Wednesday, October 15, 2014

Bencana..Musibah Atau Peringatan...



Semalam kawan2 dok share pics kejadian puting beliung yang melanda Pendang, Kedah... Innalillahhi wainnailaihirooji'un. Subhanallah..me yg tengok video tu pun dah rasa takut..apatah lagi mereka yg mengalaminya..Kalau dulu selalu tengok dalam discovery channel tu bencana alam macam tu byk terjadi kat luar negara je.


Pic dr BH
Yang bawah ni semua pics shared by whatsapp group kengkawan...
Inilah kesannya..Allahuakbar..

Jgn igt rumah papan je..
rumah batu yg gah pun kena..
Apapun semua yang terjadi datangnya dari Allah..ada sebab dan musabab kenapa ianya terjadi. Sebagai hambaNya kita perlu meminta dan berdoa supaya kita dilindungi dari bencana tersebut.Janganlah kita lalai dan leka dgn harta dan nikmat duniawi hingga lupa segala suruhanNya..nauzubillah..

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah: 155).

Semoga mangsa yang terlibat dalam kejadian petang semalam tabah dan redha dgn ujian Allah...

6 comments:

MizzTina said...

seram tgk kak.. ni petanda kot kak.. manusia skang kan makin leka..

Nurzakiah Hanum said...

muhasabah diri

CT Humairah said...

ketiga tiganyaaa boleh. ada banyak faktor kan untuk Allah SWT turunkan bala kat sesuatu tempat. barangkali kita jarang ingat kat Dia jadi Dia minta sedikit perhatian. btw semoga kita semua terhindar dari bahaya dan murka-Nya

Norma NML said...

Tu la..yg penting kita jgn lalai dan leka..sentiasa berdoa spya dijauhi dari segala perkara yg tdk baik..

TengkuButang said...

pernah berlaku kat office teman dulu.. puting beliung yang mengangkibatkan banyak bumbung2 rumah tercabut dan beterbangan merata2.. bumbung ofis teman pun terlibat gak.. abes bocor kena hujan masa tu.. basah kuyup karpet ofis.. bau pun hapak .. terkejut gak masa mula2 smpai ofis masa tu..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Allahhuakbar.
Seriau tengok malapetaka ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...