Monday, October 13, 2014

Jangan Diulang Lebih 3 Kali..



Hanya 3 kali
Salam pagi Isnin..u all jangan pula pelik tengok pic recycle kat atas tu ye..Mungkin ada  dikalangan u all yang dapat agak apakah benda alah tu kan..Semalam sepanjang hari dok rumah..kepala sakit kebetulan pula petangnya hujan. Since semalam tak keluar so makan pun masak je.

Ini kisah minyak masak...hehe..Masa nak menggoreng ayam semalam ternampak minyak masak yg recycle tu..gelapnya rupa..padahal guna 2 kali je pun..biasanya me guna minyak recycle untuk goreng ikan masin @ bilis sbb after that terus buang. Tapi since me tengok warnanya gelap semacam so tak berani nak recycle utk 3rd time.
Biasanya guna 3 kali sebab according to kementerian lebih 3 kali dah jadi racun..

U all...minyak tu if dah bertukar warna gelap macam yg hujung kanan tu..
SILA JANGAN RECYCLE LAGI..BAHAYA !!
Bila kita guna lebih tiga kali..minyak masak tersebut akan terdedah dgn bahaya racun akrolein yang boleh memudaratkan kesihatan ...malah setiap kali kita menggoreng ianya akan melepaskan sisa toksik dan makanan yg kita goreng dgn minyak masak recycle ini akan menyerap toksid tersebut. So apa2pun kata pepatah ..mencegah lebih baik dari mengubati...kata omputihnya prevention is better than cure. 

Sebagai isteri dan ibu..senang kata perempuan lah ye..kita adalah orang yg banyak meluangkan masa didapur...kesihatan keluarga sedikit sebanyak dtg dari kita..tap jgn salah faham pulak..sihat atau sakit, semua tu dgn ketentuan Allah..tetapi kita wajib menjaga kebersihan dalam apa2 perkara pun..so bila benda yang kita guna itu bersih..inshaaAllah kesihatan akan terjamin...Islam itu indah..sebab itulah kita dituntut utk menjaga kebersihan.

Pic dr en Google..
Happy family ever after ;-)

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi :)

MizzTina said...

sy kenkadang pakai sekali n nmpk hitam, trus buang..hahaha..

Mad Parihh said...

info menarik terima kasih :) jangan lupa singgah http://blogparihh.blogspot.com/

CT Humairah said...

CT jarang recycle unless terlalu banyak macam minyak menggorengkan. ooor lebih tepat sebabnya jarang masak hihihiks..

Norma NML said...

@CT HumairahHehe..good CT..jujur & ikhlas :-)

Norma NML said...

@MizzTinaLg bagus..hehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Teruk sangat dah warna minyak yang paling kanan tu.

Norma NML said...

@Nurashikin ZA a.k.a NAZECKTu la..tp sekarabg ni boleh recycle utk biodiesel..
http://www.majalah.com/?classified:membeli-minyak-masak-terpakai:9QTRKYDGJG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...