Friday, September 26, 2014

Nasi Dagang Terengganu..



Salam pagi Jumaat..semoga penghulu segala hari ini akan memberi lebih keberkatan kpd kita semua. Hari ni me nak share pasal masak2 lagi. Yang ni me masak untuk bekalan breakfast semalam. Lately me asyik post pasal resepi je..adik2 kakak2 jgn marah ye...;-). Lately teringin nak makan nasi dagang...nasi dagang homemade ok. 

Kalau yang beli senang je nak dapat, pergi pasar malam atau kat restoran ada je cuma selalu sgt terkena nasi yang dimasak agk keras...i don't like..hehe.Memandangkan takde beras nasi dagang maka terjadilah Nasi Dagang Terengganu...


Beras Nasi Dagang
Sumber : En Google
Nasi Dagang Terengganu
(Hidangan untuk 3-5 org)
1 1/2 cawan beras pulut
1 cawan beras basmathi
{Ada yg guna beras wangi shj so x perlu campur beras pulut}
Santan 1 kotak ~ me guna M&S 
{nak guna pure santan pun boleh tapi me grab aje apa yg ada dlm kabinet}
1 sudu teh biji halba
1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
2 inci halia ~ dihiris nipis
sedikit garam.

Cara2
Beras pulut & basmathi dicampur kemudian dibasuh. Rendah selama 2 -3 jam. Then panaskan pengukus, kukus hingga keluar wap ditepi pengukus. Sementara menunggu pulut masak, sediakan bahan untuk digaul bersama nasi nanti. Masukkan bwg, halia, halba dan sedikit garam ke dalam santan tadi. Kacau rata. Kukus lagi sekali hingga masak *keluar wap kt tepi pengukus tu.

Untuk Gulai Darat Ayam tu korang boleh refer kat sini...me pernah masak before this.

Untuk Acar Mentah
Bawang besar - di hiris nipis
cili merah - di hiris nipis
1 sudu besar cuka makan
garam & gula secukupnya
sedikit nenas masak*
mentimun*
lobak merah*

Semua sayur di hiris memanjang mcm french fries tu tp kecil sikit, mentimun kena buang biji ye..masukkan cuka , gula & sedikit garam..x perlu masukkan air sbb bila acar diperap lebih dari 1 jam air dari mentimun dan nenas akan keluar.

Dah siap..senang kan...bak kata Chef Ammar..masak dari hati masak with iman..Alhamdulillah..

Dah selamat menjadi breakfast kami semalam ;-)


6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

ziana shaklee said...

wow..nampak sedapp la hihi

jemput singgah blog Cik G jugak yerr

http://zianaeunos.blogspot.com

MizzTina said...

bru eksaited nk msk nasi dagang, zaidi xbeli pulak berasnya.. huhuhu

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumAnum..bolehla masuk utk Cik Abe tu :-)

Norma NML said...

@ziana shakleeTq sudi singgah...done follow yrs :-)

Norma NML said...

@MizzTinaAlahai siannya..sruh dia beli kat psr borong je ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...