Wednesday, December 30, 2015

Macam2 Aktiviti Bila Balik Klate.... ^◕‿◕^

Assalamualaikum wbt....


Sempena cuti Krismas yang lepas kami ambil peluang balik kampung...kali ni balik kampung me pula...rindu dengan Chek..nenek...kakak2 & anak2 buah me...rindu semua yang kat kampung.

Kalau berpeluang nak je tiap2 bulan balik kampung tapi tak semudah itu...komitmen kerja en hubby & me...anak pun sekolah...Kewangan pun kena juga ambil kira...sekali balik rm500 tak cukup ok..siapa yang kampung jauh tahu le expenses balik kg macamana. Walaupun tak balik selalu je me call Chek..tak pun whatsapp abg tanya kesihatan Chek & nenek kami ... 

Kami bertolak seawal 4am...alhamdulillah pukul 10am dah sampai kg..perjalanan pun ok walaupun hujan lebat diawal pagi...cuma bila masuk je Kelantan kenderaan memang banyak tapi takde la sampai berjam 'makan jem' ;)...

Esoknya ada kenduri Cukur Jambul & Majlis tahlil arwah...Tolong la apa yang patut...toling nyibuk pun ada..hihi..

Antara Menu...Gulai Ayam Klate, Kerabu Mangga , Acar Timur
& Sayur Nangka + Daging Cincang
Majlis bermula selepas Asar...
Cucu saudara me yg termuda ...so far la..hihi
Afifah Fitiya Sumayyah..semoga menjadi anak
yang solehah..berjaya dunia & akhirat..
Kebetulan hari yg sama Ciksu*Mak saudara me yg bongsu pun buat majlis cukur jambul cucu dia, so pergi kejap je sbb masih ada tetamu yg datang kat rumah. 

Hari Sabtu sambung mengemas...faham2 je la lepas kenduri kan....Then pi melawat nenek me...a bit sad, CA dah tak berapa kenal mereka yang jarang2 dia jumpa...even me pun dia tanya siapa...bila cakap cucu dia...anak siapa, barulah dia seolah-olah ingat...tanya bila nak balik KL...sayunya hati bila dia cakap me tak dapat tengok dia hari2, nanti entah dapat jumpa lagi ke tak...Ya Allah...permudahkanlah segalanya buat nenek..
Naqiuddin & satu2nya moyang yg sempat dia kenal..

Esoknya ke KB Mall kejap sebab nak beli barang...niat dihati nak ke bandar KB terpaksa dipadamkan sebab jalan teramat sesak..tak sanggup nak meredah kesesakan...penat weyyy...Kat KB Mall pun tak lama sebab Chek tak ikut...lepas makan ..tapau Nasi Ayam CRS utk chek...& yg wajib kami tapau bila ke KB Mall...
Turkish Indulgence...New York Cheese
Masih terasa yang Durian Cheese tu..perhh melting sgt
Sempat lagi me & adik ke CS Aidijuma
grab #bestpriceday
One thing yang buat me terkilan, tak sempat nak melawat kubur arwah ayah...hari yang plan nak pergi tu hujan...kalau kawasan perkuburan tu 'terang' tak kisah kot kalau hujan pun...tapi abang cakap nak masuk dalam kawasan tu rumput duri paras paha...sedihnya..wondering..takde yang gotong royong ke bersihkan kawasan tu..kalau kami stay lama kat kg boleh la pakat adik beradik bersihkan..Hmm

