hiris nipis
Kobis bunga
Baby kailan
Lobak merah
air  secukupnya
{sayur tu boleh letak macam2 tp itu je stok yg me ada}
serbuk lada sulah
3 sudu besar sos tiram
sedikit tepung jagung dibancuh
sebiji limau nipis
{yg ni perahkan bila nak mkn..kdg bau telur tu ada yg tak suka..
but if x nk letak pun tak pe :-) }

Cara2 ~
Panaskan sedikit minyak, tumis bwg merah..dah layu masukkan bwg putih & cili api, bila dah naik bau masukkan isi ayam tadi..masukkan sos tiram, lada sulah & sedikit garam dahulu*x masin boleh tambah kemudian..masukkan fishcake..kacau, then masukkan sayur dan . Kacau sekejap masukkan air dan cili merah. Bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung biar kuah menjadi sedikit pekat.Dah siap.
Siap kuah..not seafood at all walaupun resepi asal  ada mcm2 seafood
kena rest skjp utk 'menghormati' my eczema..hehe
Dah siap kuah tu ..tuang ke atas kuey teow tadi..kena makan semasa masih panas baru sedap. Perah sedikit asam limau nipis utk hilangkan bau telur jika suka.Tak nak pun takpe..takde sape pun yang marah..;-)
Alhamdulillah rezeki dr Allah swt utk kami..
Jap nak zoom sikit..:-)



p/s : Mcm pic terlebih dahulu me shared kat IG bkn ats sebab nk menunjuk @ minta dipuji tapi me suka berkongsi..nawaitu itu hanya Dia yg tahu..;-)


Cabaran 30 Hari ~ Day 24 ~ Rumah Impian Me..



Hari ni dah masuk hari ke 24 rupanya #cabaran30hari ni ye. Rumah Impian ..kalau kecik dulu nak sangat dok rumah banglo besar. Lagak macam orang kaya gitu. Ada banyak bilik , bertingkek2 & ada kolam renang bagai. Tapi itu angan2 masa kecil.

Kalau sekarang atau future jika diizinkan Allah me dan en hubby selalu borak2 , nanti kita buat sebuah rumah atas tanah kita sendiri*alhamdulillah kami adik2 beradik diberi satu tapak rumah setiap orang oleh parent kami..Tak perlu besar biar sederhana dan lengkap..ada bilik solat & serta lengkap dgn bilik bacaan .Yang penting rumah tu kemas dan selamat untuk kami berlindung. Dikelilingi pokok2 hijau ...dlm erti kata lain ada suasana kampung gitu..InshaaAllah..:-)

Selalu survey contoh rumah2 banglo setingkat especially di Kelantan...cantik semuanya..;-). 

Tak besar tapi kemas kan..:-)
Yg ni nampak moden..I like :-)


Nampak simple but modern
Ok2..back to reality..apapun kita hanya merancang...doa, usaha & tawakal. Jika itu rezeki kita maka itulah yg kita akan dapat...:-)

Tuesday, September 23, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 23 ~ Pekerjaan Yang Me Ingin Selain Kerja Sekarang..



Masuk cabaran hari ke 23...pasal kerja...hmm..selain dari kerja sekarang...banyak sebenarnya nak buat..konon lagak macam superwoman la kan...

Tapi yang me nak sangat..teringin sgt nak buat kerja yang berkaitan dengan kebajikan. Maknanya bekerja sambil memberi khidmat samada dirumah orang2 tua ataupun rumah anak2 yatim. 

Sumber : En Google
Kalau benda yang kita nak buat sure ada reason kenapa kan...salah satunya sebab me nak dekatkan diri dengan mereka dan merasai sendiri kesusahan dan perasaan mereka bila berada dalam keadaan macam tu.Perasaan anak2 yatim..perasaan orang tua yg ditinggalkan anak2... Sekurang2nya bila kita tengok orang yang lebih susah dari kita kita akan rasa lebih bersyukur dgn kurniaanNya..kan3..:-).

Sejuk mata memandang anak2 ini..semoga mereka menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan sentiasa dilindungi Allah swt..

Sumber : Google..
Ok..itu aje kot for task of day 23..;-)



Caramelized Banana Sandwich...



Semalam 1st trial me buat sandwich ni....tak pernah lagi jumpa kat mana2 restoran western yg pernah me pegi. Resepi yang ni me tengok dari youtube. Sangat senang dan tak banyak kos.

Bahan2 
Roti Sandwich
{apa2 brand pun boleh}
4 biji pisang berangan - di potong nipis
2 sudu gula perang
4 sudu besar butter
sedikit serbuk kayu manis
sedikit garam ~ kalau guna unsalted butter
{sgt sedikit ye..mcm rasa salted butter}
2 sudu air

Cara2 untuk buat karamel pisang...
Masukkan gula merah, butter...kacau sekejap..then masukkan air kacau hingga gula hancur..masukkan serbuk kulit kau manis dan garam. kacau hingga jadi karamel.

Ambil roti...letakkan karamel diatas..sekeping lagi roti disapu butter..tindihkan dua roti tadi dan dibakar atas non stick pan yang disapu dgn sedikit butter. Dah agak roti tu ranggup & keperangan tu angkatlah ye. Jangan leka nti cepat hangus ..;-)

Dan hasilnya....
Caramelized Banana Sandwich
Nak sedap lagi atas tu letak aiskrim vanilla...pehh..memang tambah lemak le jawapnya...tapi sekali sekala apa salahnya kan..:-)

p/s : upload gambar makanan pun boleh jadi buah mulut..hisshhh..x fhm..
think +ve..let them be..Alhamdulillah :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...