Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari ~ Day 7 ~ Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting..



Kalau tanya pasal pendidikan...bagi me sangat penting..tapi kenalah seimbang..pendidikan berteraskan duniawi dan juga pendidikan untuk bekalan di 'sana' kelak.

Ikutkan me belajar taklah tinggi..atas sebab2 tertentu me menolak tawaran dari ITM masa tu...maybe pengaruh kawan kot..kononnya course tu tak ok....nak cuba form 6 konon..Apapun itu semua dah lepas. Sekarang kalau bab pendidikan sekarang more to anak bujang me.

Dari awal memang niat me dan en hubby especially... nak sangat Nagiuddin masuk sekolah aliran agama. Alhamdulillah dia pun berminat dan ada kecenderungan ke arah itu. Even since dia darjah satu dia dah boleh membaca Al Quran sendiri..kata org Klate ..'mengenal'...cuma bab tajwid tu dah tentu perlu bimbingan.  Bab menghafal pun alhamdulillah kalau disuruh so far dia boleh . Sekarang dia dlm usaha nak menghafal surah Yasin.

Apapun pendidikan akademik juga kami tekankan, kata orang biarlah seimbang ...bukan semata2 sebab masa depan sahaja...tapi atas tuntutan agama juga..tanamkan niat dihati dia ...belajar kerana Allah Taala...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Barangsiapa menginginkan soal2 yang berhubungan dgn dunia, wajiblah ia memilikinya, dan barangsiapa yg ingin (selamat & berbahagia)di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula, dan barangsiapa yang menginginkan kedua2nya , wajiblah ia memiliki ilmu kedua2nya pula"
{Hadis Riwayat al Bukhari & Muslim}

10 comments:

Anizz Annisa said...

pendidikan dunia dan akhirat kena seimbang.. setuju!! :)

Miela Asmila said...

Alhamdulillah sukanya.. bila anak pandai mengaji.. akakpun sama macam awak.. anak akak baru seorang, dah darjah satu..tapi apa yang merisaukan akak, tentang agama.. biarpun akak dah hantar sekolah agama,tapi dia masih slow.. tak tau dimana silapnya..sedih sangat.. dugaan Allah.. anak anak sekarang perlukan didikan agama yang lebih mantap kerana hidup ini terlalu banyak cabaranya... maf lah tercoret panjang pulak...ok selamat berkenalam.. kak mila..

NzA said...

InsyaAllah moga naqiudin menjadi anak cemerlang dunia n akhirat.

armila style said...

Terbaik .terang hati anak tu
www.armilastyle.blogspot.com

Engku Muzahadin said...

Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/

Norma NML said...

@Anizz AnnisaKan ;-)

Norma NML said...

@Miela AsmilaSalam kenal Kak Mila..takpe slowly..alin kanak2 lain caranya..inshaaAllah hati mereka masih bersih..Allah akan permudahkan ..yg penting niat kita utk mereka.

Norma NML said...

@NzATq akak..aamiin..

Norma NML said...

@armila styleThx Mila..InshaaAllah..mudah2an ..aamiin..

Norma NML said...

@Engku MuzahadinTq EM..akak dh follow :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...