Esoknya ke Kedai Ahad*lebih kurang Pasar Tani, konon nak beli apa yang patut utk kengkawan ofis, nak beli lauk pauk tapi tak sempat ronda lama sebab hujan lebat...
Me suka makan sotong
Tapi bila tgok yg giant size ni terus rasa.....
Udang tu pun sama...tak menggiorkan utk dimakan..hihi
Macam biasa kalau balik kampung, kami adik beradik jarang masak untuk breakfast sebabnya terlalu banyak listing makanan yang nak dimakan...keinginan nak makan macam2 makanan Kelantan...nak buat..hmm..masa tu satu hal...bukannya pandai sangat pun...buruk perangai kan...dan yang paling penting murah...hihi..
Macam2 tapi tak sampai rm10 pun..yg penting sesedap rasa
Kami bertolak balik KL pagi2 Isnin...lebih kurang pukul 4am...a day before Chek demam..nasib baik pagi tu ok...maybe penat sebab kenduri kot...
Alhamdulillah Chek dah sihat...give her a kiss..hug her tight..
tell her...inshaaAllah ada masa & rezeki kami akan
selalu balik kg...gonna miss u Chek ♥♥
Perjalanan balik pun ok...takde la sesak...cuma masuk KL je barulah mengadap traffic jammed...sampai anak buah me pun dah naik bosan...biasa la budak kecik mana tahan dok lama dalam kereta..
Abg Qi dia jadi mangsa buli..haha...
tapi alhamdulillah walaupun bosan dia tak menangis..
so good boy Khalish..
Dah nak sampai tu laju je kaki dia ke depan...nak ngacau Ayah Mie*panggilan anak2 buah my side kpd en hubby...Ambik la sekejap sementara berhenti kat traffic light...'pulangkan' semula ke belakang bila dah nak gerak...bahaya wey budak2 dok gitu kalau driving...salah pulas stereng tu krg lain jadinya..
Bila me panggil nak ambik dia..terus buat muka blur..
Ada je akal dia tu...ee..geram tau...:D
Lepas hantar adik tetiba 2 orang tu ...entah bila berpakat..tup2, "jom pi Alamanda, tgok IP Man 3...hmmm..layan je la..best ke tak IP Man 3??? nanti sambung next entry.. -

Thursday, December 24, 2015

Selamat Hari Lahir Kekasih Allah..

Assalamualaikum wbt...

Salam Maulidur Rasul ....selawat dan salam keatas Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad saw...

~Selamat bercuti ~

Wednesday, December 23, 2015

WHAT IS YOUR PROBLEM??? !!!!!

Assalamualaikum wbt....

Seriously me tak faham dengan sikap manusia yang macam ni, suka cari pasal......I'M NOT BOTHERING YOU, SO PLEASE MIND YOUR OWN BUSSINESS OK!!!!! Even me tak pernah pun kacau hidup dia...U start the game then you try to play a fool with the thing you created...

Apa hal sakit hati sangat ???? Me nak block ke..nak hide ke...it my privacy...did I concern yours one??? Tak, kan ?? Yang dok sibuk sangat tu apasal...sakit ke awak tu kalau tengok me happy, kenapa perlu nak tahu all my status update...to make a point ??? 

Faham Tak!!!
Hey Stalker...awak ada masalah hati ke???
PS : Kesabaran manusia ada tahapnya...
Tapi me tak pernah berhenti berdoa semoga Allah lembutkan hati dia, berikan dia kesedaran...
lembutkan juga hati me supaya menjadi manusia yg lebih sabar...

Friday, December 18, 2015

JANGAN TERTIPU!!!!!

Assalamualaikum wbt ....

Entri terismpan dalam draft..baru tadi perasan...walaupun dah lebih sebulan tapi me nak share juga sebab tak nak ramai lagi yang jadi magsa.

Tajuk semua huruf besar tu...kalau yang tahu sure faham apa maksud huruf besar tu kan...marah..geram...tak  puas hati...semua pun ada..walaupun barang yang me beli tu tak lah mahal harganya dan satu saje TETAPI me rasa tertipu. 

Bayangkan kalau pelanggan yang beli penuh satu troli tak scan harga terlebih dahulu...



