Thursday, October 2, 2014

♨Nasi Goreng Kerabu Utk Dinner♨



Macam biasa atas persetujuan ahli2 kat rumah tu, me just masak Nasi Goreng Kerabu je utk dinner malam tadi. Senang..lagipun nasi me dah masak awal2 pagi tu so sgt sesuai utk digoreng. Tak sampai sejam semua dah siap untuk dihidang...^◕‿◕^.

Tak silap sebelum ni me ada share resepi NGK..so me copy paste je la, bukan apa nak memudahkan u all kot nak cuba ke...hehe..


 Bahan-bahannya
3 cawan nasi
Sedikit  ikan bilis ditumbuk halus
6 biji cili api dikisar halus (kalau nak  pedas lagi boleh + cili)
2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 biji bawang merah di potong dadu
5 btg kacang panjang di potong halus(kcg buncis pun ok)
2 btg serai di potong halus
Sedikit daun kesom  n daun limau purut di potong halus
Sedikit lobak merah di potong dadu
1 btg  bunga kantan
Baby kailan dan kangkung ~ boleh di tambah sayur lain jika ada
Sedikit garam dan serbuk tumix ayam
Isi ayam dipotong nipis (better ltk seafood mcm  udang  n sotong tp me x bleh sebab alahan dgn seafood)

Bahan2nya..
Cara-cara
Panaskan minyak.. masukkan bawang merah,bawang putih dan ikan bilis yg ditumbuk bersama cili api...kacau sekejap sampai nampak garing kemudian masukkan isi ayam.. kacau & agak2 isi ayam dah masak masukkan serai, daun limau purut dan sayur2an serta masukkan garam & serbuk tumix..pastu masukkan nasi, kacau sekejap masukkan bunga kantan...kacau hingga sebati selama 5 minit.
(Nak sedap boleh masukkan isi ikan rebus yg telah digoreng ~ me x letak sbb takde stok ikan dlm freezer)        

Dah siap...Nasi Goreng Kerabu harus ada mcm2 sayur baru best 
Makan pula dengan telur dadar ...pehhh..macam nak repeat lagi je malam nanti..

Ulam2 harus ada ;-)
Alhamdulillah rezeki dari Allah walaupun harga petrol RON95 naik lagi dari rm2.10 kepada rm2.30..katanya bukan dinaikkan harga tapi dikurangkan subsidi..pima pi mai tang tu..hakikatnya pengguna kena bayar lebih ..noktah.
-

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi

Aziela said...

Ringkas, sedap dan paling penting, berkhasiat. Sangat bagus. Tapi kalau dietician, dia soh kurangkan nasi. Dah kita perut Melayu, susah nak berdikit2 dengan nasi.

Siti Aisya Ibrahim said...

wahh...macam sodap!

jangan lupa join ye giveaway...saya ada soubenirs dari paris nak kasi...ada 20 keychain eiffel tower untuk dimenangi...jemput2 join ye, kalau akak ade masa... :D

Norma NML said...

@Nurzakiah Hanumwslm & morning Anum :-)

Norma NML said...

@AzielaBetul tu..sya biasa guna beras basmathi.. tp boleh beras basmathi boleh tukar kpd herba ponni..

Norma NML said...

@Siti Aisya IbrahimTq..dah follow & join pun ;-)

CT Humairah said...

hihihiks ni first time CT dengar nasi goreng kerabu. nasi krabu biasa tahulah.. and baru baru ni dengar nasi ulam. kekekeke..

Norma NML said...

@CT Humairahcuba lah..sedap..kami org pantai timur dah biasa makan :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...