Thursday, September 25, 2014

♨ Mee Hailam Simple In da House ♨



Menu yang me masak last week, masa dok belek henpon malam malam tadi ternampak pic Mee Hailam ni. Tak malu me cakap most makanan especially yg 1st time @ jrg masak me akan snap. Biarlah org nak ckp apa..yg penting ia satu kepuasan especially bila me dpt share resepi tersebut walaupun dah berlambak resepi yg sama dlm mana2 web @ blog kdg2 resepi tersebut tak sama...ada yg suka letak mcm2.

For me, me suka yg simple dan cepat dimasak dan haruslah menepati citarasa 2 hero kat rumah tu. Maklumlah balik keje baru nak perepare utk dinner..disebabkan masa yg suntuk me prefer masakan yang ada nutrisi yg lengkap dalam satu masakan...contoh..mee sup, nasi goreng, mee hailam & byk lagi..yg penting lebihkan sayur dan lauk dalam tu.Tapi biasanya me selang seli...tekak melayu haruslah ada masanya nak makan nasi kan. Alhamdulillah hero2 me tak byk kerenah..syukur sgt.

Ok..back to entry.

Resepi Mee Hailam
Sebungkus Mee Kuning 
{me beli kt psr mlm, homemade org Melayu..
x igt brand tp langsung xde bau kapur}
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia - diketuk
1 biji bawang besar - cincang halus
2 sudu besar cili giling
{sepatutnya bwg putih, bwg merah, halia & cili dikisar bersama} 
Isi dada ayam ~ dihiris nipis
Fishball - dibelah 2
Sayur sawi dan kobis
{yg ni optional.. boleh letak apa2 sayur yg sesuai..
jgn pula masuk terung  @ bendi..hehe}
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
3 sudu kicap lemak manis
2 sudu kicap masin
garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk tumix ayam
Air secukupnya
sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah

Cara2 untuk kuah ...
Panaskan minyak, masukkan cili giling kacau hingga garing, kemudian masukkan halia,bwg putih & bawang merah..kacau hingga naik bau..masukkan isi ayam dan fishball...masukkan sedikit garam, serbuk tumix & segala sos & kicap tu..then kacau sekejap , masukkan pula sayur2 tadi..masukkan air. Apabila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata..Last sekali silalah rasa masin manisnya . Sebab Mee Hailam ni akan ada sedikit rasa manis..bukan manis macam gula tu..tapi lemak manis macam kicap gitu :-). Masakan bersup @ berkuah sememangnya sedap dimakan semasa panas. So bila nak makan barulah tuang kuahnya.


Dan inilah hasilnya..:-)
Yg ni mee pecahkan telur sebiji dlm tu sbb Naqiuddin requet..
Untuk mee tadi as usual, me akan basuh terlebih dahulu dgn air biasa, last sekali dgn rendam kejap dalam air panas..

2 comments:

mila said...

Harus dicube ni. .sy share ke page sy

Norma NML said...

@milahehe..ok no preblem..tq Mila :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...