Friday, November 14, 2014

Ikan Masak Pindang Membangkit Selera..



Belek2 galeri henpon tengok ada pic ni..kan dah cakap..I love to snap pic & share it..tapi pic tu haruslah yang senonoh ...Dalam dok belek tu jumpa pic kat bawah ni..ikan..2 kali tambah en hubby makan..Naqiuddin yg mula2 tengok macam tak berminat je*coz dia tak berapa suka mkn ikan..bila dah makan siap request.."buat lagi macam ni ye ummi".. 


Abaikan ikan lebih pjg dr pinggan.:-)
Bahan2nya sangat senang..
3 ekor ikan kembong sederhana besar-dibersihkan & dibasuh
{Ikan lain pun boleh}
3 hiris lengkuas
1/2 inci halis di hiris nipis
1 keping asam gelugur
2 batang serai-diketuk
2 ulas bawang putih- dimayang
1 labu bawang merah - dimayang
1 biji tomato - dibelah 4
Garam secukupnya
Serbuk tumix bilis *optional
Sedikit serbuk kunyit
Cili api-nak ketuk boleh ..nk letak sebiji2 mcm tu pun boleh

Caranya ~ u all masukkan semua tu dalam periuk kecuali tomato & Ikan...masukkan air ..agak2 le banyak mana kuah yg u all nak. Dah mendidih masukkan ikan tadi..then masukkan tomato..biarkan mendidih kejap then boleh angkat. Kalau lama sangat nanti ikan tu hilang rasa manisnya. Dah siap..makan dengan nasi panas...ulam2an & sambal tempoyak


p/s : Kalau nak letak bendi & mentimun pun boleh.
Kalau Kelantan masak singgang..lebih kurang je rasanya..cuma tak letak kunyit..pun sedap..nyum2

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

MizzTina said...

sedapnya kak..sedapnya!!!

Ipah Kholipah said...

euuum kayanya mantap tuh mba hehehe :p

Invisible Me said...

Sedapnyaaa...

adianiez AIDA said...

kalau letak bendi, mak ai sedap nyerrr...

Norma NML said...

Kdg2 makanan yang simple mcm ni lagi sedap..letak bendi mmg sedap...x pun letak timun tua :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...