Monday, January 26, 2015

♨No Bake Cheesy Bread& Cracker Pudding With Custard Sause♨



Nama omputeh ?? Karang ada yg cakap, nama Melayu tak boleh ke ?? Ok la..bukan tak nak letak nama Melayu tapi macam..boleh je...Puding Roti & Biskut Dengan Sos Kastard Tanpa Bakar Berkeju..haaa...ok tak..tapi macam panjang berjela je .

Resepi yang memang me belasah je..tanpa sukatan dan letak apa aje bahan yang ada dalam kabinet & peti ais..Maklumlah kebosan dok sorang2..si bujang me ada kem UPSR kat UKM, en hubby pula kerja...ikutkan nak buat biskut Dahlia..nak surprisekan Naqiuddin bila dia balik nanti tapi butter tinggal sikit je..so rekalah apa yang boleh dimakan..hehe..ternak lemak aje kejenya..

Bahan2
 (semua me agak2 je ye..tapi jangan risau inshaaAllah ok)
2 keping roti gardenia 
(dicarik2 -agak2 la jgn terlalu kecik n jgn terlalu besar)
4 keping biskut kraker
(dipatah2kan)
3/4 cawan susu cair
(dibancuh bersama *susu pekat manis)
*1 sudu susu pekat manis
1 keping cheese 
(dipotong memanjang ala jejari) 
sedikit serbuk milo & koko
(kalau takde koko, ltk milo je pun dah ok)

Utk sos kastard
1 sudu besar kastard dibancuh bersama setengah cawan susu cair, setitis esen vanilla, 1/2 susu susu pekat manis..(kemanisan tu kalau u all nak lagi manis boleh la tambahkan qtty susu tapi for me terlalu manis boleh menghilangkan rasa cheese nanti)..masak atas api  perlahan hingga sedikit pekat..Done..

Cara2
Masukkan roti dan biskut dalam bekas yg boleh masuk microwave, ambil susu cair tadi siram rata ke atas biskut dan roti..tabur milo dan serbuk koko, aturkan cheese kat atas tu..macam pic kat bawah ni.
Susun lebih kurang macam ni..
Masakkan dalam microwave selama 3- 5 minit..yang penting pastikan cheese tu cair..
Nampak tu melting cheese yang menggoda...
Dah siap..kelaurkan dari microwave dan curahkan sos kastard kat atas roti puding tadi...nak terus makan pun boleh nak sejukkan dalam peti ais pun sedap juga..beside tu u alls boleh je kalau nak letak pisang yg dihiris nipis kat atas tu..atau nak tabur kismis n n choco rice..topping on yours..janji tekak boleh terima..hehe

Ptg bagi en hubby dan Naqiuddin try...alhamdulillah they like it ..me?? Senyum sampai ke telinga...happy tau kalau hero2 kat rumah ckp sedap..haha perasan sudah..
Macam gini la ghupanya setelah dimakan hampir separuh..hehe

p/s : si bujang request suruh buat lagi..ok..anything for you my dear 

7 comments:

Nur Inani said...

ya allah sedapnyaaa. cheese tu pulak memang mengancam hokayy. yummeh :D
jemput join segmen saya :D

Farah Waheda Wahid said...

kak sama jer kak dia punya kepanjangan tajuk tu kak...he he he...tapi nampak sedaplah...

mama 3farhanah said...

Sedapnya tengok cheese cair dibakar tu.
Semua bahan pun dah ada kat rumah. Boleh try buat nanti.

Norma NML said...

@Nur InaniInani..buat la..senang sgt tu :-)

Norma NML said...

@mama 3farhanahHmm..anak2 mesti suka...rasa lemak & milky tu

Sani Sini Sana said...

Simple dan boleh buat ni..nanti nak suruh cik isteri buatkan..:-)

CT Humairah said...

hihi memang happy bila apa yang kita prepare orng suka.. tengok recepi campak2 pun menjadi hihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...