Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 11 ~ Kenangan Lucu Zaman Kanak2..



Kenangan zaman kanak2, kalau nak dikirakan banyak sgt. Tapi me nak kongsi satu pengalaman yang me ingat sampai sekarang..kenangan yang agak memalukan dan boleh buat me tergelak sorang2 .

Zaman sekolah me dalam kategori budak perempuan yang lasak..mungkin sebab before me adalah tiga orang abang. Masa sekolah rendah me joined pasukan pengakap sekolah. Seronok tau sbb macam2 aktiviti, kdg2 buat kerja amal,boleh pergi berkhemah..pastu yang best banyak pergi lawatan. 

Masa cuti sekolah me dan group pengakap dari beberapa sekolah ada lawatan sambil belajar ke Terengganu , banyak tempat dilawati..antaranya tempat kami bermalam..di Rantau Abang..aktiviti malam tu tunggu penyu naik bertelur..ye lah bukan senang dpt peluang macam tu. Bila dah sampai waktu tgh malam, cikgu bertugas kejutkan kami..me dan bf, Latifah laju je ke tepi pantai...nak mengintip la katakan..hehe..Tengah malam..nampak muka pun samar2. Peserta dah mula ramai berkumpul..sementara menunggu penyu naik seronok je me & bf berborak..antara ayat yg me ingat..

" Pah..nati mu bilo penyu tu ttelo mu de ambik, mu ambik ko aku se deh, kalu aku de ambik, aku ambik ko mu se."
Tak faham ek..hehe..me terjemahkan ok.
 " Pah, nanti bila penyu tu dah bertelur kau ambil untuk aku satu ok, kalau aku yang sempat ambik, aku ambil untuk kau satu"..haaa..lebih kurang macam tu ayat dia..Tiba2..
"Ambik telur penyu ?? Awak ni siapa, siapa Pah ??"...alamak malunya..nak menjerit pun ada, rupa2nya kawan me dah hilang..yg me cakap tadi budak lelaki pulak tu..Ya Allah...malunyaaaa...Laju je me pecut lari masuk bilik. Bf me rupanya ada kat dalam bilik sebab nak ke toilet. Sabau je la..

Itulah antara kenangan manis me zaman kanak2 utk melengkapkan task hari ke 11..:-)..Bf me sekarang dah pun jadi cikgu. 


Me n bf masa sekolah rendah ..Latifah..haaa..jgn nak gelak sgt tgok pic tu..:P
~ sorry pic terpaksa diblurkan sbb semuanya free hair..;-)




2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi

Anizz Annisa said...

hihi.. kelakar.. boleh plak confident ckp dgn org sebelah kan.. ingt kawan sendiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...