Friday, November 7, 2014

♨Roti Poket Doraeman♨



Tak mboh tulis panjang..just nak share resepi yang me masak malam tadi...sangat sesuai untuk minum petang, boleh juga utk minum pagi dan sesuka hati u all bila2 nak makan..hehe  -


ROTI POKET DORAEMON

Bahan2:-
4 keping Roti Gardenia ~ditekan sedikit supaya nanti x masuk minyak 
{cukup utk kami ber3 mlm tadi} 
1/2 biji bwg merah ~ potong dadu
Kepingan burger ayam
{dipotong dadu pjg}
Kubis{didhiris mcm kerabu}
Carrot {disagat halus}
Tomato{dipotong dadu}
Garam secukupnya
Sedikit serbuk tumix ayam{optional}
sedikit lada hitam{ditumbuk hancur @ guna yg serbuk lagi senang}
Mayonis
Sos cili
Step utk hasilkan 'poket"
Cara2 :-
Roti perlu dilapis 2 keping,tekap dgn mangkuk dan buang bahagian tepinya. Nak cantik potong la dgn pisau..lagi senang..lps tu baru angkat mangkuk tu.. 
Celup roti dlm telur..then masukkan kedalam serbuk roti tadi..terbalikkan dan ratakan serbuk roti hingga menutupi semua roti tadi. Pastu boleh goreng hingga kekuningan..masa ni jgn leka ye..sila guna api sederhana dan terbalik-balikkan roti takut nanti hangus..Bila dah warna keemasan bolehlah angkat. Dah sejuk sikit boleh dipotong 2..kan dah macam poket tu....
Kiri atas ~ bhn2 yg diperlukan untuk inti..kanan ats yg dah siap msk
Bawah tu bhn2 lain yg diperlukan..:-)
Cara2 untuk inti
Tumis bwg merah sekejap, masukkan hirisan burger ayam..dikacau sekejap..agak2 dah masak...masukkan kubis & carrot..masuk serbuk tumix,serbuk lada hitam,garam secukupnya dan kacau sekejap saja..INGAT..sayuran hanya perlu separuh masak aje...Dah siap tu, ambil roti tadi sapukan dgn sos dan mayonis..tak pun nak gaul semua sekali dalam inti pun boleh..Pastu sumbat lah kedalam poket doraemon yg comel lote tu..hihi
Nampak tu..kan dah rupa poket tu..bezanya poket doraemon putih
masa angkat tu sibujang me dah risau..."ummi2..roti nak meletup"..haha
Kan3..jap kita usha..;-)
eh ye la...putih..tapi bentuk dah sama kan
Dan hasilnya setelah disumbat isi perut bagai..taraaaaaa....
Nak sedap sila letak mayonis & sos byk
Macam biasa..selamat dirasmikan oleh anak bujang me...ayat klise ek..kebetulan malam tadi en hubby tak sihat so dia tgh rest, keluar bilik baru dia makan..siap 'order' lagi tu.. hehe. Ok..next time buat lagi..if suka inti tu sebenarnya optional boleh tukar dgn daging cincang @ isi udang..nak tambah sosej pun ok..even nak letak tuna @ sardin pun boleh.. 
Berbaloi ummi masak..;-)

12 comments:

CikLa Shahril said...

Salam kenal... Wah nmpk mcm sedap... No trylah nanti.. Nyummmm

Farah Waheda Wahid said...

wahhh nampak pun sedap ni...

Sue Izza said...

wahhhhhh nak try lahhhhh suka betul roti2 macam ni hehehhe

Norma NML said...

@CikLa Shahrilslm knl juga..try la..senang sgt..

Norma NML said...

@CikLa Shahril...memang yummy ;-)

Norma NML said...

@Sue Izzasu buat sekeping pun dah kenyang..hehe

Cik Iman said...

nak cuba, nak cuba :D Macam sedap la

Abang Bear said...

kena makan banyak2 baru kenyang ni... maklum kantong besar skrg

khudri said...

nie resipi sendiri ker?

Norma NML said...

@Cik Imancuba Iman jgn x cuba ;-)

Norma NML said...

@Abang Bearhubby akak mkn 2 pun dah kenyang ktanya sbb dlm tu ada mcm2..:-)

Norma NML said...

@khudriYg poket tu cr je kat google..tapi inti tu resepi sendiri :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...