Saturday, September 13, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 13 ~ 5 Blog Kegemaran Me..



Selamat berhujung minggu...Straight to the entry..
 5 Blog Kegemaran...menjadi listed sebab masing2 ada kelebihan dan keunikan tersendiri.

1. Blog Ben Ashaari.
Blog merah menyala yang sangat simple tapi penyampaian berkesan. Jarang nak jumpa entry dia yang panjang lebar. Frankly to say blog Ben Ashaari adalah antara blog yang terawal me baca dan sedikit sebanyak menjadi panduan untuk me berblog walaupun suam2 kuku gitu. Suka dgn cara full time blogger ni yang bijak membahagikan masa sebagai blogger dan dalam masa yang sama menjadi 'babysitter' kpd Qhaliff & Zara...dua orang permata hati beliau yg sgt comel.

2. Blog Lyssa Faizureen 
Masa mula2 nak berjinak dgn dunia blogger , nak tahu macamana2 nak tukar background, nak letak doodle, nak buat header dan banyak lagi. Blog Lyssa Si gadis genit yang comel dan tak kedekut berkongsi ilmu ini banyak membantu me coz dalam tu penuh dgn tutorial. Tq ye dear coz sudi share ilmu2 yg awak ada. Setiap ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat besar ganjarannya.

3. Blog Azie Kitchen
Blog Kak Azie pun antara blog yang selalu me baca, blog yang penuh dgn resepi masakan. Since me memang suka memasak tapi tak mahir so me banyak refer kat internet,  blog Kak Azie ada macam2 resepi especially resepi masakan Kelantan. Blog beliau memang best..teratur step by step cara nak masak..senang nak ikut. Alhamdulillah so far yang me dah cuba pelbagai  resepi Kak Azie menjadi walaupun tak sesedap Kak Azie masak..janji hero2 kat rumah tu suka..hehe.

4.Blog Ustaz Muhamad bin Abdullah Al Amin
Antara Ustaz favourite yang selalu keluar kat TV tu..Suka baca blog beliau sebab dalam tu beliau berkongsi tentang tempat2 menarik yang dilawati ..yg penting berkaitan dgn Islam...diceritakan tentang sejarah Islam di negara2 tersebut...bestnya kalau me dapat menjejakkan kaki ke tempat2 tersebut. Selain dari tu terdapat juga soal jawab tentang kemusykilan agama dalam blog beliau yang boleh dijadikan rujukan.

5.Blog Dayang Deno
Blog kepunyaan seorang gadis yang me respect, how she struggled with SLE aka lupus..Walaupun me tak pernah jumpa face to face...dari entries beliau...I knew she very strong person...beliau redha dgn ujian Allah ...tak pernah putus asa dan give up walaupun hidup bergantung dgn ubat. Dan yang paling best beliau seorang freelance designer yang kreatif dan aktif mengambil tempahan design blog..tgh2 dok fikir nak buat tempahan design blog dgn beliau .. 


Itu antara top 5 yang me suka , selain dari tu banyak lagi blog2 yang me baca dan jadi silent reader . Suka baca kisah dan pengalaman bloggers..ilmu yang dikongsi oleh mereka sgt banyak..yang penting kita gunakan utk kebaikan bukannya utk 'membunuh'...eh2..ini bukan bunuh tikam la...maksudnya jgn gunakan blog utk menjatuhkan dan memburukkan orang lain..;-) 

6 comments:

Anizz Annisa said...

blog abg ben pun anis suke jugak..hihi...

aiman mania said...

wuhuuu..semua blogger ada kelebihan masing - masing kan ??? terima kasih sebab memperkenalkan blog ustaz tuh ....aiman nak introduce kat akak blog Fatin Liyana,salah seorg blogger peymes yg bru sahaja menamatkan pelajaran dlm bidang medic di Bandung dan Ukm...gaya penulisan dia sgt2 antai n kalau akak bukak blog dia selalu jer ada org view....kalah artis...selebriti blogger katakan....visit her at:

honeykoyuki.blogspot.com

kak yatiadam said...

as salam tuan tanah..tahniah anda ada blog yang banyak info

jemput blogworking
www.yatiadam.com

Norma NML said...

@Anizz AnnisaSifu tuu..entry ringkas tp berinformasi.

Norma NML said...

@aiman maniaFatin Liyana mmg akk dah follow..dh jd doktor kan..

Norma NML said...

@kak yatiadamwslm..thx yati..done follow..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...