Itu baru 2 barang ok...kalau org yan beli banyak tu camne..ingat ada masa ke nak pergi scan harga satu2. Dek kerana tak puas hati, me hantar email kepada pihak customer careline AEON Big...nak explaination..it's not about money...but it's customer rights.
Ok...cepat je dorang bagi feedback
Tak silap me a 2 3 hari selepas tu ada call dari staff Aeon Big call ...macam biasa lah..sorry bla2 bla2...reason yang tak berapa boleh terima...kononnya staff baru ...tak biasa lagi dengan kerja tu...siap janji lagi..kami akan sentiasa pantau dan check satu persatu barang2 lain untuk elakkan berlaku perkara yanag sama...excuse me...don't give me a stupid reason...takkan takde yang train dorang & takde HOD yang pantau kot...Lastly dia suruh me bawa resit untuk claim balik baki yang sepatutnya...Hmm..takde makna wey nak ambik baki 80 sen...minyak & parking dah berapa..

Apa yang penting me puas hati dapat ...bukan la nak sesuka hati nak bising tapi kalau tak buat macam tu...ramai lagi yang tak perasan akan tertipu..Weekend lepas me pergi lagi Alamanda..saje masuk Aeon Big tu nak tengok..harga kat rak untuk nivea 60ml tu langsung dah takde sedangkan barang tu ada kat situ, menyesal tak snap gambar..hmm...kalau macam tu je cara dorang nak solve problem...sorry to say that memang sgt tak bijak...

So untuk u all hati2 la ye..jangan terpedaya dengan silap mata...eh kesilapan dorang...better pergi scan price dulu...:)

Thursday, December 17, 2015

Persediaan...

Assalamualaikum wbt...

Lagi 2 minggu sesi persekolahan akan bermula macam biasa...Ramai ibubapa yang awal2 lagi dah beli segala persiapan untuk  anak2...bukan apa , kalau me pun malas nak bersesak beli last minute....kdg takde saiz bagai..Tak kurang juga yang suka beli last minute....masing2 ada alasan tersendiri..

Last week kami ke KL..nak beli kelengkapan anak bujang..kengkawan ckp the best place nak beli peralatan macam tu kat jalan TAR & Jalan Masjid India...Kami pergi pagi sebab skrg kan musim hujan petang..faham2 je la KL kalau hujan lebat camne kan.
Hasil meronda kat KL...
Jubah putih beli 2 je sbb dah ada 1 kt rumah...
Ingatkan dah sampai KL dah boleh bereskan semua...tapi ada pula yang tak berkenan....yang lain2 tu kena la terjah tempat  lain pula...
Test...:)
Tak sabar nak tengok dia berpakaian lengkap nanti...semoga segalanya berjalan lancar...InshaaAllah 

Cik Cinderella dan Encik Tengku *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt....


Sebuah lagi drama merngisi slot Lestary adaptasi dari sebuah novel...
Slot ini ditayangkan setiap hari Rabu & Khamis di TV3 Jam 9 - 10 malam.
 
Mengisahkan Puteri Nuraisha(Zahirah MacWilson) yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yang sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha(Puteri Aishah). Puteri yang sudah bertunang dgn lelaki bernama Ashraf(Shah Iskandar), seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel(Shukri Yahya) yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasa cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.

Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perancangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha? 
Antara barisan para pelakon bersama
pelakon utama Zahirah Macwilson & Shukri Yahya

Watak Utama
Sumber :~

Tuesday, December 15, 2015

Makan Dalam Diapers ????

Assalamualaikum wbt...

Viral terbaru...terbaca kat fb pasal Baby Shower (kalau kita solat hajat untuk perempuan mengandung ). Macam2 pesen Baby Shower dikalangan orang2 kita..Ada tema Safari...ala2 dalam garden...Tema mandi2 kolam pun ada...Terpulanglah itu hak individu..tak berani nak komen lebih.
Sumber : Google 

Tapi yang pasti kalau me duit banyak dan berlebihan pun InshaaAllah me takkan buat Baby Shower ala2 omputih...cukuplah sekadar solat hajat & bacaan doa ...semoga dipermudahkan segalanya sehinggalah si ibu selamat bersalin.

Nak sambung pasal viral tu...masa mula2 terbaca tu.."apa???Makan dalam pampers??!!" .....bila me baca terus terbayang..u all bayangkan makanan tu berkuah ...makan dalam diapers...imagine the color of food...fuhhh lemah semangat nak makan...sorry to say..bukan nak kutuk cuma pendapat...pada me itu makanan ..rezeki dari Allah dan kita tahu diapers di pakai untuk tujuan apa..macamana pula kesan chemical yang ada pada permukaan pampers tu lagi...tak ke mendatang bahaya??

 To think positif ,maybe tuan punya majlis ada alasan tersendiri @ maybe diapers tu tempah khas kot...me tak nak kutuk kecam bagai sbb nanti tak pasal2 tanggung dosa free...It just nak suarakan pendapat me aje...Apa2pun setiap manusia ada khilafnya..macam2 me baca komen2 dok kutuk kat IG dia...sedih pun ada...sudah2 la tu....kita doakan yang terbaik buat dia ...semoga dipermudahkan semuanya & selamat bersalin nanti ^◕‿◕^ ...

Kalau tak silap me masa baby shower isteri Aidil Zafuan dulu pun makan dalam diapers..tapi benda tu orang tak perasan kot...so takde la jadi viral & bahan kutukan netizen yang melampau...


p/s : setiap manusia pasti ada khilafnya...
sebaik-baik manusia yg melakukan kekhilafan ialah meminta maaf(jika dgn manusia) 
& bertaubat memohon keampunan drNya(jika kesalahan dgn Allah)

Monday, December 14, 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Ke 2

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah rezeki berpihak pada Siti Nordiana...Tahniah Nana ^◕‿◕^...me tumpang happy...sebab dari awal lagi dah nampak dia konsisten dan selalu dapat pujian yang menarik...she deserve it....Dan me percaya ramai yang sependapat dgn me...Gelaran juara membolehkan Nana membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 100k, percutian ke Madrid bernilai rm30k, Trofi  & berpeluang merakamkan single terbitan Astro...selain itu Nana juga memenangi Pesembahan Terbaik pilihan penonton bernilai rm5k
Sumber : harian metro
Seriously masa Nana nyanyi lagu Putus Terpaksa berderau bulu roma me...perhhh..memang best sgt...

Selain Nana peserta2 lain pun hebat2 jugak....

Tempat Kedua ~ Farahdiya 
(RM50k +Percutian Ke Beijing bernilai 15k & Trofi )

Tempat Ketiga ~ Ezad
(RM30k+Percutian Ke Jogjakarta bernilai rm10k & Trofi)

Tempat Keempat ~ Nassir Wahab
(RM15kPercutian Ke Lombok bernilai rm6k & Trofi)

Tempat Kelima ~ Acong
(RM10kPercutian Ke Lombok bernilai rm6k & Trofi)

Tempat Keenam ~ Haiza
(RM5kPercutian Ke Lombok bernilai rm6k & Trofi)

Tahniah juga kepada mereka


Pemenang dipilih berdasarkan penilaian  juri 100 peratus iaitu Datuk Ramli MS & Datuk Khadijah Ibrahim

Tuesday, December 8, 2015

Sambutan Birthday Nieces...

Assalamualaikum wbt...

Cuti weekend kami balik kg..kg yang dekat je la..kalau kg jauh 2 hari mana la cukup...Kebetulan ramai yang balik so adik2 ipar me decided nak buat sambutan hari lahir anak masing2 yg kebetulan sharing the same date...

Sampai hari sabtu tu terus tolong apa yang patut...yg bestnya Mak buat lemang...dah lama tak makan lemang Mak buat sbb Raya Haji hari tu kan kami beraya kat Kedah. Tapi kali ni masak lemang cara yg mudah..hanya perlu guna dapur gas..x la risau nak kena jaga api bagai...
Gini rupanya..MIL tempah ...x slp dlm hrga 600++..
Hasilnya...sama macam lemang yang dibakar guna kayu api cuma takde bau asap lor..kdg2 bau asap tu yang jadi sedap walaupun bahaya ;)..
Yang penting lemang Mak buat ttp rasa sedap & lemak
especially yg bhgn ats tu mmg berebut..hihi
Menu yang lain Mama birthday girl yang masak, me menolong je la...ada Nasi Impit Kuah Kcg, Rendang Ayam, Mee Goreng, Agar2 gula merah, tembikai & nuggets utk anak2..Jemputan tak la ramai... kengkawan adik ipar & jiran2 mil je..
Menu2
Air pula special homemade Jus Roselle yang banyak khasiatnya...yang ni me yang buat...nampak tu mengelat buat yang paling senang :)...Roselle tu jiran Mak yang bagi, kupas kelopak, rendam air garam dalam 10 minit..basuh bersih & rebus...jangan lupa masukkan gula sebab roselle tu idok la manis ye...hihi
Nampak tu...warna yg semulajadi mmg terbaik..
yg penting rasanya kaw2 punya...perhh.;)
Kek Befday Girls..
Majlis start pukul 8 mlm...dimulakan dengan bacaan doa oleh ank bujang me..Baru perasan gambar tetamu lupa nak snap..hihi
Sebelum tiup lilin..sebahagian dari cousins yg ada
Ni la befday girls nye...
Faqihah Afrina  10yo & Auni Khazrina 6yo
(2 dr 3 org cucu ppuan Mak, MIL kaya dgn cucu lelaki...riuh rendah dibuatnya)
Makan...makan & makan...:)
Alhamdulillah semunya berjalan lancar.
♥♥Mak Ngah doakan anak2 buah Mak Ngah yang comel & bijak ni menjadi anak2 yang solehah & berjaya dunia akhirat..Jadi anak2 yang hormat mama & ayah/abah serta org yang lebih tua...hug & kiss for both of u ♥♥

Tersuka Tanpa Sengaja *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt....

Slot terbaru menggantikan Tuan Anas Mikail...Tersuka Tanpa Sengaja drama adaptasi dari novel Pena Kayu, menggandingkan para pelakon seperti Amar Baharin (Dr. Syed Arif), Emma Maembong (Farhah), Amyra Rosli(Katrina) Hazreez Adam(Dr. Armand) dan pelakon2 lain. 

Mula ditayangkan malam tadi, 7 Disember 2015 setiap Isnin - Khamis 10mlm di saluran Astro Ria(104) & Astro Ria HD(123)


LAGU TEMA / OST TERSUKA TANPA SENGAJA

Tajuk : Cerita Kita (Amar Baharin & Amyra Rosli 

Video & Lirik : Link


Sinopsis :-
Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

sumber : Kepala begetar
Selamat Menonton ^◕‿◕^

Monday, December 7, 2015

Innalillahiwainnailaihirojiun...Al Fatihah...

Assalamualaikum wbt...

Setiap yang bernyawa pasti akan mati...cuma kita tak tahu bila dan masanya...tua atau muda, bila tiba masanya kita akan kembali kepada Pencipta...jangan berhenti meminta semoga hidup kita diakhiri dengan Husnul Khotimah... 

Pada 12.30pm 30 November yang lepas, kita dikejutkan dengan kematian pelawak Pak Yus (Yussry Bin Edoo) akibat serangan jantung mengejut semasa mengadakan persembahan di Konsert Raja Band di Dataran Merdeka.

sumber : google..
Gambar yg diambil bersama kawan arwah 2 jam sebelum meninggal...
Pada 1 Disember 2015 pula kita dikejutkan dengan pemergian seniwati Mariani Atau Mariam Binti Ismail diusia 82 tahun akibat kanser usus . 
Sumber : Google
Allahyarhamah Mariani bersama Melissa Saila
Yang terbaru....kemangkatan yang diratapi oleh seluruh rakyat Johor khususnya...kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail akibat kanser hati pada sabtu(5 Disember) lepas. Seorang putera yang berjiwa rakyat, tidak sombong dengan kedudukannya sebagai kerabat Diraja. Setiap kali me tengok gambar2 Almarhum bersama ayahandanya me jadi sebak....betapa kasihnya seorang ayah... 
Antara gambar yang meruntun jiwa :'(
Salam takziah kepada kelurga Allahyarham Pak Yus, Allaharyamah Mariani & Almarhum Tunku Jalil...sama2 kita doakan semoga Allah roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan dikasihiNya...

Al fatihah...

Friday, December 4, 2015

Segmen Blogwalking + Bloglist

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

Maafkan Seikhlas Hati....

Assalamualikum wbt....

Salam pagi Jumaat...Sebut pasal kawan....nak dapat ramai kawan senang sangat tetapi susahnya nak dapat seorang sahabat....Sebabnya hanya sahabat yang betul2 faham siapa kita yang sebenarnya....bukan menilai dari mata kasar ataupun dari mulut2 orang yang bercakap. Sahabat menilai kita dari mata hati...

Sejak me masuk alam pekerjaan, me tak pernah ada kawan karib sebabnya masih ingat lagi dengan pesan seorang ustazah...jangan terlalu rapat bila berkawan buruk padahnya, cukuplah kiranya ada sahabat...Terfikir juga kenapa, tak sama ke sahabat dgn kawan??....sekarang me faham kenapa dia cakap macam tu...sebabnya bila terlalu akrab...secara tak langsung kita akan share everything...tanpa sedar terrrrrcerita apa yang tak sepatutnya...cth, sesuatu yang mengaibkan ataupun menjatuhkan maruah diri...sedangkan tak sepatutnya diceritakan.  

Masalah akan timbul bila ada sedikit salah faham, hati tu mula risau..dah timbul pula perasaan yg lain..wasangka...dalam otak mula la fikir " alamak, aku dah cerita macam2 kat dia, agaknya dia cerita kat org tak?? "..kalau ayat macam tu ok lagi, tapi kalau yg dah berunsur fitnah macam ni " mesti dia cerita kat org apa yang aku citer kat dia, dasar tak boleh percaya "...sedangkan....orang tu tak buat pun, kesannya ??? Fikirlah sendiri...dengan Allah kita boleh minta ampun tapi dgn orang tu ?? Elok2 sebelah kaki nak masuk syurga*semua org impikan syurga kan tiba2 sebelah kaki lagi kena tarik sebab tak dapat kemaafan...Nauzubillah..

For me if I do wrong, with my pleasure I ask for forgiveness but it only happen when the other side accept it...it so simple..as long as I do my part(eventhough it my wrong or not) but I believe in Allah...Allah is All Knowing...◕‿◕

Kalau u all pernah baca buku ni sure tahu azab & kesannya memutuskan silaturrahim...kalau pernah baca tentu terasa takut ....Allahuakbar...Me tak nak tergolong dalam golongan itu...


Alhamdulillah pesan en hubby tak pernah me lupa....maafkan semua orang sebelum tidur...dia salah atau tidak itu belakang kira, kalau dia salah doakan semoga dia lembut hati, sekiranya kita yang salah 1st thing minta maaf dan minta dijauhkan dari sengketa....sure hati akan rasa tenang. Alhamdulillah..it what I feel now. Kita bukanlah selamanya hidup menongkat langit...kita tak tahu bila ajal akan menjemputkan.......Allahualam...^◕‿◕^


Ps : Good reminder for myself... 



Thursday, December 3, 2015

Main Skateboard @Skatepark PCP (Taman Cabaran)

Assalamualaikum wbt....

Cerita hari minggu lepas...cuaca terang..alhamdulillah...mula-mula pelik kenapa si bujang me kejap2 dok jenguk kat luar...rupa2nya risau kot hujan turun..

Rupa2nya diam2 dia dah siap hantar whatsapp kat abah dia nak pegi main skateboard...kebetulan weekend tu en hubby kena kerja..
Nampak tu...suka nau dia tanya en google...syp2 pulak tu..hmm
Berbekalkan skateboard yang beli hari tu...kami ke sana...Alhamdulillah masa tu cuaca cerah...maklumlah sekarang ni kan musim hujan waktu petang...
Best sgt tempat ni, sejuk mata memandang pokok2 sekeliling
Tak mudah rupanya...kalau dia main Rollerblade tu mcm senang sgt..
Tengok syok dia main tiba2 guruh...cuaca dah start mendung..nasib baik la kat atas ada tempat yang berbumbung...tengah dia dok berlatih sorang2 tu ada brother ni dtg tegur, according to en hubby brother ni cakap skateboard yang anak bujang kami tu tak memenuhi kriteria untuk sebuah skateboard yang 'sempurna'...baik betul brother tu siap ajar Naqiuddin camne nak main..bagi pinjam dia punya skateboard...his suggestion...paling koman pun kena beli yang harga 300 keatas...hmm..nampaknya nak kena tukar yang lain la..

Nak review pasal tempat ni....memang sangat sesuai untuk mereka yang minat sukan2 extreme macam ni...masa kami pergi sana ada yg tengah training untuk mountain bike, bmx, skateboard & roller blading skills.....kat bawah ni kiranya tempat mereka yang mereka dah mahir...
Gambar : Google...
Kalau tanya pendapat me tempat ni sgt tak sesuai utk yg beginner..
Bahaya Ok !!!
Kalau dah tunggu anak main berjam-jam for sure perut pun rasa lapar kan...naknya hujan pulak tu...so tak payah risau sebab kat situ ada cafe Putra Station...macam2 ada..harga pun tak mahal...tapi yabg tak berapa nak bestnya service a bit slow...

Kepada penggemar laksa u all bolehlah terjah tempat2 kat bawah ni..

9 Tempat Yang Untuk Menikmati Laksa Yang Super Duper Sedap..:)

So kalau u all tercari2 tempat nak beriadah untuk anak2 bolehlah ke sana...Putrajaya Challenge Park...kat situ ada aktiviti rock climbing untuk kanak2 dan juga dewasa, yuran & peralatan me tak pasti berapa sebab kami tak masuk kat dalam tu...hari tu cuma singgah untuk solat Asar then terus ke Skatepark je..

How to get to Putrajaya Challenge Park
Peta Lokasi ( Gambar ehsan Google)
Nak tahu lebih lanjut, u alls boleh refer kat bawah ni..

Wednesday, December 2, 2015

♨ Asam Pedas Ikan Tenggiri Pekat ♨

Assalamualaikum wbt...

Macam dah lama pun tak kongsi resepi ....sebabnya...sebabnya apa yang biasa kita masak tu google je jumpa resepinya...

Alkisahnya kelmarin masa pi Econsave ternampak ikan tenggiri macam segar je sebab dorang baru lepas potong...terus je cakap en hubby kalau masak asam pedas sedap ni...terus dia ambik je isi dalam plastik...itu tandanya setuju lor..hihi..

Mak terjadilah Asam Pedas Ikan Tenggiri as plan... -

Bahan2nya :~
3 keping ikan Tenggiri (bibersihkan)
10-15 biji cili kering yg telah direbus*
7 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm kunyit*
I cm halia*
1 cm lengkuas*
(Bahan2 '*' dikisar)
1 batang serai ~ dititik
1 btg bunga kantan ~ dibelah 2
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & serbuk tumix
4 biji bendi
1 biji tomato _ dibelah 4
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara2nya :~

Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah dikisar. Kacau sekejap masukkan serai & lada hitam , biarkan sehingga pecah minyak . Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan , bunga kantan dan daun kesum. Masukkan garam secukupnya, sedikit gula(utk balancekan rasa) & serbuk perasa . Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan bendi(biarkan hingga setengah masak) & tomato . Biarkan 2-3 minit, kemudian bolehlah diangkat & dihidangkan :) 

Biasanya orang masak asam pedas diletakkan belacan barulah 'kick' katanya...tapi me tak boleh makan belacan so memang takde simpan stok belacan kat rumah, sebab tulah me tambahkan aje sedikit serbuk tumix sebagai bahan perasa..

Hasilnya...
Pedas & Pekat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...